Kita bangun dari atas katil, walaupun tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.
Kita hidupkan enjin kereta tapi tak boleh. Bateri kong! Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.
Susah nak kejutkan anak bangun tidur. "Hish budak ni, apa nak jadi". Tapi ada jiran waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Penciptanya.
*Kita sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.*
Kita rasa bosan dengan pasangan kita. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.
Kita rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan. Kita komplain. Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.
Kita rasa pakaian kita tak cukup? Ada orang hanya ada 3 helai baju sahaja.
Kita rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kapan.
Kita rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Kita rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap kita. Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk dihidupkan semula.
Syukurlah walau apa jua keadaan kita masih bernafas di bumi Allah ini. :)
Alhamdulillah ... :)
No comments:
Post a Comment