Pernah dengar tak kisah arwah Norita yang mati dibunuh di KL dulu? Kuburnya terletak di Utan Aji (tak le jauh dari rumah mak Rita Rudaini) yang kononnya menahan dan menumpang motosikal pemuda2 yang balik waktu malam di kawasan berhampiran kubur Utan Aji (kubur dia di sini). Habis semua pemuda takut nak keluar lewat malam termasuk mat rempit...aman sekejap.
Pada suatu hari (hari khamis petang jumaat) ada seorang pemuda terpaksa balik ke Alor Setar kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Kangar sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja ( Jumaat adalah hari bekerja bagi Perlis, tapi Kedah cuti.)
Sampai di Simpang Empat, jam dah menunjukkan pukul 12.00 mlm. Dia membelokkan keretanya ke jalan Tambun Tulang dan membelok masuk ke Hujung Batu. Jalan ni adalah jalan yang hampir untuk ke rumahnya yang terletak di Long Boh. Di pertengahan jalan menuju ke rumahnya, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”. ”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya. Saya nak balik ke Long Boh. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…
" Oklah. Saya pun nak ke Long Boh jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…
Dia pun beranikan diri dan bertanya…
”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”
"Bertukarlah kepada Breeze!!!..Breeze mampu bersihkan semua kekotoran degil dan jadikan baju putih bertambah putih...."
No comments:
Post a Comment