Thursday, August 4, 2016

Bersangka baik lah

_*BERSANGKA BAIKLAH KEPADA MUSIBAH YANG MENIMPA KE ATAS ORANG LAIN*_

_Kita sering melihat musibah-musibah yang berlaku kepada orang lain seperti musibah yg berlaku pada rakan², jiran² & sanak saudara yang lain._

_Kadang² kita *```memandang remeh```* perkara ini *```tanpa```* ada langsung *```permuhasabahan diri```*. Mungkin kita *```tidak pernah merasai```* @ *```belum merasai```* keadaan seperti ini menyebabkan kita *```lupa```* untuk *```bersyukur & berdoa```* untuk orang yang ditimpa musibah dan diri kita sendiri ketika itu._

_Kadang² kita *```rasa```* seperti kita *```orang yang baik```* dan *```tidak berdosa```* sebab kita *```tidak ditimpa musibah```*. Hidup kita lancar tanpa kesusahan hidup yang menyebabkan diri kita rasa baik._

_Perkongsian kali ini adalah tentang kenapa kita perlu *```bersangka baik```* terhadap setiap *```musibah```* yang berlaku ke *```atas orang```* lain._

_Sesungguhnya musibah berlaku ke atas seseorang tidak terhenti disitu, ada rentetan berlaku selepas itu yang memberi *```hikmah pengajaran```* kepada hamba yang terima musibah dan hambaNya yang lain......_

_Selepas kehilangan anak perempuan sulung saya, *```emosi```* dan *```jiwa```* saya *```terganggu```*. Walaupun pada *```hakikat```* saya dapat *```menerima suratan takdir```* ini tetapi saya *```manusia```* biasa yang cukup *```lemah```*. Perilaku di bawah sedar (di luar kawalan tanpa sedar) terjadi dlm tempoh tersebut lebih kurang sebulan. Hanya rakan² & jiran rapat saja yang menyedari perubahan sikap ini.Keadaan ini diceritakan balik oleh mereka kepada saya apa yg berlaku.Saya suka menangis, bercakap seorang diri, kerja tidak terurus, senyum sendirian, kutip semut² dalam longkang, bercakap dengan kucing dan bercakap dengan pokok-pokok._

_*```Keadaan```* ini membuatkan *```kerja```* buat saya di *```sekolah```* tidak terurus. Ponteng, lewat, kerja tertangguh dan sebagainya sedangkan saya sebelum ini seorang guru memiliki anugerah perkhidmatan cemerlang sebanyak 2 kali sepanjang perkhidmatan._

_Seorang *```guru besar```* baru datang ketika itu. Guru besar ini adalah seorang yang *```berperibadi baik```* dan *```warak```*. Dia seorang *```Guru Besar Cemerlang```*. Hidupnya nampak *```lancar, teratur, baik dan disegani orang```* dan *```tiada```* mempunyai *```ujian-ujian besar```* dalam *```hidupnya```*. Dia *```ingin```* membuat *```perubahan drastik```* di sekolah tersebut dengan *```mukadimah ucapan```* motivasinya kepada guru² dalam upacara *Morning Pray* pertama beliau di sekolah itu. Saya tidak hadir ketika itu. *```Kehidupan saya```* dijadikan *```contoh```* dalam ucap utamanya.Dia *```tidak sedar```* Kalamnya *```mengguris hati```* saya yang masih sedih ketika itu. Kalamnya berbunyi begini, *"Musibah yang berlaku kepada Cikgu Lan adalah kifarah dosa²nya dalam kerja buat sekolah yang tak elok"* dan kalamnya disampaikan oleh seorang rakan kepada saya. Bila mendengar kalam beliau itu *```terlintas spontan```* kata dihati, *Semoga engkau akan rasai keadaan ini. In shaa Allah* (Diri rasa kesal selepas itu)._

_Guru besar itu *```semakin ghairah```* untuk *```membuat perubahan```* lagi di sekolah tersebut. Dia *```menukarkan```* beberapa orang *```guru²```* yang dianggapnya *```bermasalah```* ke sekolah lain termasuk saya. Sekali lagi *```terlintas spontan```* kata di hati disaat sedih itu, *"Semoga engkau merasai apa yang aku rasai. In shaa Allah" (Penyesalan diri berulang lagi selepas kata hati itu)*_.

_Sebulan selepas itu, saya mendapat *```berita```* daripada kawan menyatakan *```anak lelaki kesayangan```* beliau yang masih menuntut di sebuah universiti semester akhir kemalangan di jalan raya. *INNALILLAHI WAINNA ILAIHIROJIUN*._

_Musibah kemalangan anak kesayangan seperti yang saya rasai._
_*```MUNGKIN INI KEBETULAN !!!```*_
_Wallahu 'alam bissawab._

_Anak beliau *koma* selama 3 bulan dan *cacat* serta *lumpuh seluruh tubuh*. Kini terlantar di rumah tanpa boleh menguruskan diri. Anaknya hidup diuruskan sepenuhnya oleh mereka suami isteri. *INNALILLAHI WAINNA ILAIHIROJIUN*._

_Ujian memelihara anak yang cacat dan sakit terlantar seperti yang saya rasai._
_*```MUNGKIN INI JUGA KEBETULAN !!!```*_
_Wallahu 'alam bissawab._

_Pengajaran yang kita boleh ambil *ikhtibar*_ dari _*kisah*_ ini, sekiranya ada sanak saudara, jiran² dan rakan² yang mengalami musibah maka jadilah kita orang yang _*bersyukur*_ dengan memanjatkan _*```doa IKHLAS```*_ untuknya dan diri kita. Letakkan diri kita supaya sentiasa _*```bersangka baik```*_ dengan mengucapkan musibah itu sebagai satu _*```UJIAN ALLAH```*._ Bukannya mengucapkan ia sebagai satu _*```KIFARAH DOSA```*_ kepada orang lain yang menjadikan kita anggap diri kita seolah-olah baik serta sempurna dengan _*```HIDUP TIDAK PERNAH MELAKUKAN DOSA```*_.

_Semoga kisah ini ada sedikit ikhtibar yang boleh diambil untuk kita untuk dijadikan sebagai pedoman hidup._

_Wallahu 'alam_.

No comments:

Post a Comment