Sunday, November 1, 2015

Tips hadapi peperiksaan

Kpd ank2 bff yg menghadapi SPM didoakan moga berjaya dgn cemerlangnya..

TIP HADAPI SPM

Berikut adalah isi perbincangan saya pagi tadi dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pagi tadi.

1. Jaga Pemakanan
2. Jaga Tidur
3. Pastikan semua persiapan termasuk alat tulis lengkap

4. Jika panik dan ‘blank’
- Tarik nafas dan selawat
- Doa - Robbi yassir wa la tuassir, robbi tammim bil khoir, Ya Karim
- Jawab soalan yang mudah dahulu.

5. Ketika menjawab soalan, tiba-tiba teringat jawaban untuk soalan yang lain, buat catatan-catatan tentangnya agar tidak lupa nanti

6. Baca soalan 3 kali, garis kata kunci

7. Persediaan saat akhir:-
- Ingat peperiksaan adalah proses output.
- Lihat format menjawab soalan
- Buat tinjauan. Lihat seimbas tajuk-tajuk dan point-point penting
- Hafal kata kunci bukan ayat
- Gunakan Teknik Ceraian dan Kategorikan
- Gunakan Teknik Mnemonik
- Buat Kad Kuiz dan Kad Imbasan
- Buat Pemetaan Maklumat dan Peta Minda
- Gambarkan apa yang telah dibaca dan cuba ceritakan semula.

8. Jangan sesekali hantar kertas kosong atau jawapan kosong. Tulislah apa yang kita tahu, kalau tahu formula sahaja pun, tulislah.

9. Satu markah sangat bermakna. Elakkan dari melakukan kecuaian. Semak, semak dan semak.

10. Sewaktu duduk di meja, apa yang kita takut lupa, tulis dulu kat mana-mana.

11. Ibu bapa berikan kerjasama sepenuhnya bagi membolehkan dia mengulangkaji tanpa gangguan.

12. Sentiasa berdoa untuk anak-anak, berikan mereka dorongan dan kata-kata positif. Elakkan berada di luar rumah bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

13. Pastikan anak-anak tahu walau apa pun keputusannya nanti ia tidak
menjejaskan kasih sayang kita padanya.

14. Usah berikan tekanan pada anak hingga mahukan dia dapat semua A juga.

WWW.TENGKUASMADI.COM

Please LIKE and SHARE

No comments:

Post a Comment