Tuesday, August 18, 2015

made in China

Siti Nur Suria Sarah Banu ialah seorang gadis berketurunan Kadazan Dusun yang sangat cantik dan periang. Dia merupa seorang pekerja di salah sebuah Pejabat Perkhidmatan Pusat Panggilan di negara China. Dia seorang yang sangat rajin dan baik hati.. Bos Suria ialah seorang lelaki muda cina yg sangat kacak, gagah dan kaya.. Setelah beberapa tahun bekerja di syarikat itu, Bosnya bercadang untuk melamarnya, ini adalah  kerana keyakinan terhadap Suria bahawa dia mampu untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik..
Selepas mereka berkahwin, Suria sering jatuh sakit .. dia pasti akan menelefon ibunya yang berada di Sabah sebagai merujuk dan bagi mendapatkan petua kesihatan..
Setelah 5 tahun mendirikan rumah tangga, Suria telah disahkan mengandung oleh doktor peribadi keluarganya. Namun malang telah menimpa nasibnya. Dia telah mengalami keguguran pada minggu yang ke-7.. Selang beberapa bulan, Suria pun mengandung buat kali yang ke-2. Namun berlaku juga keguguran di minggu yang ke-7... Setelah berusaha dan berdoa, dia telah disahkan mengandung buat  kali yang ke-3 kali. Kali ini dia mengajak ibunya datang ke China untuk menjaga dan menguruskannya..Semasa mengandung, dia dijaga rapi, dibelai dan dijaga oleh ibunya.. Setelah bersalin dan mendapat anak lelaki yang comel, kegembiraan Suria dan suami tidak kekal lama. Anak mereka  juga sering jatuh sakit.. di usia yang masih terlalu kecil, dalam lingkungan 5 bulan, anaknya pula meninggal dunia..
Suria berasa sangat sedih dan sering mengeluh

"kenapalah dengan nasib Suria ni mak?"

Maka dengan nada memujuk dan perlahan serta berhemah, maknya pun menjawab....

"sabar ajelah Su...buatan china memang tak tahan lama!"

😁😁😁😂😜😝

No comments:

Post a Comment