Sunday, April 30, 2017

anda nak kaya

Anda menginginkan senario seperti ini?

1. Duduk sahaja dapat duit. Goyang kaki, tangan sibuk kira duit

2. Ada bilik sendiri, lengkap dengan penyaman udara

3. Sepanjang bekerja, duit masuk setiap masa. Duit keluar ada juga, itu biasa. Tapi tak sebanyak yang masuk. Dijamin untung

4. Bersua muka dengan ramai orang. Asal jumpa dapat duit. Bagus untuk networking.

Berminat?

Sila ke pejabat plaza tol yang berdekatan. Nyatakan minat anda untuk menjadi operator tol.

Thursday, April 27, 2017

women wont listen

Don't Laugh alone ....
A man was driving a car ...
A fat lady on a scooter overtook him !!
Man shouted : "Hey Buffalo"
Lady turned back and shouted : "You donkey, idiot, stupid monkey"
Suddenly she had an accident
She was hit by a buffalo crossing the road
MORAL : "Ladies never understand what a Man wants to say"...
😄😝😛😜
Women never listen properly:-😁😁

Tuesday, April 25, 2017

kenapa jin suka rasuk gadis melayu

Skg baru saya tahu kenapa Perempuan Melayu selalu kena sampuk, berbanding perempuan cina ataupun india atau lain2. Info utk rakan2.

Kenapa pelajar perempuan Melayu selalu dirasuk?
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan
membasuh kain. Berlaku diasrama puteri.
Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis
Melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada
pelajar kaum Cina dan India.
Di mana salahnya… Kita ikuti percakapan antara
bomoh Melayu dan syaitan.

Misteri di Asrama Puteri terjawab! Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya ...... mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang
tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yg begitu menakutkan itu.

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? ”“Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau
wahai syaitan yang direjam”

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun
menjawab…

“Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan...
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat...
Kalaulah Mmg Tak Mungkin aku Tertarik.... Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin aku kan jatuh...  Aduhaiii ...... Lemah lembut gayanya......

Keh keh keh ......🤣🤣🤣😂😂😁😁

Saturday, April 22, 2017

*```BELIEVE IT OR NOT```*

*1-Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.*

*2-Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.*

*3-Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.*

*4-Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.*

*5-Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.*

*6-Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.*

*7-Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.*

*8-Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.*

*9-Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan, penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.*

*10-Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.*

*11-Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.*

*12-Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.*

*13-Kuda laut tidak boleh berlumba.*

*Sebab ada 10 perkara yg saya tahu tentang kamu...*

*1. Kamu pasti sedang baca status ini..*

*2. Kamu sememangnya manusia..*

*3. Kamu tidak dapat menyebut huruf ' P' kalau bibir atas dan bibir bawah tidak bersentuhan..*

*4. Kamu baru saja mencubanya..*

*6. Kamu sedang tersenyum sendirian..*

*7. Sampai kamu tidak sedar yg no.5 tidak ada di situ..*

*8. Kamu baru saja cek no.5..ya memang tidak ada di situ..*

*9. Kamu ketawa sambil tersenyum...*

*^Kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan...*

*1. Kamu memang malas untuk membaca semua kata "kawan" di atas...*

*2. Sampai kamu tidak sedar ada perkataan "kawin" diantaranya..*

*3. Kamu terus mencari perkataan "kawin"  yg memang sebenarnya tidak ada pun di situ...dgn muka serius sambil berkata "tak ada pun"..*

*4. Kamu pasti sedang ketawa dan tersenyum...sebab kamu baru saja TERKENA.. HAHAHAA*

*Cuba kamu lihat wajah kamu ke cermin sekarang..*
*Wajah kamu kelihatan manis dan berseri sekali...*

*Apa lagi..*
*Hantar la pada kawan kamu agar mereka pun boleh ketawa seperti kamu...*

*```#senyumseindah
suria```*
*```#senyumlahdarihati```*
*```#duniamuberseri😊```*

Thursday, April 20, 2017

*CEK LIST HARI JUMAAT*

1. Potong kuku
2. Uruskan misai dan janggut
3. Baca surah al-Kahfi. Jika tidak mampu membaca keseluruhan, bacalah 10 ayat pertama dan 10 ayat akhir
4. Mandi sunat Jumaat
5. Afdal pergi awal ke masjid untuk mendapat saf pertama
6. Pakai pakaian yang bersih
7. Pakai wangi-wangian
8. Sembahyang tahiyyatul masjid
9. Niat iktikaf
10. Afdal banyak beristighfar dan salawat kepada nabi SAW
Jom selawat
.اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
11. Dengar khutbah Jumaat dengan penuh khusuk
12. Berdoa antara dua khutbah.
13. Sembahyang sunat rawatib ba’adiah.
14.*bawak duit ke masjid utk sedekahhh..*
💚JANGAN LUPA TAU....SHARING IS CARING❤
In Sha Allah 😘

PENGANTI SUAMI*

*

Di tanah perkuburan, seorang ustaz mendekati wanita cantik yang baru kehilangan suaminya...

Ustaz: (Berbisik) "Saya turut berdukacita atas pemergian suami kamu. Semoga suami kamu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.."

Wanita: "Mudah-mudahan. Terima kasih ustaz"

Ustaz: "Kamu tak boleh lama2 larut dalam kesedihan. Bolehkah saya menggantikan posisi suami kamu...???"

Wanita: "Ustaz serius..??!!!"

Ustaz: "Ya betul, saya serius...!!"

Tiba-tiba wanita itu berkata kepada si penggali kubur..

Wanita : "Pak cik..!! Tolong dikorek semula kuburnya kerana ustaz ini ingin menggantikan suami saya....!!!!"

Ustaz: "Allah..."          

*_Ambik kau ustaz_*...
🤣🤣🤣🤣🤣

#Santai

bila kuda pandai telefon

Pagi td seorang suami duduk sambil membaca surat kabar, tiba2 istrinya datang memukul kepalanya dgn periuk. Prraaakkk .. !!
- Mengapa kamu memukul ku? tanya suami.
- Sang istri menjawab: Tadi ada kertas dgn nama Risma, aku menemukan di poket seluarmu.
- Si Suami kemudian berkata: Aku pergi ke tempat lumba kuda minggu lalu, Risma adalah nama kuda yg aku taruhkan.
- Si istri minta maaf dan kemudian melanjutkan pekerjaan rumahnya.
- 3 hr kemudian si suami sedang asyik nonton tv, tiba2 si istri memukulnya kembali dgn kuali yg lebih besar hingga pengsan.
- Setelah tersedar suami bertanya: kenapa kamu pukul aku lagi.
- Istrinya menjawab: kudamu tadi menelpon....😬
😄😄😄😄😄😄
Pesan Moral :
Untuk para suami,...... Jangan pernah ajar kuda menelpon..... 😂😂
Untuk hiburan sja

Wednesday, April 19, 2017

Nujum Pak Belalang


Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab
soalan hamba.
Pak Belalang: Silakan Nujum Masai.
Nujum Masai: Ada sebuah masalah, 1 banyak-
banyak, 2 sikit-sikit, 3 kadang-kadang, 4 jarang-
jarang? Apakah itu?

Pak Belalang: Minyak!!!!

Nujum Masai: Sebab!!!!

Pak Belalang:
1. Banyakk.. ertinya bulan ni sahaja.. banyak kali minyak naik....
2. Sikit-sikit.. ertinya sikit-sikit dia naik....
3. Jarang-Jarang.. ertinya jarang-jarang kita dgr minyak turun....
4. Kadang-kadang.. ertinya kadang-kadang kita dpt merasa minyak murah....

Tuesday, April 18, 2017

FAKTA PERUBATAN

TAHUKAH ANDA, JIKA ANDA

1. MANDI DUA KALI SEHARI
2. TIDAK MEROKOK
3. TIDAK MINUM ALKOHOL
4. PERGI KE GYM SETIAP HARI UNTUK KECERGASAN
5. TIDUR YANG CUKUP
6. MAKAN BUAH BUAHAN SELEPAS MAKAN
7. MENGHINDARKAN STRESS
8. MENGHINDARKAN SEGALA JENIS DADAH

ANDA AKAN TETAP MATI APABILA TIBA MASANYA

35 ADAB BERGAUL DENGAN IBUBAPA*

*35 ADAB BERGAUL DENGAN IBUBAPA*

_Terjemahan dari bahasa Arab oleh pelajar alimah Madrasah An-Nuur, Kesang Laut, Tangkak Johor. (madrasahannuur.com)_

1.tutup hand phone ketika kehadiran mereka
2.senyap untuk mendengar cerita mereka
3.terima pendapat mereka
4.memberi tindak balas terhadap cerita mereka
5.bersemuka dengan mereka dalam keadaan merendah diri
6.selalu memuji mereka
7.kongsikan kepada mereka cerita Yang menggembirakan
8.tidak menyampaikan kepada mereka cerita Yang buruk
9.memuji kawan-kawan mereka Dan orang Yang mereka sayang
10.ingat jasa mereka
11.merasa teruja terhadap cerita mereka walau sudah berulang-ulang kali
12.tidak menyebut perkara Yang menyakitkan Yang telah berlalu
13.elakkan perbualan Yang berlebihan
14.duduk sopan bersama mereka
15.tidak meremehkan pendapat mereka
16.tidak memotong percakapan mereka dan tidak meninggalkan mereka ketika mereka bercerita
17.menghormati umur mereka Dan tidak membebankan mereka dengan cucu-cucu
18.tidak menghukum anak (cucu mereka) di hadapan mereka
19.terima sepenuhnya nasihat dan pendapat mereka
20.memuliakan kehadiran mereka
21.tidak meninggikan suara terhadap mereka
22.tidak berjalan di hadapan mereka
23.tidak makan sebelum mereka makan
24.tidak merenung mereka
25.berbangga dengan mereka walau pun mereka tidak layak untuk itu (untuk perkara Yang di banggakan itu)
26.tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka Dan tidak membiri mereka sesuatu dari arah belakang
27.tidak mencaci terhadap kemarahan mereka
28.mendoakan untuk mereka setiap waktu
29.tidak menzahirkan kepenatan Dan keletihan di hadapan mereka
30.tidak mengetawakan atas kesalahan mereka
31.menolong mereka sebelum mereka meminta
32.selalu menziarahi mereka dan tidak membuat mereka marah
33.memilih perkataan yang baik ketika bersembang dengan mereka
34.panggil mereka dengan gelaran yang mereka suka
35.dahulukan mereka dari semua perkara dan orang lain.

Mereka berdua adalah harta di bawah bumi, di takuti mereka akan di kebumikan di bawah tanah. Dan saya mengesyorkan untuk membacanya dengan teliti..
dan muhasabah terhadap diri sendiri berurusan dengan ibu bapa.......👩‍👩‍👦‍👦

berjaya turun berat badan

Alhamdulillah.
Dah 18 April 2017, genap 2 bulan tak makan nasi.. Apatah lagi kek,ice cream,keropok,makanan segera atau air bergas...
Malam kalau lapar saya hanya makan buah, itupun yang tidak menpunyai kandungan gula yang tinggi...
Dah masuk 6bulan saya amalkan makan malam sebelum jam 7. Jam 6petang biasa dah makan malam.. Saya amalkan senaman sekurang kurangnya sejam sehari pada hujung minggu dan curi masa 30minit setiap hari...
Sepanjang 2 bulan saya amalkan tidur yang cukup, sekurang kurangnya 8jam sehari...
Saya telah berjaya kurangkan berat saya sebanyak 10kg, badan saya rasa sihat dan bertenaga... Hubungan dengan keluarga dan kawan kawan pun lebih baik...
.....

Saya tak tau sapa punya status ni.. Saya saja nak share terima kasih sudi baca.
Sambil share ni saya tengah pikir boleh ke buat mcm ni.. 2bln 10kg. Sambil mulut mengunyah..Hahahahahaha
😎😎😂😜😜😜😜😜

Buat yg punya *PERUT BUNCIT*

*TIMUN DAN MINYAK GORENG*, TERNYATA BAGUS BUAT *PERUT BUNCIT.*

Bagi bapak2 yang merasa memiliki problem perut buncit....dan berusia 30-55 thn ke atas, tips menjelang tidur.. mudah2an bermanfaat..

*"Khasiat timun & Minyak goreng"*

timun di parut dan dlperah di ambil airnya, kemudian campurkan 2 sudu makan MINYAK goreng, lalu sapukan pada perut Anda..
Ulangi sekerap yang mungkin..

*SANGAT BAGUS* buat perut *ANDA YANG BUNCIT..*

apakah perut akan nampak kurus...???

Tentu saja *TIDAK !!!...*

Hanya *BAGUS saja... lebih BERKILAT dengan sapuan MINYAK dan TIMUN !!!* 😆😆😆😆😆😆😆....

Monday, April 17, 2017

ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING..

"When you are hurt by the people who share blood relations with you, recall Yusuf alaihi salaam who was also betrayed by his brothers"

"when you find your parents opposing you (in deen) recall Ibrahim alaihi salaam who was burnt by his own father"

"when you are mocked and abused by your own relatives just because you adopted deen over dunya, recall Rasulullah sallallaahu alaihi wa sallam who faced the same situation"

"when you are stuck into some problem and find no way out, recall Yunus alaihi salaam who was stuck into a fish's stomach"

"when you fall ill and your whole body cries with pain, recall Aiyub alaihi salaam who was more ill than us"

"when you see some physical fault in yourself, recall Musa alayhi salam who could not properly speak"

"when someone slanders you, recall Aisha radiallahu anha who was also slandered through the whole city"

"when you feel lonely, recall how Adam alaihi salaam would have felt when he was sent to this earth alone"

"when you cant see any logic in whats going on and your heart asks why is this happening, recall Nuh alaihi salaam who made the biggest ship without questioning"

SubhanAllah... Allahhu Akbar...

"Allah put all those great personalities in trials so that some day someone like you and me, if being faced by any calamity should not question, "WHY ME?"

..ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING..

[Remember the Prophet P.B.U.H said if u have knowledge pass it on even if it is just one verse. So Forward this message and help us in our Mission to keep the Muslim Youth on the right path, ISLAM]

Friday, April 14, 2017

jadilah org yg bersyukur

Kita bangun dari atas katil, walaupun  tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.

Kita hidupkan enjin kereta tapi tak boleh. Bateri kong! Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.

Susah nak kejutkan anak bangun tidur. "Hish budak ni, apa nak jadi". Tapi ada jiran waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Penciptanya.

*Kita sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.*

Kita rasa bosan dengan pasangan kita. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.

Kita rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan. Kita komplain. Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.

Kita rasa pakaian kita tak cukup? Ada orang hanya ada 3 helai baju sahaja.

Kita rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kapan.

Kita rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Kita rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap kita. Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk dihidupkan semula.

Syukurlah walau apa jua keadaan kita masih bernafas di bumi Allah ini. :)

Alhamdulillah ... :)

*PERJALANAN TERJAUH BAGI SEORANG LELAKI*

_*Tahukah Kamu Wahai Lelaki..*_

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Bagi Seorang Lelaki Adalah Perjalanan Ke Masjid.

Sebab Ramai Orang Kaya Tidak Sanggup Mengerjakannya.

Jangankan Sehari Lima Waktu. Bahkan Ramai Pula Yang Seminggu Sekalipun Terlupa.Tidak Kurang Pula Yang Seumur Hidup Tidak Pernah Singgah Ke Sana.

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.

Kerana Orang Cerdik Dan Pandai Pun, Sering Tidak Mampu Menemukannya.

Walaupun Mereka Mampu Mencari Ilmu Hingga Ke Universiti Di Eropah. Ataupun  Amerika.
Mudah Melangkahkan Kaki Ke Jepun, Australia Dan Korea.Dengan Semangat Yang Membara.

Namun Ke Masjid Tetap Saja Perjalanan Yang Tidak Mampu Mereka Tempuh...Walau Telah Bergelar PHD.._

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.

Kerana Para Pemuda Kuat Dan Bertubuh Sihat Yang Mampu Menakluki Puncak Gunung Berapi.. Pun Sering Mengeluh Ketika Di Ajak Ke Masjid.. Alasan Mereka Pun Bermacam².. Ada Yang Berkata Sebentar Lagi.. Ada Yang Beralasan Tidak Selesa DiCop Alim..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..
Hatta
Pemain bola sepak yg kuat
Bertarung 90 minit,hampir
Saban minggu belum pasti
Gagah  kemasjid

Maka Berbahagialah Diri Mu Wahai Lelaki..
Bila Engkau Telah Terbiasa Melangkahkan Kaki Ke Masjid..

Kerana Sejauh Manapun Engkau Melangkahkan Kaki.. Tidak Ada Perjalanan Yang Paling mulia serta Membanggakan..

Selain Perjalanan Mu Ke Masjid..

Biar Aku Beritahu Rahsia Kepada Mu.. Hakikatnya Perjalanan Mu Ke Masjid Adalah Perjalanan Untuk Bertemu Rabb Mu..

Itulah Perjalanan Yang DiAjarkan Oleh Nabi Mu.. Serta Perjalanan Yang Akan Membezakan Mu Dengan Orang² Yang Lupa Akan Rabbnya..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..

Maka Lakukanlah Walau...Engkau Terpaksa Merangkak Dalam Gelap Subuh Demi Mengenal Rabb Mu..Nescaya kamulah
Insan-insan yang BERUNTUNG...
AKHIRAT kelak...

* Pesanan untuk diri Sendiri dan mereka-mereka bergelar lelaki khususnya.

_*(c&p)*_

_*SILA SHARE DAN SEBARKAN*_

Wednesday, April 12, 2017

jujurnya makhluk ini

Petang maring mase balik keje tengok derek lembu tidur tepi jalan.

Mule² wase geram, lepas tu berenti tengok muke ye.. sian pulokk. Dang molek mase tu ambe tengah puasang, ambe pun tanye soalan ke dier.

"Weh lembu. Sape paling smart skali dlm grup ni"

Tujuh, lapang ekor jawab serentok.

"Muuuuuuuu!!!!!!."

Subhanallah nok nitik air mate rase, kebesaran Allah mencipta makhluk yang jujur 😭

tugas sebenar ayah

Dalam dok siapkan keperluan sekolah anak untuk esok, I suddenly remember what Ayah has once said to me;

"Bila kita ada anak-anak, kita jangan pernah ada mentaliti;

"Aku nak bela anak aku nie elok-elok, bagi belajaq pandai-pandai, esok dia kerja pangkat besaq, dia akan jaga & sara aku."

No. It is totally wrong. Seolah-olah dengan adanya anak, kita ubah kebergantungan kita pada anak tu.

Allah bagi anak sebagai amanah & tanggungjawab. Sebab tu Allah sebut dalam Quran, anak dan harta benda adalah ujian.

Kita bagi anak makan, bagi anak pi sekolah, ajaq solat, ajaq mengaji sebab semua tu tanggungjawab kita. Bukan sebab kita harap anak tu akan balas jasa kita. Takdak istilah balas jasa dalam agama nie melainkan berbuat baik sahaja.

Kalau nak balas jasa, bagi RM1 juta sebulan pun takkan pernah terbalas. Betoi dak?

Macam Ayah. Ayah bagi ampa keperluan hidup, sekolah, makan minum, hantaq pi belajaq dan kawenkan ampa, sebab semua tu tanggungjawab Ayah. Habih dah tugas Ayah.

Lagipun anak-anak Ayah ramai perempuan, bila dah kawen maknanya takat tu ja tanggungjawab Ayah. So what do I expect from all of you? Ayah tak harapkan apa pun. Cuma harap suami ampa jaga ampa macam mana yang Ayah jaga ampa dulu. That's all.

(Dekat sini sedih sikit 😢)

Ada mak bapak yang anak ramai tapi sorang pun buat tak tau, sibuk dengan hidup masing-masing. Ada yang siap kena hantaq pi rumah orang tua lagi. Ada jugak yang anak tak ramai, tapi anak-anak semua boleh diharap.

Bila kita dah tua, nasib kita takdak sapa boleh tentukan melainkan ALLAH sahaja. So kita siap sedia ja apa yang patut. Kalau anak jaga kita elok, Alhamdulillah. Kalau anak abaikan kita, kita nak buat macam mana?

Kita hanya mampu didik dan doa anak-anak kita jadi anak-anak yang baik dan soleh; harap depa boleh doakan kita bila kita dah takdak. Depa nak jadi apa & siapa, bukan dalam kawalan kita lagi dah.

Sebab tu attachment kita jangan lari dari landasan yang sepatutnya. Buat sahaja apa yang Allah suruh, hat lain-lain Dia akan tentukan. Kehidupan kita nie Allah tulis siap dah. Kawen dengan sapa? Jadi apa? Dapat anak macam mana? Semua Dia atuq siap dah. Skripnya Allah dah tulis. Kita jalankan sahaja."

#lillahitaala
#keranaAllahsemata

Tuesday, April 11, 2017

amanat isteri

PAK HAJI

Ramai orang menziarah di rumah Pak Haji yg sedang menangis kerana berkabung atas kematian isterinya..

Tiba-tiba Pak Haji melangkah jenazah isterinya berulang-ulang...

Para hadirin yg ada pada masa itu hairan & terkejut seraya berucap :

"Astaghfirulloh Alazim.. Pak Haji..!!! mengapa Pak Haji melakukan semua ini.?????"

"Memenuhi amanah isteri saya !!!!! " Pak Haji menjawab.

"Amanah apa Pak Haji???" hadirin bertanya.

"Semasa hayatnya isteriku selalu berkata, ''kalau abang mau kawin lagi.. LANGKAH MAYATKU! DULU''

Peringatan buat isteri2 jgn buat amanat bgtu ya..
😂😂😂😂

Monday, April 10, 2017

"EACH GIVES WHAT HE HAS"

GOOD MORNING
SELAMAT PAGI

Back in the days when Germany was divided, a huge wall separated East and West Berlin.

One day, some people in East Berlin took a truck load of garbage and dumped it on the West Berlin side.

The people of West Berlin could have done the same thing, but they didn't. Instead they took a truck load of canned goods, bread, milk and other provisions, and neatly stacked it on the East Berlin side.

On top of this stack they placed the sign:

*“EACH GIVES WHAT HE HAS"*

How very true! You can only give what you have.

What do you have inside of you?
Is it hate or love?
Violence or peace?
Death or life?
Capacity to build or capacity to destroy?

What have you acquired over  the years?

*"EACH GIVES WHAT HE HAS"*

hantaran kawin

Sekarang ni tengah sibuk anak dara mintak hantaran tinggi. Yg diploma sampai 20K. Kalau degree, master maupun phd fuhh.... tak tau la berapa.

Tapi

Nasihat saya pada dia orang ni kan kalau nak kahwin hantaran tinggi, kahwin lah dengan pemain bola sepak.

Bukan setakat dapat hantaran tinggi, hantaran jauh, hantaran dekat, hantaran rendah, hantaran lintang, hantaran lambung  semua pun bolehhh"

Boleh belaka. 😂😂

makcik dan kerepek

Tadi masa sedang makan ternampak seorang makcik tua masuk dalam kedai. Umur dalam 60 dan berpakaian lusuh. Pastu keluar tokey kedai dan bertanya, "makcik nak apa?" Makcik tu pun jawab yang dia datang nak jual kerepek.

Tiba2 tokey kedai tu marah lalu menengking makcik tu. Lepas tu ditolaknya makcik tu jatuh ke lantai. Makcik tu bangun sambil menangis.

Tokey kedai tu terus memaki hamun dan menyeret makcik tu keluar dari kedainya. Kerepek makcik tu habis jatuh bertaburan atas lantai. Sedih aku tengok bila makcik tu kutip satu-satu kerepek dia sambil menangis.

Aku tak sampai hati tengok makcik tu lalu aku bangun dan terus ambil remote TV pastu aku tukar tengok cerita kartun.

Friday, April 7, 2017

KHASIAT DAUN PISANG*

*

Daun pisang boleh menyembuhkan berbagai macam gejala2 penyakit seperti:
              
1. Perut pedih
2. Berpeluh
3. Badan ketar2
4. Kurang konsentrasi
5. Pening / sakit kepala
6. Mata berkunang-kunang
7. Tidak bertenaga
    
Cara2nya :
Ambil daun pisang lalu
letak nasi secukupnya, ikan masin, petai jerok, tauhu, kerabu pucuk paku, sambal belacan ikan tawar. Lebih molek ditambah daging masak gulai atau ayam bakar...

Maka gejala yang ada spt di atas akan dapat diatasi...

SELAMAT MENCUBA...
Indahnya berkongsi pengalaman...
😂😂😂 😛😜😝
salam petang  jumaat.

Thursday, April 6, 2017

Percakapan Mama dan anak*

*
 
Mama: "Nak, kamu tau siapa tun Fatimah.??
Anak: "tak tau."
Mama: " rajin2 la baca buku sejarah."
Anak: "Mama tau siapa Suzie??
Mama: "Siapa?"
Anak: *"rajin2 la baca Whasap Papa."*
Mama:
😡😡😡😡😡😡😡😡😡
🏃🏼🏃🏼🏃🏼🏃🏼🏃🏼🏃🏼🚓🚓🚓

Wednesday, April 5, 2017

ANGGOTA Parlimen DI UGUT

**

Anggota Parlimen diperas ugut di Whatsapp :

Seorang anggota Parlimen mendapat mesej ancaman melalui Whatsapp yang berbunyi: _"Ingat saya? Kita pernah tidur bersama. Saya ada videonya. Segeralah kirim MYR 250,000.000 ke akaun xxxxxxxxxx bank XYZ, jangan coba2 mengesan atau memberitahu polis kalau tidak saya akan hantar videonya ke media!"_

Anggota Parlimen tersebut ketakutan dan menyanggupi untuk transfer sejumlah wang yang diminta. Setelah transfer wang tersebut, dia bertanya via WA lagi, _*"Kau siapa dan kita pernah tidur di mana?*_

Dalam 5 minit kemudian muncul jawaban: _"Saya anggota parlimen juga, kita sama-sama tidur waktu Sidang Parlimen..."_
😀🤣🤣🤣🤣

Sunday, April 2, 2017

bersyukur lah

Seorang guru memberikan tugasan kepada pelajarnya untuk  menuliskan 7 Keajaiban Dunia.

Sebelum kelas bersurai, semua pelajar diminta untuk mengumpulkan tugasan mereka.

Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorangpun yang memperhatikan hal itu…

Selepas itu, guru memeriksa semua tugasan itu.

Sebahagian besar pelajar menulis demikian...

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Cina
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon

Di saat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru terdiam...tugasan terakhir itu adalah milik si gadis kecil pendiam tadi…isi jawapannya adalah :

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh DiSayangi
5. Boleh Merasai
6. Boleh Tertawa, dan
7. Boleh Mencintai…

Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya.
Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa...

Mengucap syukur untuk gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, iaitu:

'Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita syukuri...'

Jom renungkan....

Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk berkahwin. Sudah berkeluarga mengeluh belum miliki  anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup mata dengan telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini menutup mata kita, maka tertutuplah bumi yang luas ini..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, dan bumi ini sekalipun akan nampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya.

Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur...

Syukur itu indah... dan akan selamanya indah...✨💥🌷

bahaya makan sadin

Maklumat terbaru dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Info penting. Semua kita wajib ketahui. Kepada sesiapa yg suka mengamalkan memakan ikan sardin atau makanan dlm tin. Kementerian kesihatan telah mengeluarkan AMARAN, bahawa mengamalkan tabiat suka memakan makanan dalam tin adalah 💯% amat MERBAHAYA. Boleh menyebabkan usus dan kerongkong tersumbat sekiranya ditelan begitu sahaja tanpa membuka tin terlebih dahulu ...

Saturday, April 1, 2017

TIPS MENJAGA PERSAHABATAN DI GROUP !!!

1. Fahami bahawa kita memiliki perbezaan iaitu ...
☆ Pendidikan
☆ Hobi
☆ Sifat
☆ Latar Belakang
☆ Kedewasaan Rohani
☆ Pola Fikir dll

2. Dari perbezaan tersebut, harap maklum jika ada ahli yg ...
☆ Suka Humor
☆ Serius dan Santai
☆ Suka Ceramah Agama
☆ Suka Menasihat
☆ Suka Mengkritik
☆ Suka Cerita Politik
☆ Suka Pos Artikel
☆ Suka Loyar Buruk

3. Keaktifan posting para anggota ...
☆ Sangat aktif
☆ Sederhana aktif
☆ Kadang-kadang je aktif
☆ Tak aktif tapi suka baca
☆ Mmg malas buka whatsapp
☆ Jadi ahli tapi tak aktif

4. Jgn mudah terpengaruh dgn isi posting sehingga kita jadi ...
☆ Beremosi
☆ Tersinggung
☆ Tak mau kalah
☆ Percaya begitu saja

5. Jika ada posting yg isinya  keliru, kita perlu luruskan ... maka jgn menambah gaduh atau mengeruhkan suasana. Pada yg posting tak betul jika diluruskan jgn cepat tersinggung

6. Jika ada posting yg kurang berkenan di hati kita, misalnya...
☆ humor
☆ gambar denyut-denyut
☆ video gerak-gerak
☆ citer seks
☆ artikel terlalu panjang atau berjela-hela
☆ Biarkan aje atau delete

Yang paling penting pastikan jgn jd malas sangat atau ego. Sesekali cuba2 lah respon atau menyampuk dlm grup. Org tau bukan nye kite sibuk manapun.  Jangan nanti masa ditimpa musibah baru terhegeh2 nk mintak tolong kwn2 dlm grup. Ingat...grup whatsapp diakui adalah antara medium yg sangat membantu sekiranya kite dlm apa2 masaalah.

Jadi ... Fokus saja pada satu tujuan iaitu menjalin tali silaturahim dan persaudaraan. Semoga ada manfaatnya bagi merealisasikan indahnya kekeluargaan / persahabatan agar terus berkekalan !!!

*3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat adalah*:

1. *Jodoh*

Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.

2. *Rezeki*

Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.

3. *Ajal maut.*

Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.

*Santapan rohani hari ini*

fren forever

*Tersentuh Jiwa biar berulang kali dibaca*

*PUISI UNTUK KITA SEMUA*

*~(katanya ini nama penulis : Khadijah Hashim)*

*Kita..*
*adalah..*
*Warga setengah tua..*
*Sisa2 pesona masih ada...*
*Senyum indah masih tersisa...*
*Canda ceria juga masih ada...*
*Muzik2 lama jadi teman setia...*

*Dulu belajar bersama-sama..*
*Namun jalan hidup berbeda2...*

*Menjelang tua,*
*Whatsapp mempertemukan kita*

*Sambil mengenang masa muda yg pernah ada...*

*Mari kita nikmati masa ini bersama-sama..*

*Sebelum satu demi satu kita tiada...*

*Sebelum yg nyata ini menjadi fana...*

*Terima kasih sahabatku di masa muda...*

*Terima kasih    sahabatku di masa menjelang tua...*

*Yang saling memaafkan  dan mengerti arti persahabatan di usia senja.*

*Semoga tetap sehat, sejahtera dan bahagia...*

*semoga selamat di mana saja anda berada . entah bila kita dapat berjumpa..jangan kita sombong menyepi diri....bertanyalah khabar...memberilah Salam...walau secara maya ...peluang tak tentu bila* 
...

*🌸Friend Forever🌸*