Tuesday, July 25, 2017

Alasan suami

~ Kenapa SUAMI angkat punggung bila ISTERI berleter? ~

Banyak dah aku terbaca artikel apa yang suami perlu buat bila isteri berleter. Kebanyakannya suruh suami tumpu perhatian dan menjadi pendengar yang setia.

Malah ada artikel minta suami peluk isteri waktu dia berleter dan tenangkan. Bisik kemaafan, mengaku salah dan mengungkap ayat-ayat cinta untuk menenangkan isteri.

Ya, tips yang bagus dan dikongsi ramai. Tapi tak ramai kaum suami yang buat seperti itu. Seolahnya itu skrip untuk adegan sandiwara untuk dilakonkan dalam sebuah cerekarama yang disiarkan di tv3 sahaja.

Biasanya kaum lelaki hanya diam tanpa respon bila isteri mula berleter. Kadang mereka buat tak endah sambil melayan telefon atau menonton tv. Sampai satu tahap, si suami bangun dan ambil kunci motor.

Keluar rumah dan melepak bersama kawan hingga lewat malam. Bila permaisuri beradu, baru tenang dan aman damai.

Aku tidaklah ingin menegakkan bahawa perbuatan keluar rumah sewaktu isteri membebel itu tindakan yang betul. Cuma aku nak jelaskan dari sudut seorang lelaki, kenapa dia angkat punggung dan pergi?

Baik. Bila isteri membebel, itu tandanya ada salah dipihak suami. Biasanya begitulah. Kadang kala salahnya kecil sahaja, tapi bebelan permaisuri seakan suaminya kahwin 3.

Hilangkan tudung tupperware je pun. Bukan ditangkap basah bersama minah Indon.

" Ye lah. Abang salah. Nanti kita beli lainlah ganti."

Jawapan begini takkan memuaskan hati permaisuri. Dibebelnya kalau boleh dari malam sampai ke pagi. Bersambung pula esok dan lusa. 😅

Suami diam dan buat tak endah, bukan dia tak faham dan tak mendengar. Dia tahu itu isu remeh, kalau dilayan bakal menjadi perang. Lebih baik pergi berperang dengan Israel dari berperang dengan bini. Sungguh!

Maka dia buat tidak endah. Dia harap bila tidak dilayan, hal itu makin reda. Tapi kadang si isteri pun tidak faham, si suami tengah cuba mengelak sengketa.

Serangan demi serangan, bebelan demi bebelan berterusan. Dari dalam bilik membawa ke ruang tamu. Dari ruang tamu membawa ke dapur. Malah kalau suami masuk jamban nak berak pun si isteri tercegat depan pintu jamban dengan tangan bercekak membebel depan pintu.

Fuh, itu merupakan episod seram seorang suami. Baik berjalan di kuburan pada tengah malam seorang diri dari melalui episod seram ini.

Sampai satu tahap, kesabaran suami hampir hilang. Sebelum egonya tercalar, sebelum bebelan dibalas dengan jerkahan keras, atau mungkin ada penampar yang bakal dilepaskan, dia mengambil keputusan berundur.

Dia mengalah dan mengambil tindakan keluar rumah. Untuk apa ditunggu kalau bencana bakal datang? Untuk apa ditunggu kalau kesan selepas itu dia akan kesalkan?

Itu yang dia takuti. Itu yang dia cuba hindari. Permaisuri kena faham itu.

Hidup rumah tangga di alam realiti bukan semudah dan seindah sandiwara yang ditonton saban hari.

Bila permaisuri tenang, bila amarah raja mulai hilang, dan bila kewarasan kembali menguasai fikiran, si raja akan pulang sambil menghulur salam kemaafan.

Dan percayalah, sesungguhnya ramai lelaki memohon maaf atas kesilapan yang dia sendiri tidak tahu apa silapnya. Hahaha.

#MFS
- asam garam kehidupan.

No comments:

Post a Comment