Friday, July 28, 2017

Keburukan mengumpat

Seekor Kerbau yang BAIK mati hanya kerana gara-gara sebuah kata-kata...

Assalamualaikum...
1. 🤷‍♀Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang :
"kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari suntuk..."
2. 🤷‍♀Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok :
"Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau"
3. 🤷‍♀Kucing kemudian bercerita kepada Kambing :
"Kerbau komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!"
4. 🤷‍♀Kambing berjumpa Ayam :
"Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos... mungkin ada bos lain yang lebih baik..."
5. 🤷‍♀Ayam bercerita kepada Monyet :
"Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!"
6. 🤷‍♀Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos :
"Bos, tolong ajar si Kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!"
7. 🤷‍♀Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!
Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan, begitulah juga jgn ditambah2 dari ape yg kita dengar agar yg paling akhir mendengar dan faham dan membuat tindakan yang betul .
Sekadar Renungan untuk saya dan semua...

*TIADA HARI TANPA ADA SEKADAR RENUNGAN SEMUA*

No comments:

Post a Comment