Wednesday, August 12, 2015

Kenapa cari suami org

Untuk bacaan PARA SUAMI sahaja.. Semoga anda lebih bersemgt hari ini. 😃
------------------------

Kelebihan Kahwin Suami Orang.

Masyarakat, Tahukah Anda?

Adakah  anda  sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak serta tidak mempunyai masalah dalam rumah tangga anda?, jika anda begitu, sebenarnya anda merupakan pilihan yang baik sebagai calon wanita yang belum bersuami.

Seorang   kawan   yang   bekerja   di  kementerian  pelajaran  menceritakan
pengalamannya  berurusan  dengan  para  janda  yang enggan berkahwin dengan teruna ataupun duda.
Walaupun  ada  teruna dan juga duda yang berkenan pada mereka, mereka tetap enggan menerimanya. Mereka tetap lebih suka memilih suami orang.

Antara kelebihan kahwin suami orang adalah:
   1.    Suami   orang   biasanya  penyabar  dan  menilai  tinggi  institusi
      kekeluargaan.  Mereka  tidak  mudah  melafazkan  kata  cerai dan cuba
      mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk berkekalan.
   2.    Suami  orang  makan minumnya terurus rapi. Oleh kerana dah ada orang
      yang menjaga hal makan minum serta pakaian, maka tidak sukarlah untuk
      isteri kedua menjaganya.
   3.    Suami orang sudah tentu berpengalaman dalam menunaikan tanggungjawab
      batinnya kepada isteri, tentu isteri kedua akan bahagia.
   4.    Suami  orang lebih baik dari duda yang ada anak. Jika seorang wanita
      kahwin  duda,  dialah yang akan menjaga anak-anak duda tersebut. tapi
      jika kahwin suami orang sudah ada orang yang memelihara anak-anaknya.
   5.    Suami  orang  lebih  baik  dari teruna, kerana suami orang tak perlu
      senantiasa  tinggal  dirumah janda yang dikahwininya kerana masih ada
      rumah  lagi satu yang dia perlu pulang sedangkan teruna akan sentiasa
      tinggal  bersama  janda  yang dikahwininya. Ini membuatkan janda rasa
      tidak selesa dan lemas melayan teruna.
   6.    Suami  orang biasanya murah rezeki terutamanya yang ramai anak, jadi
      bolehlah tumpang rezekinya.
   7.   Suami orang biasanya tenang dan tidak tergopoh-gapah.
   8.    Suami  orang  biasanya  tak suka berfoya-foya demi keluarga jadi tak
      perlu risau bila dia keluar dari rumah kemana-mana.
   9.    Suami  orang  biasanya  susah nak dapat kerana sentiasa dikawal oleh
      isterinya. Barang susah dapat biasanya mahal. Jadi suami orang adalah
      barang  yang mahal. Untuk maklumat hanya 5% daripada lelaki muslim di
      negara kita yang berkahwin lebih dari satu.
 
Banyak  lagi  kelebihan berkahwin dengan suami orang. Jika anda masih belum berkahwin  anda  sebenarnya  berada  dalam kerugian yang besar kerana tidak
menjadi   pilihan   wanita.  Jadi  pastikan  anda  segera  berkahwin  untuk
mendapatkan status sebagai suami orang, pilihan wanita berkerjaya.
Jadilah  suami  orang  yang baik, jadilah ayah kepada anak-anak yang ramai, bersabarlah  dalam  perkahwinan  biar  kekal sehingga mati. Tunaikan segala tanggung  jawab  anda dengan baik. Taatlah kepada agama dan didik anak-anak dengan  sabar.  nescaya  anda  bakal menjadi suami orang yang digilai ramai perempuan.
😁 😁 😁 😁 😁 😁
Rugi yg bujang...xde market janda

No comments:

Post a Comment