Thursday, August 11, 2016

Jemputan pasang satu lagi

*Jemputan*

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan yang saya hormati sekelian,

Dengan rendah diri, saya ingin memaklumkan kepada anda semua yang pada hujung minggu ini, insyallah kalau tiada aral melintang, saya akan *memasang lagi satu.* Dah lama saya menyimpan keinginan ini, namun baru kali ini saya mendapat peluang keemasan ini. Saya rasa kali ini saya telah bersedia. Syukur alhamdulillah, isteri dan anak-anak pun tiada halangan bagi saya meneruskan niat murni saya ini. Segala persiapan telah pun diatur dan berharap berjalan lancar.

Oleh itu, sekiranya tuan-tuan kelapangan (sorry, atas sebab-sebab keselamatan, saya hanya menjemput *kaum lelaki sahaja*... al-maklumlahh), saya ingin menjemput tuan-tuan datang ke rumah saya pada hari minggu ini, *14 Ogos 2016* untuk turut sama-sama dengan saya *memasang bendera kebangsaan kita, *Jalur Gemilang* di pagar rumah saya.
Yang pertama dah pasang kat opis 😆😆😆...

*🇲🇾Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-59🇲🇾* tq

No comments:

Post a Comment