Monday, August 3, 2015

Hang lahir key ell ka?

Bila Menteri Pendidikan org Kedah, soalan peksa akan dibuat dlm loghat Kedah.
Anda diberi 30 minit untuk menjawab soalan-solan berikut.
Sila jawab semua soalan. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan-soalan di bawah.
Markah lulus adalah 60 peratus.
___________________________

1.  Tulong dengaq habih-habih na……toksah dok tebiang satni hang muleh kot
Ayat di atas kedengaran dalam satu perbualan Antara dua sahabat. Dalam kontek ini ayat tersebut merupakan
A)     Nasihat
B)      Amaran
C)      Gurauan
D)     Pujukan
__________________________
2.   Awat la yang hangpa dok tahana kat menatang depa bukan gheti apa……
“Tahana” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan perkataan
A)     Membelai
B)      Mendera
C)      Memberi makan
D)     Memandikan
_____________________________
3. Susunkan perkataan-perkataan di bawah mengikut turutan yang paling dekat hingga paling jauh
I Tengalong
II Balin
III Punggai
IV Hawin
V Tauk
A)     III, I, II, V, IV
B)      V, III, IV, II, I
C)      III, II, IV, I, V
D)     V, IV, II, I, III
____________________________
4.   “Mangkaq, Menghelorp, Kelolo, Loklaq”
Perkataan manakah yang tak sepatutnya berada dalam kumpulan di atas
A)     Mangkaq
B)      Menghelop
C)      Kelolo
D)     Loklaq
____________________________
5.   Perbuatan-perbuatan di bawah adalah reaksi manusia semasa ditimpa musibah
I Kelupoq
II Teghiak
III Meghaung
IV Keghyau
Susunkan mengikut turutan dari kurang ke paling serius
A)     I, II, III, IV
B)      II, I, IV, III
C)      II, IV, III, I
D)     II, III, I, IV
_______________________________
6.    Awang Bokceh terghjun keleborg habih selut belutin
Ayat di atas menceritakan perihal Awang Bokceh yang bermain
A)     Payung terjun
B)      Guli dalam tin
C)      Dalam Lumpur
D)     Dalam sungai
___________________________
7.   Menaboq, meghedih, menanam, menyulam, mengerat, memukoi, mengughoi
Perakataan-perkataan  di atas adalah proses
A)     Pemiliharaan lintah dari benih kecil hingga dewasa
B)      Semaian padi hingga menuai
C)      Semaian getah hingga menoreh
D)     Penanaman kopi hingga bancuhan kopi
_______________________________
8.   Pak Arq la ni sesak tak sangga sekepiang ghabit pun haram aih
“Sekepiang ghabit” dalam ayat di atas merujuk kepada
A)     Binatang
B)      Perbuatan
C)      Duit
D)     Riba
________________________________
9.    “Ghumbu, Ghempang  dan Isein” adalah ukuran untuk
A)     Kekuatan
B)      Keseronokan
C)      Kegilaan
D)     Kesedapan
_______________________________
10.   “Daih, Pelekorh, Highik, Ghenyak” adalah perbuatan untuk
A)     Membuat kenduri
B)      Membaca buku
C)      Mengalahkan lawan
D)     Menghidupkan api
_______________________________
11.   Mokalo hat pri depa celapak meneghu
“Celapak meneghu” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan
A)     Timpa kelam
B)      Gelak Wakwit-wakwit
C)      Pulun habih ghiang
D)     Singkei gigi
________________________________
12.   “Kebah” ataupun “Melanuih” adalah perkataan-perktaan yang merujuk kepada
A)     Tahap kegemukan seseorang
B)      Tahap kesihatan seseorang
C)      Tahap keseronokan bermain
D)     Tahap kepayahan soalan peperiksaan
_____________________________
13.   Hang kena ……..… , pi la sua …………..baghu depa uloq mai
Perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat di atas adalah
A)     ranggi, bangkong
B)      jadi ponen, ketorg
C)      hemoi, domoi
D)     baloq, cenonot
____________________________
14.   “Daje, pelaq, pulaih hawaq” adalah perkataan-perkataan yang digunakan sebagai
A)     Pujukan
B)      Pujian
C)      Makian
D)     Jampian
_________________________________
15.   “Tobat dan panah lintaq” adalah perkataan-perkataan yang sering digunakan semasa
A)     Bersumpah
B)      Bermain hujan
C)       Bermain wau
D)     Bersenam
_____________________________
16.  “Teghebei, Cakplong, Jengkek dan Toi” adalah jenis-jenis
A)     Makanan pembasuh mulut
B)      Senjata orang dewasa
C)      Pakaian tarian makyong
D)     Permainan kanak-kanak
__________________________
17.   “Kambe, galang geta, tibaq layaq, patoq” merupakan bahagian-bahagian pada
A)     Perahu
B)      Kereta Lembu
C)      Patong Wayang Kulit
D)     Rumah
__________________________
18.   “Seghork, Gedeho’q, Mentara, Stimet, Ketoq” adalah istilah-istilah yang digunakan semasa
A)     Menuai padi
B)      Membuat kenduri
C)      Menjual Lembu dan Ayam
D)     Menoreh getah waktu hujan
______________________________
19.   Lengkapkan ayat di bawah.
Takpa, takpa, satgi habih temakau tinggai……..
A)     Cempegha
B)      Cemerghkap
C)      Celepa

No comments:

Post a Comment