Ptg tadi...
Setelah selesai solat Asar di sebuah masjid di Cheras.. Disebabkan takut jem.. aku bergegas ke kereta. Tetapi ketika diparking langkahku trhenti seketika... ada sebuah dompet besar betul2 trjatuh di tepi kereta ku. Dengan hati-hati aku angkat dompet itu. Agak berat berisi.
Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku buka dompet itu dan menemukan sebuah envelop besar dari nama sebuah bank. Aku baca didalamnya juga ada nama dan alamat, serta sejumlah wang. Duit note RM100 dlm dlm 10 ikatan yg tebal. Aku panik. Antara keliru dan rasa amanah aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku cari pemiliknya. Tp tnya semua jemaah, tak seorang pun yg kenal.
Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya..... Lantas aku bergegas memandu ke alamat yang ada dibungkusan wang itu. Ketika sampai, aku cuba beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yg sudah berumur berperawakan tinggi, berkulit putih cerah kearab-araban yang menjawab salam dan bertanya mahu mencari siapa? Aku bg tau dia, "Saya hendak berjumpa dgn Tn Haji Salim, betulkah rumah ni?"
"Saya Hj Salim. Ada apa encik?"
"Pak Haji tadi solat di masjid di Cheras' ?", tanya ku
"Ya. Betul"
"Pak Haji tadi ada bawa apa2 wktu pegi solat?"
Dia menjawab, "Astaghfirullah.. iya .. saya bawa dompet besar coklat dan dari tadi saya mencari-carinya.. Saya lupa dimana letaknya." Pandangannya kearah saya penuh dgn tandatanya.
Aku pergi ke kenderaan dan mengeluarkan dompet besar yang aku jumpa td. "Dompet yang ini ke Tuan Haji?"
"Ya..ya. yang itu.. Alhamdulillah.. terima kasih nak. Dalam tas ini bapak simpan wang yg bapak baru ambik dari Bank tadi."
Tanpa bnyk bicara, aku serahkan dompet itu dan minta diri untuk pulang.
Tapi aku ditahan pak Haji Salim, "Tunggu nak, ada yang ingin saya hadiahkan padamu sebagai tanda terima kasih saya."
Hj Salim yang berwajah arab ini lalu memanggil nama seorang wanita. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita berhijab .... mata bertentang mata... cair hati tak terkata... degup jantung kencang tak terkira....
"Nak ini anak saya. Dia belum menikah. Dia janji akan menikah dengan laki-laki yang baik dan jujur seperti kamu."
Aku terkejut bewak. Dengan tergagap aku berkata, "Maaf Tuan Hj, saya sudah beristeri. Saya kena bincang dgn isteri saya.. dn mntak izin dgn dia tentang rancangan Tuan Hj ni."
Hj Salim tersenyum, dia kata, "Bertenang nak, nanti biar saya yang minta izin dari isterimu. Ada no hpnya?"
Aku mengangguk lesu.. malu tp mau...mana tak maunya..... Anak dia punyala cun.... lalu aku pun bagi la no hp wife aku. Tuan Haji Salim terus dial nombor tu....dan dia bg tau cerita sebenar........ .
Tubuh aku tiba-tiba mengigil, ...... apalagi saat telefon tu diberikan kepada aku.... katanya isteri ku mahu bercakap dgn aku, terlintas di fikiranku...... Apalah aku nk jwb...
Bagaikan halilintar membelah bumi.... Di saat terdengar suara isteri ku bercakap dgn agak kuat...
Bang.... bang....... Abangggg bangun.. Dah masuk maghrib ni..
Hari2 cerita politik pun boring gak.....
😂😂😂😂😂😂😂😂
No comments:
Post a Comment