Wednesday, April 12, 2017

tugas sebenar ayah

Dalam dok siapkan keperluan sekolah anak untuk esok, I suddenly remember what Ayah has once said to me;

"Bila kita ada anak-anak, kita jangan pernah ada mentaliti;

"Aku nak bela anak aku nie elok-elok, bagi belajaq pandai-pandai, esok dia kerja pangkat besaq, dia akan jaga & sara aku."

No. It is totally wrong. Seolah-olah dengan adanya anak, kita ubah kebergantungan kita pada anak tu.

Allah bagi anak sebagai amanah & tanggungjawab. Sebab tu Allah sebut dalam Quran, anak dan harta benda adalah ujian.

Kita bagi anak makan, bagi anak pi sekolah, ajaq solat, ajaq mengaji sebab semua tu tanggungjawab kita. Bukan sebab kita harap anak tu akan balas jasa kita. Takdak istilah balas jasa dalam agama nie melainkan berbuat baik sahaja.

Kalau nak balas jasa, bagi RM1 juta sebulan pun takkan pernah terbalas. Betoi dak?

Macam Ayah. Ayah bagi ampa keperluan hidup, sekolah, makan minum, hantaq pi belajaq dan kawenkan ampa, sebab semua tu tanggungjawab Ayah. Habih dah tugas Ayah.

Lagipun anak-anak Ayah ramai perempuan, bila dah kawen maknanya takat tu ja tanggungjawab Ayah. So what do I expect from all of you? Ayah tak harapkan apa pun. Cuma harap suami ampa jaga ampa macam mana yang Ayah jaga ampa dulu. That's all.

(Dekat sini sedih sikit 😢)

Ada mak bapak yang anak ramai tapi sorang pun buat tak tau, sibuk dengan hidup masing-masing. Ada yang siap kena hantaq pi rumah orang tua lagi. Ada jugak yang anak tak ramai, tapi anak-anak semua boleh diharap.

Bila kita dah tua, nasib kita takdak sapa boleh tentukan melainkan ALLAH sahaja. So kita siap sedia ja apa yang patut. Kalau anak jaga kita elok, Alhamdulillah. Kalau anak abaikan kita, kita nak buat macam mana?

Kita hanya mampu didik dan doa anak-anak kita jadi anak-anak yang baik dan soleh; harap depa boleh doakan kita bila kita dah takdak. Depa nak jadi apa & siapa, bukan dalam kawalan kita lagi dah.

Sebab tu attachment kita jangan lari dari landasan yang sepatutnya. Buat sahaja apa yang Allah suruh, hat lain-lain Dia akan tentukan. Kehidupan kita nie Allah tulis siap dah. Kawen dengan sapa? Jadi apa? Dapat anak macam mana? Semua Dia atuq siap dah. Skripnya Allah dah tulis. Kita jalankan sahaja."

#lillahitaala
#keranaAllahsemata

No comments:

Post a Comment