Seorang wanita telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada suaminya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail suaminya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang duda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian isterinya. Duda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si duda tersebut pun pengsan.
Anak lelaki duda tersebut pun bergegas ke bilik ayahnya dan mendapati ayahnya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Suami kesayanganku
Date : 12 Oct 2015
Subject : Sayang telah selamat sampai
Sayang tahu Abang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Sayang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.Sayang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti,Abang.Sayang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Sayang lalui ketika ini.
😂😂😂
No comments:
Post a Comment