Wednesday, May 31, 2017

kisah d bulan puasa

*Kisah Tragis Di Bulan Puasa*

Murni dan Abdullah sudah berkahwin selama 7 tahun. Selama 7 tahun mereka merindui kedatangan seorang manusia yg dipanggil 'anak'.

Mereka adalah pasangan 'sweet couple' hampir diabetes. Tapi kesunyian tanpa cahaya mata akhir2 ini mengganggu kemanisan hubungan mereka. Mereka mula bergaduh dan bertekak atas perkara2 kecil.

Satu hari, tibalah hari ulangtahun perkahwinan mereka. Pagi sebelum ke pejabat, mereka bertekak kerana Abdullah lupa tarikh bersejarah itu.

Petang itu, Murni menanti suaminya dengan hati yang membara.

Dalam keadaan hujan lebat, Abdullah tiba di rumah dalam keadaan tergesa2. Di tangannya ada sejambak bunga ros.

"Selamat ulangtahun perkahwinan, sayang"

Alanglah terharunya hati seorang isteri. Kemarahannya terus bertukar menjadi ceria. Mereka duduk bersama, sambil bercerita mengenang kisah2 manis bersama.

Tiba2 telefonnya berbunyi.

Murni bangkit dan mengangkatnya.

"Hello..."

"Hello Puan. Adakah ini Puan Murni Khuzaimi?"

"Ya saya"

"Begini puan.. satu kemalangan telah berlaku, mangsa seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian. Di dalam dompetnya kami menemui nombor telefon puan. Kad pengenalannya Abdullah bin Muhamad. Adakah ini suami puan?"

Alangkah terkejutnya Irwati.

"Tapi... suami saya ada di rumah"

"Maafkan saya puan. Puan boleh datang ke hospital utk pengecaman mayat"

Murni segera keluar mendapatkan suaminya. Ternyata Abdullah benar2 tiada di situ.

Dia teringat tentang kisah roh yang pulang ke rumah di bulan Ramadan...

Murni terus longlai dan menangis tersedu-sedan...

"Abang.. saya tak sempat minta maaf dgn abg. Saya banyak berdosa dgn abg. Saya tak patut marah pd abang tadi... rupanya ini anniversary terakhir kita... Ya Allah! Terima kasih berikan aku peluang bersama allahyarham suamiku walaupun seketika..."

Tiba2 terdengar bunyi flush dari bilik air. Abdullah keluar dan berkata "Abang lupa nak cakap, tadi dompet abang kena curi..."

Murni Pengsan.

No comments:

Post a Comment