Thursday, November 10, 2016

Segalanya milik Allah

Kata-kata renungan pagi Jumaat 11/11/16. Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah.
Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah.
Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan di Tangan Allah.
Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu. Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu..

No comments:

Post a Comment