Thursday, August 30, 2018

MERDEKA KAH KITA ?


==================

Merdeka,
Merdeka itu bebas,
Tidak lagi seperti 1511,
Hidup yang sentiasa rimas,
Ke sana sini dalam cemas,
Bila-bila masa hilang nafas,
Dikekang penjajah tanpa belas,
.
Kini,
Merdeka memang bebas,
Untuk berkelakuan ganas,
Buat jenayah dengan jelas,
Maksiat jadi lumrah,
Gejala sosial jadi barah,
Nafsu diikut-ikut,
Tiada wujud rasa takut..
.
Dulu,
Merdeka itu berdikari,
Tokoh-tokoh berjuang untuk negeri,
Membuktikan melayu boleh bawa diri,
Tak perlu Inggeris memerintah,
Tak ingin British menjajah,
Tak sanggup Jepun mengerah-ngerah,
Kerana kita boleh berubah,
.
Kini,
Merdeka itu tetap berdikari,
Anak-anak tak perlu patuh ibu bapa lagi,
Hukum-hakam tak payah dipeduli,
Adat budaya buang ke tepi,
Mengabdi kepada penjajah semula,
Hidup ikut barat punya cara,
Nak tiru semua gaya,
Tak kisah apa orang nak kata.
.
Dulu
Miskin tetap punya tanah sendiri
Miskin punya maruah diri
Miskin tidak berhutang macam hamba abdi
Miskin masih boleh hidup berdikari
Miskin tapi ada tanah boleh diwarisi
Miskin tapi mampu hantar anak ke oversea 
Miskin tapi boleh buat haji
Miskin tapi masjid dan surau dikunjungi
.
Kini
Duduknya tinggi tidak punya tanah sendiri
Duduknya tinggi setinggi jumlah hutangnya
Duduknya tinggi sejauh tempoh bayarannya
Duduknya tinggi tapi hidupnya dari gaji ke gaji
Duduknya tinggi tapi malamnya peluh meleleh didahi
Duduknya tinggi tidak punya rumah sendiri
Duduknya tinggi berharap pada subsidi
Duduknya tinggi yang mampu bermimpi
Duduknya tinggi tidak kenal jiran kanan & kiri
.
Aduh,
Merdeka disalah erti,
Setahun sekali sambut,
Hanya hangat-hangat tahi ayam.
Anak-anak yang mengaku merdeka,
Sedarilah fenomena realiti,
Usah terus diulit arus fantasi,
Bukalah mata,
Bersuaralah hati,
Jauh di sudut jiwa,
Merdekakah kita....
.
Nukilan : Pakcik Google
.

No comments:

Post a Comment