Musim cuti sekolah, cucu2 balik kampung rumah tokwan. Tokwan ambil kesempatan buat kenduri khatan cucu2nya. Bila mudim datang, tokwan lari ke pekan dan masjid kerana sayang pada cucu2, tak sampai hati nak tengok.
Tengah malam baru tokwan balik. Terhendap2. Disuluh satu persatu cucu2nya yang berbaris lena di serambi rumah. Dibilang cucu2nya. Aii, terlebih sorang. Ah, mungkin anak jiran tumpang bersunat bersama cucu2nya.
Diselak kain cucu2nya untuk memastikan darah sudah kering atau bentan. Semuanya ok. Cantik kemas mudim ini potong.
Cuma bila diselak kain yang terakhir, bederau darah tokwan. Kecut perut tokwan. Terkejut sungguh tokwan. Nak marah dengan mudim. Mudim potong sampai habis, tak tinggai sikit pun. Tokwan gelisah. Disuluhnya dengan toslet sekali lagi. Memang potong habis. Cucu mana satu yang cedera teruk ni? Untuk memastikannya, tokwan suluh muka pula. Hah! legaaaa...
Rupanya tokwan selak kain maktok. Malam pertama maktok terpaksa teman cucu2 tidoq kerana tokwan cabut lari.😂😂😂
No comments:
Post a Comment