Tuesday, May 16, 2017

murid dan cikgu

👦🏻MURID OH MURID👩🏻
-----------------------

7 Soalan harian drp anak murid bila suruh buat latihan atau kerja.
1. Cikgu, kena selang ke?
2. Buku apa cikgu?
3. Cikgu tulis kat mana?
4. Tak cukup, boleh sambung sebelah dak cikgu?
5. Tajuk dia apa?
6. Cikgu, kena salin semua ke cikgu?
7. Cikgu, kena garis ke?

😁Situasi 1
Murid  : cikgu, kena salin ke yg dekat whiteboard tu?
Guru.   : ehhh....tak payah salin....tgk je...lepas ni angkat whiteboard ni pi fotostat kat pej.

😆Situasi 2
Murid. : cikgu buat sekarang ke?
Guru. : tak.....buat tahun depan.

🙄Situasi 3
( guru sedang menulis di whiteboard)
Murid. : cikguuuu.....tepi sikit.....tak nampak.
Guru. : ........ .....

😝Situasi 4
Murud. : cikgu kalau tak cukup boleh sambung muka surat sebelah dak?
Guru. : tak boleh.....sambung kat meja....dak pun sambung kat atas baju kamu.

😞Situasi 5
Guru. : siapa dah siap?
Murid. : saya dak lg cikgu!
Guru. : siapa blm siap?
Murid  : saya dah cikgu!

😄Situasi 6
Guru. : ok, buka mukasurat 58, baca dan catat dlm buku nota mengikut pemahaman kamu sendiri.
Murid. : cikgu, kena baca ka?
Guru. : dak...tak payah baca. Koyak mukasurat tu. Bubuh dlm ayaq...pastu hampa minum ayaq tu..
Murid. : cikgu ni..tanya pun tak boleh....

😛Situasi 7
Guru. : Ok...keluarkan buku dan salin nota kat dpn ni.
Murid : cikgu, salin kat dlm buku ka?
Guru : dak...salin kat atas dahi kamu.

😩Situasi 8
Guru : semua dah dpt kertas soalan?
Murid : dah cikgu
Guru : ok, kamu ada 1 jam 30 min utk jawab soalan exam ni. Boleh mula sekarang.
Murid : dah boleh mula ka cikgu?

😓Situasi 9
Guru : esok ada jamuan raya...jd esok mai sekolah pakai baju raya.
Murid : cikgu, esok ada pj, nak kena pakai baju pj dak?
Guru : ya Allah....ampunkan dosaku...

😒Situasi 10
Guru : masa ada lg 15 min. Siapkan latihan sekarang dan hantar.
Murid : cikgu, kalau tak siap?
Guru : buatla dulu....baru tahu siap ka dak...
Murid : kalau tak siap jugak?

😅Situasi 11
Guru BM : Buat latihan pengukuhan ni dlm buku kamu.
Murid : cikgu, buat latihan ni dlm buku apa?
Guru BM : buat dlm buku matematik na....
(Faham pulak...terus keluarkan buku BM)

✏Sungguh......mendidik memerlukan kesabaran yg tinggi. Semoga segala usaha para guru diterima sbg satu ibadah dlm mencari redha dan rahmat Allah s.w.t

💐 SELAMAT HARI GURU💐

📚GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

No comments:

Post a Comment