Wednesday, March 18, 2020

kesian makcik

Nampak seorang makcik agak gelisah dipasaraya selepas pengumuman yang dibuat PM malam semalam.

Aku cuba buat baik dan nak menenangkan makcik tu supaya jangan panik. Beli apa yang patut je dulu. Pasaraya ni tak ditutup dalam tempoh 14 hari.

Makin berkerut dahi makcik tu bila aku pesan begitu. Terus dia membebel,

"Bukan makcik risau pasal barang ni la nak. Makcik risaukan pakcik kamu tu," sambil bibir menjuih ke arah seorang lelaki yang tak berapa jauh dari kami.

"Kenapa dengan Pakcik tu? Dia sakit ke?" Aku tanya sebab hairan.

"Bukan. Sebab dia sihat la makcik risau. Takut juga duduk rumah je 14 hari ni. Makcik dah tak larat nak beranak kecik,"...

🤪🤪🤪🤪🤪

#ReleaseTension #JgnStress
#JagaKesihatan

No comments:

Post a Comment