Wednesday, March 25, 2020

siapalah kita

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

                      *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*

        *اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

┏💕🌿🌸━━━━━━━━━━━━┓
          🔮 *R E N U N G A N* 🔮
┗━━━━━━━━━━━━🌸🌿💕┛

*Hati Bersih Hidup Bahagia..*

1. Jgn cari salah orang...Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

2. Jangan hina orang... Allah tak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang... Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jgn perlekehkan orang...Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang...Mana tau masa depan org yg kita kata tu lah yg akan tolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang...Doa org yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita...Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yg kita ada... Allah boleh tarik bila2 masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita... Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita... Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.

Renung2kanlah & sama² kita Muhasabah diri..

*_Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang_*

Tuesday, March 24, 2020

Allah Sayang Kita

Awas dan ambillah perhatian terhadap teguran Allah.

1. Kadang2 teguran Allah itu melalui lidah org jahil yg jahat. Dlm seratus tuduhan dan makian nya itu mungkin ada betulnya. Maka yg betul itu kita perbaiki. Kerana itu adalah teguran Allah.
2. Kadang2 teguran Allah melalui lidah isteri. Dlm banyak2 leterannya itu ada benarnya. Maka berterimakasih lah kepada Allah.
3. Kadang2 dlm rungutan anak2 itu ada teguran Allah. Mengingatkan kita tentang tanggungjawab.
4. Kadang2 dlm gurau teman2 itu ada teguran Allah. Yg tanpa sengaja mereka menyebut suatu yg menyakitkan hati kita. Itu bukan kebetulan.. Bahkan itu ingatan Allah agar kita muhasabah dan kembali kepada Allah.
5. Kadang2 teguran Allah itu melalui bala'Nya kepada hamba. Kerana hamba itu tidak pernah berubah dgn cara lembut dan nikmat. Maka Allah mahu ia kembali kepada Allah, lalu di turunNya bala'.

Ingatlah.. ALLAH ITU SYG KITA. tiada yg lebih menyayangi kita selain Allah. Cinta Allah itu cinta yg hakiki. Walau kita pernah meninggalkan Allah, namun Allah tidak pernah meninggalkan kita. Walau kita pernah melupai Allah, tapi Allah tidak pernah sekelip mata pun melupai kita. Tanda Allah syg seorg itu ialah Allah heret ia kepada taubat dan ibadah. Allah putuskan ia daripada maksiat dan dosa. Tanda Allah benci kepada seorg hamba itu ialah Allah lepaskan ia kepada maksiat dan Allah halang ia dari taat.

Sekarang Allah beri kita masa untuk muhasabah. Allah beri kita peluang bersama keluarga. Allah beri kita peluang keluar dari kesibukan dunia yg selama ini menyebabkan kita jauh dari Allah. ALLAH MAHU KITA BERSAMANYA.. lalu mengapa waktu2 sebegini kita masih menjauhiNya.

Ampuni kami Ya Allah. 

UMS
Banjaria Court Samudera.
20. Mac. 2020.

Monday, March 23, 2020

virus covid - stay at home

*RENONGAN HARI INI* KHAS UNTUK SEMUA
---------------------------------------
👩🏻‍⚕Nukilan COVID-19👩🏻‍⚕

*Jika hari ini kita disaring dan esok didapati positif C-19,*

Maka percayalah...tanpa sedar hari ini merupakan *hari terakhir* kita bersama anak isteri dan hari terakhir bersama keluarga,

*Ketika dikuarantin diwad* tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat, 2 minggu kesunyian di hospital bertemankan nurse dan doktor, hari berganti berlalu, hanya mampu merasa makanan hospital, hanya mampu menatap wajah doktor, nurse dan makcik cleaner, tanpa jemu nurse membuat saringan kesihatan diri kita, tanpa boleh dilawati oleh ahli keluarga,

*Rindu pasti meruntun jiwa* terbayang wajah orang yang disayangi,

*Selepas itu kesihatan makin merosot*, kita dimasukkan ke ICU dengan bantuan pernafasan, maka percayalah, *tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat*

Hari berganti kesihatan terus merosot, hanya mampu terbayang wajah ibu ayah anak dan isteri, maka percayalah kini sudah 3 minggu kita tidak menatap wajah anak isteri ibu mahupun ayah,

*Nazak menjelma*, maka percayalah tiada seorang pun ahli keluarga boleh bersama kita, membisikkan syahadah dan zikrullah, hanya kelihatan doktor dan nurse sedaya upaya memberi bantuan terakhir, 

*Ditakdirkan Allah lebih menyayangi dan kita pergi meninggalkan keluarga*, percayalah masih tiada seorang pun ahli keluarga boleh memandikan jenazah kita, hanya ditayammum oleh pihak hospital dan dibalut plastik tebal, dan ditanah perkuburan, percayalah masih lagi tiada seorang pun ahli keluarga boleh mengangkat jenazah dan mengebumikan kita,

*Semuanya diurus pihak hospital dengan prosedur ketat* perginya terlalu pantas dan tidak di sangka, ketika mana takdir telah menentukan, ahli keluarga hanya mampu berdoa dari jauh...dan pada ketika ini 

*BERSAMALAH KELUARGA, PLEASE STAY AT HOME...*

Wednesday, March 18, 2020

nasib kelawar

SURAT DARI KELAWAR KEPADA KITA MANUSIA ~ 'AKU DIKATAKAN PENYEBAB CORONA'

Aku dipanggil KELAWAR dan aku memiliki sesuatu yang sangat teristimewa. Dalam diriku mengandungi ribuan racun penyebab pelbagai penyakit, seperti virus anjing gila super ganas, virus Ebola, virus Han Da, dan berbagai virus-virus lain yang mematikan.

Sumbangsihku kepada umat manusiawi adalah mengumpulkan virus-virus ganas dalam diriku sebagai tempat berlindung, agar tidak bertaburan ke luar dan mengganggu keselamatan nyawa umat manusia.

Aku sadari seluruh tubuhku adalah racun, maka aku rela sedia tinggal di lubang-lubang gua yang gelap gelita gulana dan dingin. 

Dengan mengorbankan kekuatan diri berlama puluhan ribuan tahun, semua virus itu kututupi dan kukunci rapat-rapat. Malam-malam kukeluar dan subuh kukembali, dalam kesepian dan kesendirian. Bahkan dengan sengaja kutampilkan wujud wajah seram yang mengerikan, agar manusia menjauhiku dan tidak menyentuhiku.

Akan tetapi tidak pernah kuterbayangkan bahwa umat manusia tidak dapat mengendalikan sikap serakah dan nafsu makan mereka.

Wahai umat MANUSIA!, tahukah kamu bahawa andai terbuka KOTAK PANDORA, maka seluruh virus petaka akan berhamburan keluar menjerat nyawa kamu semua?

Kamu semua boleh sahaja menikmati aku sebagai santapan yang lazat-lazat, akan tetapi virus-virus di tubuhku ini akan kehilangan tempat tinggalnya.

Virus-virus ini perlu mencari rumah baru bagi mereka dan tubuh kamu penuh dengan lemak dan daging, bukankah itu merupakan tempat yang nyaman bahagia untuk virus-virus ini?

Aku hanya upaya mengeluh dengan penuh penyesalan. Seluruh jerih payahku selama ini akhirnya ranah dirosak. Aku hanya mampu membantu manusia menyampaikan Sunnatullah Alam Semesta. Melindungi haiwan-haiwan di alam ini, sebenarnya bukan sahaja melindungi mereka, bahkan justru melindungi umat manusiawi.

Aku ingin lebih mendalam menyampaikan bahwa kehidupan manusia haruslah harmoni dengan sunnatullah alam ini. Manusia sebenarnya adalah mahkluk kecil di dalam alam semesta ini. Janganlah manusia menganggapi bahwa dengan terciptanya diri sebagai manusia lalu tidak ada yang perlu engkau khuatiri, sehingga mengganggapi diri yang terpaling hebat dan berkuasa. 

Sunnatullah Alam sangat adil, saat engkau tidak menghargai kehidupan makhluk lainnya, bencana dan malapetaka sudah diambang mata.

Terakhir dariku yang masih ingin mengingatkan pada kamu wahai MANUSIA!, bahwa surat ini tidak mewakili peribadi para kelawar, akan tapi juga mewakili para Ular, Babi, Tikus, Burung-burung, Cengkrik, Bintang Laut, Kuda laut dan seluruh haiwan di pelusuk Alam semesta jagat raya ini.

(SEPUCUK SURAT DARI KELAWAR/Wuhan/Chou Zi Guang).

kesian makcik

Nampak seorang makcik agak gelisah dipasaraya selepas pengumuman yang dibuat PM malam semalam.

Aku cuba buat baik dan nak menenangkan makcik tu supaya jangan panik. Beli apa yang patut je dulu. Pasaraya ni tak ditutup dalam tempoh 14 hari.

Makin berkerut dahi makcik tu bila aku pesan begitu. Terus dia membebel,

"Bukan makcik risau pasal barang ni la nak. Makcik risaukan pakcik kamu tu," sambil bibir menjuih ke arah seorang lelaki yang tak berapa jauh dari kami.

"Kenapa dengan Pakcik tu? Dia sakit ke?" Aku tanya sebab hairan.

"Bukan. Sebab dia sihat la makcik risau. Takut juga duduk rumah je 14 hari ni. Makcik dah tak larat nak beranak kecik,"...

🤪🤪🤪🤪🤪

#ReleaseTension #JgnStress
#JagaKesihatan

nasib kelawar

SURAT DARI KELAWAR KEPADA KITA MANUSIA ~ 'AKU DIKATAKAN PENYEBAB CORONA'

Aku dipanggil KELAWAR dan aku memiliki sesuatu yang sangat teristimewa. Dalam diriku mengandungi ribuan racun penyebab pelbagai penyakit, seperti virus anjing gila super ganas, virus Ebola, virus Han Da, dan berbagai virus-virus lain yang mematikan.

Sumbangsihku kepada umat manusiawi adalah mengumpulkan virus-virus ganas dalam diriku sebagai tempat berlindung, agar tidak bertaburan ke luar dan mengganggu keselamatan nyawa umat manusia.

Aku sadari seluruh tubuhku adalah racun, maka aku rela sedia tinggal di lubang-lubang gua yang gelap gelita gulana dan dingin. 

Dengan mengorbankan kekuatan diri berlama puluhan ribuan tahun, semua virus itu kututupi dan kukunci rapat-rapat. Malam-malam kukeluar dan subuh kukembali, dalam kesepian dan kesendirian. Bahkan dengan sengaja kutampilkan wujud wajah seram yang mengerikan, agar manusia menjauhiku dan tidak menyentuhiku.

Akan tetapi tidak pernah kuterbayangkan bahwa umat manusia tidak dapat mengendalikan sikap serakah dan nafsu makan mereka.

Wahai umat MANUSIA!, tahukah kamu bahawa andai terbuka KOTAK PANDORA, maka seluruh virus petaka akan berhamburan keluar menjerat nyawa kamu semua?

Kamu semua boleh sahaja menikmati aku sebagai santapan yang lazat-lazat, akan tetapi virus-virus di tubuhku ini akan kehilangan tempat tinggalnya.

Virus-virus ini perlu mencari rumah baru bagi mereka dan tubuh kamu penuh dengan lemak dan daging, bukankah itu merupakan tempat yang nyaman bahagia untuk virus-virus ini?

Aku hanya upaya mengeluh dengan penuh penyesalan. Seluruh jerih payahku selama ini akhirnya ranah dirosak. Aku hanya mampu membantu manusia menyampaikan Sunnatullah Alam Semesta. Melindungi haiwan-haiwan di alam ini, sebenarnya bukan sahaja melindungi mereka, bahkan justru melindungi umat manusiawi.

Aku ingin lebih mendalam menyampaikan bahwa kehidupan manusia haruslah harmoni dengan sunnatullah alam ini. Manusia sebenarnya adalah mahkluk kecil di dalam alam semesta ini. Janganlah manusia menganggapi bahwa dengan terciptanya diri sebagai manusia lalu tidak ada yang perlu engkau khuatiri, sehingga mengganggapi diri yang terpaling hebat dan berkuasa. 

Sunnatullah Alam sangat adil, saat engkau tidak menghargai kehidupan makhluk lainnya, bencana dan malapetaka sudah diambang mata.

Terakhir dariku yang masih ingin mengingatkan pada kamu wahai MANUSIA!, bahwa surat ini tidak mewakili peribadi para kelawar, akan tapi juga mewakili para Ular, Babi, Tikus, Burung-burung, Cengkrik, Bintang Laut, Kuda laut dan seluruh haiwan di pelusuk Alam semesta jagat raya ini.

(SEPUCUK SURAT DARI KELAWAR/Wuhan/Chou Zi Guang).

Sunday, March 15, 2020

beli kuih bangsa sendiri berkira sangat

"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora. 

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu. 

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning. 

"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu. 

"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula. 

"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik. 

Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu. 

"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora. 

"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu. 

"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora. 

"5 suku," jawab Nora.

"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."

Nora diam sahaja. 

"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini. 

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"

"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?" 

Makcik itu merenung muka Nora. 

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik." 

Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"

"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum. 

Nora terdiam lagi.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?"  tanya makcik itu tiba-tiba.

"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora. 

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu. 

Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur. 

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu. 

"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu. 

"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora. 

"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu. 

"Kenapa pula makcik?" tanya Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab makcik itu.

"Saya mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

DAILOG YANG MEYENTUH PERASAAN

# kalau rasa 50sen tu mahal jangan beli
# kek secret resepi mahal.. boleh beli
# harga berpatutan dh, jangan pertikai
# tolong hargai susah payah orang yg buat
# cuba buat sendiri agak2 dpt ke seketul 20sen
# beli kt pasaraya tak minta kurang pon.
# dh murah nk murah lagi

Thursday, March 12, 2020

gajah

Soalan ari pertama sekolah:-

Cikgu Suraya : murid2, sebutkan nama binatang yg bermula dgn huruf G ?

Anuar : Gajah 🐘 

Cikgu Suraya : bagus !!! Sekarang sebutkan nama binatang bermula dengan huruf D ?

Anuar : Dua gajah 🐘 🐘 

Cikgu Suraya : anuar, jangan main2 !!... berdiri !!... murid2 lain ada jawapan ?

Semua murid senyap tak tahu jawapan...

Cikgu Suraya : sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf M ? 
Murid2 lain sentap.. tiba2.....

Anuar : Mungkin gajah...🐘 

Cikgu Suraya : anuar..... main2 lagi..pegi berdiri diluar kelas !!
Murid2 diam tak tahu jawapan...

Cikgu Suraya : sebutkan nama binatang yg bermula dengan huruf J ?
Semua murid diam tak tahu jawapan.. tiba2..... kedengaran suara dari luar kelas...

Anuar : Jangan jangan gajah...🐘 

Cikgu suraya betambah marah 😡  lalu menyuruh Amran menutup pintu kelas..

Cikgu Suraya  : sebutkan nama binatang yg bermula huruf A ?
murid2 semua jg diam...tiba2 anuar menyampuk dari luar tingkap..

Anuar : Anak gajah..🐘 

sekali lagi cikgu suraya menyuruh amran menutup tingkap..
selang beberapa minit suara anuar tidak lagi kedengaran...
cikgu Suraya  menyuruh amran keluar mencari anuar..tapi tiada..

Cikgu Suraya : takpa murid2..biarkan anuar...
cikgu bertanya lagi soalan pada murid2nya...

Cikgu Suraya : sebutkan nama binatang yg bermula dgn huruf K ?
murid2 semua juga diam...
.........tiba2.....suara anuar dgn pembesar suara.....

Anuar : Kompom gajahhh 🐘 📣 📣 📣 
😂 😂 😂 
jgn ketawa fren..😷 😷 😷 Sambungan cerita gajah

cikgu Suraya : anuarrrrr....masuk kelas sekarang. 

Anuar : Tadi suruh keluar. sekarang suruh masuk plak.

cikgu suraya: Oleh kerana kamu pandai sangat, cikgu nak tanya kamu 1 soalan. Kamu ada kain pelikat kan?

Anuar : Ada cikgu. Kain pelikat Gajah Duduk cikgu.

cikgu Suraya  : anuarrr....x abis lagi dengan gajah kamu ni. Ok lah. Kalau kamu pandai sangat, kenapa kain pelikat tu nama dia "Gajah Duduk"?

Anuar: sebab kalau saya salah duduk masa pakai kain tu, nanti belalai gajah terkeluar.

cikgu Suraya : Anuoorrrrrrr.......😡😡😡

Saturday, March 7, 2020

tanda org dah tua

Kajian pakar psikologi (gerontologist) di Malaysia mendapati antara ciri2 lelaki dah tua...

1. Pelupa
2. Cakap ulang-ulang
3. Sakit lutut
4. Uban/botak
5. Mata makin rabun
6. Mudah marah/melatah
7. Penyakit datang satu2
8. Kurang berfikir berat2
9. Kenang masa lampau
10. Suka lagu lama
11. Suka re-union...
12. Merajuk dan left grup
13. Orang panggil pakcik
14. Suka copy-paste
15. Post gambar makan
16. Suka usyar janda
17. Mimpi nikah lagi
18. Berbaju Melayu tak berbutang atau tak cukup butang
19. Membaca tengok jauh2
20. Kain pelikat ikat tepi..

Memiliki:
a)5 ciri di atas..tanda awal tua;
b)5-10 ciri- sedang tua
c)10 ke atas- confirm tua😜😁

Sapa baca sambil senyum confirm dah tua...😅😅😅

Have another blessed day