Sunday, October 15, 2017

Muslim Yang Sihat


Muslim yang sihat :

Bila sakit…

* Ikhtiar Pertama
Solat sunat 2 rakaat dan memohon kesihatan kepada Allah.

Kalau belum sembuh….

* Ikhtiar kedua
Baca Al-Fatihah / Surah2 lain, tiupkan pada air minum dengan amalan tambahan :
– Jika badan panas, maka perbanyakkan membaca Selawat ( kerana Selawat sebagai penyejuk )
– Jika badan sejuk, maka banyakkan baca Ayat Kursi.
– Jika sakit yang nampak, maka bacakan Surah Al-Fatihah sambil mengusap-usap dibahagian yang sakit.
– Jika sakit yang tak nampak, maka banyakkan bacaan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas ( Sebagai penolak sihir )
Inilah Ruqyah untuk diri sendiri.

Tapi kalau belum sihat juga, lakukan ikhtiar ketiga.

* Ikhtiar ketiga
Bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan penyembuh sakit.

Kalau tidak sembuh juga….

* Ikhtiar ke-empat
Memperbanyak Istighfar untuk bertaubat. Sebab Nabi SAW beritahu, bahawa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa-dosa.

Kalau belum sembuh juga…

* Ikhtiar ke-lima
Minum Madu dan Habbatussauda.

Kalau belum sembuh lagi..

* Ikhtiar ke-enam
Mengambil makanan herbal seperti bawang putih, buah tin, zaitun.

Jika belum sembuh…

* Ikhtiar ke-tujuh
Pergi ke Doktor yang Soleh.
Insyaa Allah akan diberi kesembuhan dari Allah..

Percayalah….penyakit yang datang itu sebagai penghapus dosa dan meninggikan darjat disisi Allah…

No comments:

Post a Comment