..
Satu hari selepas solat jumaat seorang pemuda tergesa-gesa ingin balik ke rumah. Didapati seliparnya diambil orang. Lalu pemuda itu pergi jumpa pak imam nak guna mikrofon. Lalu pemuda itu membuat satu pengumuman.
Pemuda : Sesiapa yang ambil selipar saya tolong hantar segera kalau tidak saya akan bertindak sebagaimana arwah ayah saya pernah buat.
Selepas pengumuman pemuda pergi ke tangga masjid. Didapati seliparnya telah dikembalikan. Pemuda itu bersyukur pada Tuhan dan pergi berjumpa pak imam untuk mengucapkan terima kasih.
Pak imam : Apa yang ayah kamu pernah buat?
Pemuda : Ayah saya balik ke rumah berkaki ayam.
Pak imam mengurut dada.
No comments:
Post a Comment