Hari ni aku dipanggil pengetua sekolah .
Aku dahla mengantuk, terkejut bila org panggil suruh hadap pengetua yg bengis.
Aku melangkah masuk pejabat, tengok ada beberapa ibu bapa menunggu, tengok aku pandang serong je. Aku duduk depan pengetua n tanya
"Ada apa tuan?"
"Semalam awak ada rotan student ke ?"
"Ada. Beberapa org student"
Lepas tu tiba2 ada la ibu sorg ni mencelah
"U pukul anak i, anak i tak salah. Tengok sekarang dia dah tak nak pergi sekolah dah"
Aku pandang budak tu, kecikkk jer aku nampak
"Ohhh, ni kes tak siap kerja, 2 minggu saya bg masa"
"U nak ajar anak i bukan cara macam ni, i boleh saman u tahu tak"
Aku diam kejap .. cuba kawal diri
Pengetua pun diam .. sbb pengetua aku ni tak reti nak cover org bawahannya.
"u tahu tak i sape ? U kenal i tak sape?"
"I ni CEO syarikat, auntie dia ni lawyer. I boleh saman u bila bila masa sahaja"
Sambung dia lagi.
Aku nampak muka pengetua dah lain macam.
"U apa pasal diam? Mcm ni ke cara cikgu kerja? Duk pukul anak i, habis gangguan emosi dan mental anak i nanti"
Aku tengah kumpul semangat, dahla mengantuk tiba2 kena ceramah free lak
"Macam ni la tuan2 dan puan2 sekalian , saya ni datang sekolah untuk MENGAJAR dan MEMBERI PENGAJARAN,
Saya datang sekolah dengan niat nak bagi anak murid saya ni PANDAI dan BERDISIPLIN. saya nak anak murid saya ni jd orang
Kalau Tuan2 dan Puan2 nak saya datang sekolah semata-mata untuk TUNDUK pada anak Tuan2 dan Puan2
Nak tunduk pada PANGKAT Tuan2 dan Puan2
Maaf, saya bukan jenis cikgu macam tu. Baik Tuan2 dan Puan2 buat sekolah sendiri, ajar sendiri.
Kalau cakap pasal gangguan emosi dan mental, Tuan2 dan Puan2 baru jaga 1 anak ni pun Tuan2 dan Puan2 dah gelabah sebab takut anak terganggu emosi dan mental,
Habis macam mana dengan saya? saya bukan sorang, bukan 2 org, tapi beratus anak murid yang saya kena ajar, dan 1 anak murid tu ada lebih 101 perangai ,
Macam mana saya nak hadap dengan beratus perangai budak2 dlm 1 hari ?
Tak fikir saya mental? Gangguan emosi saya?
Tuan2 dan Puan2 nak pelajaran yang terbaik tapi kami tak boleh memberi pengajaran yang terbaik,
Baik Tuan2 dan Puan2 dukung anak Tuan2 dan Puan2 dan ajar sendiri kat rumah,
Ops, tak boleh kan? Sibuk kerja sangat kan."
Time tu aku dah nampak semua terbang tunduk dah. Tak hiraukan perasaan masing2, aku terus keluar dari bilik pengetua sambil hempas pintu kayu tu.
Semangat kena berani, ☺😊☺😊☺😊
Amcam ada brannn?
Copy & paste.
No comments:
Post a Comment