Tuesday, October 24, 2017

Rahsia bola golf Ali

Ali yang masih di darjah satu sekolah rendah telah mendapat A di semua matapelajarannya. Ayah  dengan bangga ingin membelikan beg baru sebagai hadiah, tapi Ali hanya meminta bola golf sebagai hadiah.

Sampai darjah enam, Ali selalu dapat A dalam semua mata pelajarannya. Kerana bangga dengan Ali, Ayah selalu ingin membelikan hadiah menarik seperti basikal, laptop, iphone dan macam2 lagi tetapi Ali selalu menolak hadiah itu dan hanya meminta bola golf.

"Untuk apa Ali minta bola golf?, tanya ayah.

"Suatu waktu nanti Ali akan beritahu Ayah", jawab Ali.

Setelah lulus PMR dengan nilai tertinggi di sekolahnya, Ayah ingin membelikan motor baru sebagai hadiah, tetapi Ali tetap meminta bola golf sahaja.

"Untuk apa Ali mengumpul bola golf?", tanya ayah.

"Suatu masa nanti akan Ali beritahu, ayah…", jawab Ali.

Lulus SPM dengan Gred 1 di MRSM, si ayah menawarkan kereta baru pada Ali.Waktu ditanya, jawapan Ali masih sama iaitu "bola golf".

Setelah tamat sarjana dengan gred tertinggi di Universiti Malaya dan di terima bekerja di Petronas, ayah ingin membelikan rumah banglow untuk Ali, namun Ali masih meminta bola golf sebagai hadiah. Saat menikah pun, Ali masih memilih bola golf sebagai hadiah. Setelah bertahun-tahun, ayah Ali tiba-tiba sakit dan hampir mendekati ajalnya.

Ayah menelefon Ali, "sudah waktunya Ali beritahu ayah, sebenarnya untuk apa semua bola golf yang Ali minta selama ini?", tanya ayah terbatuk-batuk.

"Biar Ali yang ke hospital ayah, Ali akan beritahu semuanya".

Di dalam perjalanan menuju hospital untuk bejumpa ayahnya, Ali mengalami kemalangan jalan raya yang telah membuat Ali meninggal dunia waktu di dalam perjalanan ke hospital dan tidak ada seorang pun tahu apa maksud bola golf yang diminta Ali sejak kanak2 lagi . . . . . . .

P/s...jangan marah naa...
Aku pun bengang baca benda ni...sekian

No comments:

Post a Comment