blog ini memaparkan koleksi dari email entah dari sapa-sapa yang masuk mailbox aku. nak masukkan karya korang?? email ke skd2416@gmail.com, enjoy!!!
Wednesday, August 26, 2015
Telur dan Wang
Sejak lebih sepuluh tahun berumah tangga, Ruby memang mengesyaki suaminya ada menjalin hubungan dengan wanita lain, tetapi dia tidak pernah ada bukti.
Suatu hari Ruby membersihkan bilik tidur mereka dan ternampak satu kotak hitam yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Dia membuka kotak itu, di dalamnya mengandungi dua biji telur dan wang tunai berjumlah RM1500.00.
"Apa makna semua ini bang?" tanya Ruby kepada suaminya.
Wajah sisuami pucat dan panik
"Biarlah abang berterus-terang, sebenarnya setiap kali abang ada kekasih, abang letak sebiji telur dalam kotak ini. Ia sebagai tanda penyesalan abang," katanya..
Ruby terdiam. Selepas lebih sepuluh tahun, suaminya hanya menyimpan dua biji telur. Hati Ruby tidak begitu kecewa.
"Habis, RM1500.00 ni apa pulak?" Ruby masih belum berpuas hati.
Suaminya sekali lagi panik.
"Sebenarnya, bila cukup satu dozen, abang jual telur itu dan duitnya abang simpan dalam kotak ini," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment