Monday, October 31, 2011

Mengapa Penggunaan Lemak Babi Tidak Diberitahu Tetapi Hanya Kod (E) Dicetak?



Mengapa Penggunaan Lemak Babi Tidak Diberitahu Tetapi Hanya Kod (E) Dicetak?

Hampir semua negara-negara barat termasuk Eropah memilih daging babi sebagai daging utama. Oleh itu terdapat banyak ladang babi dibina di negara-negara ini untuk berkembang biak haiwan ini. Contohnya di Perancis sahaja, ladang ternakan babi melebihi 42,000 buah ladang. Babi adalah haiwan yang memiliki jumlah tertinggi kandungan lemak (FAT) dalam tubuh mereka berbanding dengan haiwan lain. Oleh itu, negara Eropah dan Amerika telah berusaha untuk menyekat dan menghindari lemak ini dari digunakan oleh penduduknya.

Susulan daripada tindakan tersebut, timbul persoalan sekarang di kotak fikiran kita, ke MANA lemak ini pergi? Ini kerana semua babi yang disembelih di rumah penyembelihan haiwan adalah di bawah kawalan Jabatan Makanan di negara masing-masing. Oleh itu timbul permasalahan kepada Jabatan ini untuk membuang lemak babi tersebut di lokasi mana?

Kronologi Perkembangan Lemak Babi

Sekitar tahun 60’an, lemak ini tiada nilai dan sisa bahan ini telah dibakar. Tetapi hasil kajian saintifik yang dijalankan didapati, bahan ini telah dimanfaatkan dalam pembuatan sabun dan ternyata ianya berhasil. Berikutan kejayaan mereka mewujudkan hasil baru bagi kegunaan “household” maka satu rangkaian industri penuh terbentuk dan lemak (FAT) ini telah diolah kandungan kimia, dibungkus dan dipasarkan. Manakala syarikat perkilangan lain membelinya. Sementara itu, pada masa yang sama semua Negara Eropah telah membuat peraturan bahawa setiap barangan makanan, perubatan dan produk personal higiene mesti mempunyai kandungan bahan ramuan yang disenaraikan di plastiknya. Jadi, bahan ini dikategorikan sebagai PIG FAT.

Bagi mereka yang telah menetap lama di Eropah melebihi 40 tahun pastinya amat arif dan tahu tentang hal ini. Akibat daripada penggunaan bahan ramuan ini semua produk berasaskan lemak babi telah diharamkan jualannya di NEGARA ISLAM. Tindakan ini mengakibatkan defisit perdagangan kepada Negara Eropah.

Menyorot kembali semasa zaman penjajahan di Asia Tenggara, kita mungkin tahu tentang faktor-faktor yang menjadi provokasi dari PERANG SIVIL pada tahun 1857. Pada masa itu, peluru senapang (Rifle Bullets) dibuat di Eropah dan diangkut ke sub-benua melalui jalan laut. Keadaan ini memerlukan waktu berbulan-bulan untuk tiba ke destinasi. Keadaan ini telah menyebabkan serbuk pistol rosak kerana terdedah kepada air laut.

Untuk menyelesaikan masalah ini maka satu lapisan lemak babi telah disalut pada peluru tersebut bagi mengelak berlakunya kerosakan. Apabila peluru ini hendak digunakan, lapisan pada peluru ini perlu dikoyak menggunakan gigi. Oleh kerana pada masa tersebut kebanyakkan tentera adalah beragama Islam dan Hindu, berita ini telah tersebar luas maka ia telah menyebabkan ramai tentera menolak untuk turut serta berperang.

Berikutan daripada timbulnya masalah ini maka Negara-negara Barat mula menggantikan perkataan lemak babi (PIG FAT) kepada lemak binatang (ANIMAL FAT) pada bungkusan barangan tersebut. Perkara ini mula dilaksanakan oleh Eropah sejak tahun 1970-an. Apabila syarikat pengeluar ini diminta menyatakan jenis lemak yang digunakan oleh pihak berkuasa dari NEGARA ISLAM, mereka membuat akuan bahawa ia adalah lemak lembu atau kambing. Di sini sekali lagi soalan diajukan kepada pengeluar tersebut, adakah lembu dan kambing itu disembelih mengikut kaedah HUKUM SYARAK? Jika tidak, ia adalah HARAM dan barangan tersebut pasti akan diharamkan untuk diedarkan di dalam NEGARA ISLAM.

Kesan daripada tindakan pengharaman ini, syarikat-syarikat multinasional dari NEGARA BARAT telah menghadapi penyusutan keuntungan yang tinggi 75% dari pendapatan mereka hasil jualan barang-barang mereka yang dianggarkan berbilion-bilion dolar hasil keuntungan daripada eksport mereka ke DUNIA MUSLIM.

Sistem E-CODES
(Rujuk Gambar)

Akhirnya mereka telah memperkenalkan BAHASA CODING di mana hanya Jabatan Pentadbiran Makanan sahaja yang tahu apakah senarai ramuan yang mereka gunakan dalam semua produk makanan, perubatan dan personal. Secara tidak langsung tindakan memperkenalkan sistem E-CODES atau E-INGREDIENTS ini telah menjadi tanya tanya kepada pengguna berkaitan status halal produk tersebut. Ia secara tidak langsung membuktikan MUSLIHAT dan NIAT jahat Negara Barat yang sengaja tidak menghormati kesucian dan kepercayaan agama Islam.

Penggunaan sistem ini telah digunapakai oleh kebanyakkan produk-produk daripada syarikat multinasional seperti ubat gigi, sabun, gula-gula getah, coklat, gula-gula, biskut dan makanan tin. Selain itu, ubat multi-vitamin yang digunakan di semua Negara Islam juga didapati mempunyai unsur-unsur syubahah dan tidak mengambilkira sensiviti pengganut Islam.

Oleh itu, semua orang Islam atau Hindu (Vegetarians) diminta untuk menyemak bahan-bahan ramuan dari ITEM penggunaan barangan harian berdasarkan kepada sistem E-CODE. Jika hasil semakan mendapati terdapat salah satu daripada bahan yang disenaraikan di bawah ini ditemui, pihak tuan dan puan mestilah cuba untuk mengelaknya. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berasal daripada lemak babi (PIG FAT).

Thursday, October 27, 2011

63 Petua Bahagia Dr Fadzilah Kamsah‏


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4.. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Sekian.. Semoga Bermanfaat!

Wednesday, October 19, 2011

Buah diperam dengan carbide tidak selamat


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.

Calcium carbide
 mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal. 

Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama carbide, ada kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat.

Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakancarbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan. 

Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain bukan bermakna ia selamat.
Di India, kerajaan telah mengharamkan penggunaannya di bawah Akta Pencegahan Pencemaran Makanan, dan terdapat beberapa laporan media bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide telah dirampas dan dimusnahkan.
Dalam keadaan biasa, buah-buahan akan masak hasil tindak balas hormon ethylene yang dihasilkan secara semula jadi dalam buah. 

Tetapi penggunaan calcium carbide mengeluarkan gas acetylene yang mudah meruap dan meletup walaupun pada kepekatan yang rendah berbanding ethylene.
Kementerian Kesihatan perlu menyedari bahawa khasiat makanan dalam buah-buahan akan berkurang apabila ia masak ranum secara tiruan.
Buah-buahan yang menjadi ranum dengan menggunakan gas carbide akan mengalami tindak balas kimia yang berbeza berbanding buah-buahan yang ranum secara semula jadi. 

Ketika buah ranum secara semula jadi, perubahan biokimia akan berlaku misalnya penyusutan klorofil, biosintesis karotenoid (antioksidan, penambah sistem imun, bahan pencegah kanser), antosianin (antioksidan yang kuat),essential oils, dan komponen perisa serta aroma. 

Tetapi kesemua perubahan kimia yang menyihatkan dan menambah mutu buah-buahan ini tidak berlaku jika buah ranum secara tiruan.
Dengan mengatakan penggunaan gas carbide untuk meranum buah-buahan sebagai amalan yang selamat, Kementerian Kesihatan seolah-olah menggalakkan penggunaan lebih banyak bahan kimia dalam makanan yang sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

SM Mohamed Idris merupakan presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (C

tak siap kerja


apa alasan anda bila tak siap kerja?



Tuesday, October 18, 2011

Thursday, October 6, 2011

lipstik mama

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahuka...n ibunya,"Mama, aku baru saja melukis memakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah belepotan dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukuli anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah berhasil melampiaskan emosinya, ibu ini baru sadar kalau anak perempuannya sudah gak bergerak lagi. Ia pun menguncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat,..... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdetak.
Dan saat sang ibu melihat ke seprei tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan tinta lipstik merah yang tertulis: "Mama, aku sangat mencintaimu".