Monday, November 28, 2016

Jin pekak

Kopi & Pasta petang

Seorang ustaz sedang mengubat pesakitnya yg dirasuk jin. Terdapat 10 ekor Jin dlm tubuh pesakit tersebut.
Ustaz pun memulakan pengubatan dgn membaca ayat2 Ruqyah. Tercirit-cirit 9 ekor jin tu melarikan diri apabila terdengar ayat2 Ruqyah. Kecuali seekor yg masih bertahan.
Ustaz meneruskan bacaan ayat2 Ruqyah & ayat2 suci Al Quran yg lain. Namun jin tersebut masih tak mahu keluar. 3 jam berlalu.. sudah basah kuyup baju ustaz tersebut krn berpeluh melawan jin yg seekor ni...
Ustaz tersebut sudah hampir putus asa.. Tiba2 9 ekor jin yg lari awal2 td, kembali. Ustaz tersebut makin panik. Tp, beliau cuba mengawal perasaannya. Lalu, ustaz pun  bertanya pada 9 jin td.. "Kenapa kamu semua kembali?". Jwb salah seekor dr 9 jin td dgn terketar2, "maaf ustaz. Kami dtg semula krn nak jemput kwn kami yg tertinggal ni.. Dia PEKAK."

Tu dia........ 😎

👆full version

No comments:

Post a Comment