Seorang nenek berusia 65 tahun baru melahirkan anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata nanti dulu. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata nanti dulu. Akhirnya mereka berkata "Bila kami boleh melihat bayi kamu?" Nenek itu berkata "Bila dia menangis". "Kenapa kami harus menunggu dia menangis?" "Sebabnya aku pun lupa di mana aku letak bayi aku tadi". 😂😂😂😜😜😜😄😄😄
blog ini memaparkan koleksi dari email entah dari sapa-sapa yang masuk mailbox aku. nak masukkan karya korang?? email ke skd2416@gmail.com, enjoy!!!
Tuesday, November 29, 2016
Monday, November 28, 2016
Jin pekak
Kopi & Pasta petang
Seorang ustaz sedang mengubat pesakitnya yg dirasuk jin. Terdapat 10 ekor Jin dlm tubuh pesakit tersebut.
Ustaz pun memulakan pengubatan dgn membaca ayat2 Ruqyah. Tercirit-cirit 9 ekor jin tu melarikan diri apabila terdengar ayat2 Ruqyah. Kecuali seekor yg masih bertahan.
Ustaz meneruskan bacaan ayat2 Ruqyah & ayat2 suci Al Quran yg lain. Namun jin tersebut masih tak mahu keluar. 3 jam berlalu.. sudah basah kuyup baju ustaz tersebut krn berpeluh melawan jin yg seekor ni...
Ustaz tersebut sudah hampir putus asa.. Tiba2 9 ekor jin yg lari awal2 td, kembali. Ustaz tersebut makin panik. Tp, beliau cuba mengawal perasaannya. Lalu, ustaz pun bertanya pada 9 jin td.. "Kenapa kamu semua kembali?". Jwb salah seekor dr 9 jin td dgn terketar2, "maaf ustaz. Kami dtg semula krn nak jemput kwn kami yg tertinggal ni.. Dia PEKAK."
Tu dia........ 😎
👆full version
Jgn sombong bro
💎 DILARANG SOMBONG💎
*Lahir* : ditolong oleh *Orang lain*
*Nama* : diberi oleh *Orang lain*
*Pendidikan* : didapat dari *Orang lain*
*Gaji* : diterima dari *Orang lain*
*Kehormatan*: diberikan oleh *Orang lain*
*Mandi pertama*: dilakukan oleh *Orang lain*.
*Mandi terakhir*: dilakukan oleh *Orang lain*
*Harta setelah meninggal*: menjadi hak *Orang lain*
*Pemakaman* : dilakukan oleh *Orang lain*
Ternyata sejak lahir hingga meninggal kita selalu memerlukan *Orang Lain*.
Kita mulai sedar bahawa hidup ini memerlukan orang lain :
*DIMANA KEHEBATAN KITA*
Ternyata, kita bukanlah siapa-siapa tanpa "ORANG LAIN".
Bersahabatlah dengan semua orang kerana kita tidak tahu bila kita memerlukan bantuan mereka.
Thursday, November 24, 2016
Senyum sekali
Alkesah disuatu mahkamah...
Sepasang suami isteri sdng berada di mahkamah untk kes perceraian..Yg menjadi isu ialah hak penjagaan anak dan siapa yg lebih layak..si suami atau isteri tersebut.
Wanita itu pun berkata " Yg Arif, saya lah yg telah mengandungkn anak ini selama 9 bln 10 hari dan saya lah yg telah melahirkn dia kedunia ini berseorangan dgn penuh kesakitan...jd saya lah yg berhak menjaga anak ini."
Kemudian Tn.Hakim memberi peluang untk si suami pula bercakap.
Suami itu pun bangun dan terus berkata2...
" Yg Arif..saya ada satu soalan..Bila kita memasukkn kad ATM ke dlm mesin ATM..duit yg keluar tu ada lah hak siapa?..Hak org yg memasukkn kad itu atau hak mesin ATM tu?"
Mahkamah terus ditangguhkan !!
.
Selamat menyambut hari gaji 24.11.2016. Semoga ceria n bahagia.😊
Wednesday, November 23, 2016
Jambe male
Pakcik : Dik ado jambe dok sini... Pokcik raso nok kecing ni
Nurse : Ada pakcik..kat belakang sana belah kanan tuh...
2 minit kemudian Pakcik patah balik ke kaunter
Pakcik : Dik... jambe sie (siang) tak dok ko???
Nurse : Laa mana ada tandas siang ke tandas malam. Yang tu je pakcik tak kira siang ke malam.
Pakcik : Pah tu bakpo dio tulis MALE ?
Monday, November 21, 2016
Pandai Org yg Cipta Seloka ni..😎
Memang ada Betui👍
*Seloka Grup Whatsapp*
Kumpulan whatsapp berbelas-belas,
Rakan sekerja dan rakan sekelas,
Bertalu-talu tak sempat balas,
Mula-mula seronok bertukar malas.
Walaupun tua kembali muda,
Yang sudah bercucu, duda dan janda,
Berkongsi cerita bergurau senda,
Tersilap langkah masalah melanda.
Kadang-kadang ahli tidak peduli,
Menghantar khabar bertali-tali,
Gambar dihantar berulang kali,
Orang terima pun naik lali.
Setiap minit khabar dihantar,
Tidak berhenti telefon bergetar,
Minta kawan buat komentar
Kalau tak balas hati gedebar.
Ada yang suka menunjuk hebat,
Setiap isu diajak berdebat,
Ada yang marah dijawab lambat,
Menyinggung rasa rakan sahabat.
Ada yang cerita tentang keluarga,
Tak habis-habis menunjuk bangga,
Yang tak ada anak berhati curiga,
Keluar kumpulan barulah lega.
Oleh itu kita hendaklah peka,
Mesej dihantar tak semua suka,
Zaman berubah dah tua bangka,
Elak curiga dan buruk sangka.
Ada kebaikan wujud kumpulan,
Tapi biarlah ada kawalan,
Jagalah hati dan peribadi taulan,
Agar hubungan erat berkekalan.
Org pencen ada duitan..
Org kerja duit pun simpan...
Masa hidup hendaklah berkawan..
Bila berkawan pandai2lah jaga ucapan...
Sunday, November 20, 2016
Teka teki
Teka teki :
Wujud dihujung dunia, duduk ditengah orang, lebih kepada nama, kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada disana tiada disini, ada besar, tiada kecil, dua dibawah, dua diatas, dua dikanan, tiada di kiri, satu di emak, dua di ayah. Ada di ayam, tiada diitik, tidak dirindu, tapi lebih kepada sayang.
Apakah ia?
Saf solat vs bersih 1.2.3.4.5
Ada jemaah yang minta pendapat imam tentang perhimpunan bersih. Secara berseloroh dia bertanya.
Jemaah :
Imam tak pergi bersih ke? Tuntut keadilan dan mintak PM turun.
Imam :
Tak payahla gi tuntut keadilan. Kita sendiri pun tak adil pada Allah.
Jemaah :
Kenape imam cakap mcm tu..??
Imam :
Penganjur bersih tu bukan Islam. Dia seru turun berhimpun berpuluh ribu orang islam pergi. Sanggup bersesak berdiri lama-lama. Sanggup dengar ucapan silih berganti. Dok atas jalan tak jadi hal. Tapi bila bilal azan satu saf pun tak penuh. Nak tunggu sesak tunggu solat raya je. Baru baca surah panjang dah kena komplen berdiri lama. Baru doa lama sikit, kata lenguh tangan padahal bukan doa atas jalan tapi atas karpet masjid. Masjid buat program hantar surat depan rumah pun tak sampai,tapi perhimpunan pakai wassap pun orang ramai.
Wednesday, November 16, 2016
Kena tampo bini
Lawak Solo Waktu petang:..
👴: "kenapa dgn muka ko?"
👨: "ditampar bini"
👴: "lah? kenapa?"
👨: "Sebab selitkan bunga kat telinganya"
😰: "lah apsal pulak? kan romantik tu... Apsal lak ditampar? Bunga apa yg ko selitkan tadi"
😩: "Bunga api"
😱: "........"
Tuesday, November 15, 2016
Kejahatan akan ada ketika iman tiada
Seorang profesor yang Atheis berbicara dalam sebuah kelas fizik.
Profesor: "Apakah Allah menciptakan segala yang ada?"
Para mahasiswa: "Betul! Dia pencipta segalanya."
Profesor: "Jika Allah menciptakan segalanya, berarti Allah juga menciptakan kejahatan."
(Semua terdiam. Agak kesulitan menjawab hipotesis profesor itu).
Tiba-tiba suara seorang mahasiswa memecah kesunyian.
Mahasiswa: "Prof! Saya ingin bertanya. Apakah dingin itu ada?"
Profesor: "Pertanyaan macam apa itu? Tentu saja, dingin itu ada."
Mahasiswa: "Prof! Dingin itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin sebenarnya adalah ketiadaan panas.
Suhu -460 degree Fahrenheit adalah ketiadaan panas sama sekali. Semua partikel menjadi diam. Tidak boleh bertindak pada suhu tersebut.
Kita menciptakan kata 'dingin' untuk mengungkapkan ketiadaan panas ya.
Selanjutnya! Apakah gelap itu ada?"
Profesor: "Tentu saja ada!"
Mahasiswa: "Anda salah lagi Prof! Gelap juga tidak ada.
Gelap adalah keadaan di mana tiada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari. Sedangkan gelap tidak boleh.
Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk mengurai cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari panjang gelombang setiap warna.
Tapi! Anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur melalui berapa besar intensiti cahaya di ruangan itu.
Kata 'gelap' dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan cahaya.
Jadi! Apakah kejahatan, kemaksiatan itu ada?"
Profesor mulai bimbang tapi menjawab juga: "Tentu saja ada."
Mahasiswa: "Sekali lagi anda salah Prof! Kejahatan itu tidak ada. Allah tidak menciptakan kejahatan atau kemaksiatan. Seperti dingin dan gelap juga.
Kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan Allah dalam dirinya.
Kejahatan adalah hasil dari tidak hadirnya Allah dalam hati manusia."
Profesor terpaku dan terdiam!
Dosa terjadi kerana manusia lupa hadirkan Allah dalam hatinya..
Hadirkan Allah dalam hati pada setiap saat, maka akan selamatlah diri kita..
Itulah IMAN..
SESUNGGUHNYA DOSA ITU LAHIR SAAT IMAN TIDAK HADIR DALAM HATI KITA..
Kenali tayar
JENAMA TAYAR MENGIKUT JENAMA DAN GRED DI SELURUH DUNIA.......
**Premium Brand Tyres (Tayar terbaik disegi kualiti ketahanan dan baik ketika jalan basah harga amat mahal)
**Mid Range Brand Tyres (Tayar baik disegi kualiti dan baik untuk jalan basah harga mahal)
**Economy Brand Tyres (Tayar sedehana terbaik disegi kualiti tayar yang keras dan kurang sesuai untuk jalan basah harga sederhana)
**Budget Brand Tyres (Tayar biasa dan tidak berkualiti dan harga murah)elakkan guna jenama tayar ini
(Premium Brand Tyres)
Bridgestone
Continental
Dunlop
Goodyear
Michelin
Pirelli
Yokohama
(Mid Range Brand Tyres)
Avon
BFGoodrich
Cooper
Falken
Firestone
Fulda
General
Hankook
Kumho
Marangoni
Nokian
Toyo
Uniroyal
Vredestein
(Economy Brand Tyres)
Achilles
Apollo
Barum
Ceat
Dayton
Debica
Dmack
ESA Tecar
Federal
GT Radial
Hercules
High Performer
Infinity
Interstate
Kenda
Kleber
Kormoran
Marshal
Matador
Maxtrek
Maxxis
Meteor
Millennium
Nankang
Neuton
Nexen
Nitto
Prestivo
Radar
Riken
Sava
Semperit
Silverstone
Sumitomo
Sunny
Tigar
Viking
westlake tyres
Zeetex
Zeta
(Budget Brand Tyres)
Accelera
Admiral
Altenzo
Austone
Autogrip
BCT
Dextero
Duran
Event
Evergreen
Forceum
Fortuna
Fullrun
Fullway
Gislaved
Goodride
Haida
Hero
Herse
Hifly
Jinyu
Landsail
Lassa
Linglong
Maloya
Mastercraft
Mastersteel
Mohawk
Petlas
Platin
Primewell
Roadstone
Rockstone
Rotalla
Runway
Sailun
Sportiva
Star Performer
Starfire
Starmaxx
Sunew
Sunitrac
Syron
Tracmax
Triangle
Tyfoon
Wanli
Westlake
Moga bermaafaat dan dapat membantu😉
Eden kayo
Tuan2 dan puan2..
Sy bukan nak riak atau takbur,tapi siapa yg ada masalah kewangan,rumah sangkut,kereta sangkut, atau mcm2 lagi masalah boleh la dtg ke rumah sy.. kita nangis sama2.
Monday, November 14, 2016
Super moon
Super moon dah berlalu..tapi jangan lupa!!..kesan buruk dari super moon ni akan berlaku pagi. bila graviti bumi kuat tarik bulan nampak besar..
graviti bulan menyebabkan fenomena air pasang pagi surut pukul 5.. nyonya bangun pagi siram pokok bunga...pokok bunga melor tanam tepi kolam..itek bertelor ayam menetas..
P/s :...baca sahaja jangan nyanyi ye...😎
Penting
Saya harap kita dlm group ni boleh berfikir secara matang
saya anggap kita semua dlm group ni sebagai kawan yg boleh di percayai.
sebab tu saya kongsi banyak hal dgn korang tapi kita perlu ada batasan dan menghormati antara kita.
saya harap biar lah sekali ni je berlaku.
tapi kalau berlaku lagi saya akan keluar dari group ni.
saya nak tanya *SIAPA BAGI NO TEL SAYA PADA TRUMP* Baru kejap ni dia talipon saya jemput hadir upacara angkat sumpah sebagai presiden Amerika..😂😂😂😂
Sunday, November 13, 2016
Konsep Rezeki
Credit utk owner penulis yg x dikenali...Copy & Paste utk sharing....#Notetomyself
Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima...
Friday, November 11, 2016
Amin dan hamidah
Teringat mulo cerito tok guru. mengenai orang jahil dale wak amal..
AMIN baru berkahwin dengan HAMIDAH, mereka solat berjemaah berdua, bila imam (AMIN) habis membaca Fatihah, HAMIDAH teragak-agak untuk sama-sama menyebut AMIN, takut dituduh kurang ajar dengan suaminya, Dia pun menyebut "Aabaaangg". Semasa iktidal suaminya menyebut "SamiAllahu Liman HAMIDAH..." MIDAH dengan senyum menyahut....."Saya Bangg"...
~Jangan kita jadi abid tanpa ilmu, nanti dirisaukan tertipu dgn diri sendiri . Pasal tu perlu belajar ngaji agama...
Motivasi
Motivasi hari ini 😊😊😊😊
Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.
Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.
Kalau kita bergaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
Kalau kita bergaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.
Kalau kita bergaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.
Kalau kita bergaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
Kalau kita bergaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.
Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang adalah cuma ego diri sendiri.
yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri..
Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran, kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah ,bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.
🌷🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🌷
BAHAGIA ITU SEDERHANA..
🍀🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🍀
Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga..
🌹💚💚💚💚💚💚💚💚💚🌹
Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami..
💚🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹💚
Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah..
💛💐💐💐💐💐💐💐💐💐💛
Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punyaanak untuk saham akhirat ku nanti..
🌸💛💛💛💛💛💛💛💛💛🌸
Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras..
💙🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇💙
Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman..
🍇💙💙💙💙💙💙💙💙💙🍇
Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup..
❤🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺❤
Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian..
🌺❤❤❤❤❤❤❤❤❤🌺
Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal..
🌟🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🌟
Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya..
🍒🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🍒
Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti aku masih bisa mendengar..
💥🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹💥
Mendengar bunyi Ayam di subuh hari, itu bererti aku masih hidup..
🌹💥💥💥💥💥💥💥💥💥🌹
Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari..
🌷🍅🍅🍅🍅🍅🍅🍅🍅🍅🌷
Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki orang yang peduli padaku.
🌺🌾🌱🌺🌾🌺🌱🌺🌾🌺🌱
Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun..
💐🌱💐🌾💐🌱💐🌾🌱💐
Ayuh kita sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mngeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknye..
🍀🍁🌺🍁🍀🍁🌺🍁🍀🍁
Semoga yang terima pesanan ini diberkati dengan kesihatan hingga ke akhir hayat.
Bank tutup
ANALISIS EKONOMI PASCA KEMENANGAN PRESIDEN TRUMP
Kepada rakan2 yang mempunyai simpanan di Perbankan Malaysia : Mohon kiranya bagi siapa saja yang memiliki akaun di Bank yang dinyatakan di bawah ini agar waspada dan terus memantau perkembangan bank yg dicatat sebelum berlaku kesulitan untuk mencairkan dananya.
Dengan krisis Global yang melanda dunia secara menyeluruh, maka para pelanggan ketika ini harus pandai-pandai menilai & memilih bank yang betul2 kukuh sebagai partner. Pakar Kewangan Internasional di Bursa Saham Kuala Lumpur secara tersirat menyatakan ada beberapa Bank yang akan DITUTUP.
Berikut adalah daftar senarai bank yang akan ditutup :
1.Maybank
2.Bank HSBC
3.Bank Muamalat
5.Bank Standard Chartered
6. *Agro Bank*
7.Bank Islam
8.Bank Hong Leong
10.Bank BCA (cawangan Malaysia)
11.Bank Arab Malaysian
12.Citibank
13.Bank Mandiri (cawangan Malaysia)
Bank-bank tersebut di atas akan ditutup tiap PETANG. Setiap harinya sekitar pukul 16.30 (4.30 ptg) dan akan dibuka kembali esok pagi setiap harinya pada pukul 08.00 (8.00 pg), kerana harus dibersihkan/kemas.
Sekian, Harap Maklum
....Yang Benar...
Mr Bo Hong Kuat
(Persatuan Agensi Khidmat Pembersihan Pejabat/Cleaning Service Association Perbankan Seluruh Malaysia).......
#Bawak bertenang
☺
Thursday, November 10, 2016
Segalanya milik Allah
Kata-kata renungan pagi Jumaat 11/11/16. Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah.
Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah.
Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan di Tangan Allah.
Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu. Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu..
Wednesday, November 9, 2016
Rancang kematian
*SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA* - _DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA_.
Rancanglah kematian kamu dgn penuh bekalan utk perjalanan yg jauh.
Tolong baca sampai habis... Credit utk penulis 👇... Tak tau siapa yg tulis.....tp sgt tersentuh...
sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak...
Assalamualaikum....
Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa.
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan
Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.
Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.
Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.
Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.
Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.
Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.
Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.
Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jga aurat wahai shabat2ku... Tepuk dada, tanya iman.
share kt grup, mgkin ada manfaatnya
🎾 Bleh share kat grup anak2 murid, ank2 muda, org2 tua, anak2 sedara, kawan2 ...
Sbg peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..
Tuesday, November 8, 2016
The real oil n gas
Kawan: Wife ko kerja apa sekarang?
Aku: Sekarang banyak terlibat dengan Oil and Gas.
Kawan: Wow! opis dia kat mana?
Aku: Dapur.😂😂😂
Hamil
[ TAKUT HAMIL...]
SARI mengadu kepada ibunya tentang hal buruk yg menimpanya. .
SARI : (ketakutan) Maakkk, mana bapak?
IBU : Bapak keluar...engkau dah kenapa?!
SARI : (dengan nada perlahan) minta maaf Mak...kemungkinan Sari hamil.
IBU : (terkejut) Apa?
SARI : (gementar) Ya, hamil.
IBU : Aaahh...tak mungkin, kau cuma sakit aja tu... kau pergi rehat aja disitu...
SARI : Tapi sejak kebelakangan ini...Sari selalu muntah2, Mak.
IBU : (rasa geram) Aaahh...paling2 pun masuk angin je kau tu.. pergi beli minyak angin... sembuh jugak kau tu nanti.
SARI : (tersedu-sedu) hikss...hikss...tapi kenapa sekarang Sari suka makan yang masam2, Mak . . . ?
IBU : (dengan kesal sambil menjerit) Cukup2 la kau berangan SARIPUDDIN. Mak lempang jugak kau nanti. Pondan mana boleh beranak!!!!!
Haaahhhhaaaa baru sedar Pudin
Monday, November 7, 2016
Buktikan ko org kelantan
.
*Orang Kelantan Je Akan Faham.*
ENGLISH vs KĔLATÈ ↷...
1. TALK CHAIR CUT = PENAT.
2. WALK LOW LOCK = TIPU.
3. DARE BARE = BERANI.
4. SCORE THAN = MENGINTAI.
5. STAMP BOND = BANYAK.
6. LAMB BACK = TILAM.
7. SEE CAR = BASIKAL.
8. GO DIOR = APA.
9. PAY CHECK = PICIT.
10. PAY CONE = BALING.
11. GAY WHERE = KEKASIH.
12. BIG WORK = KENDURI.
13. TEAM BOAT = TUMBUK/PUKUL.
14. BEAR ROCK= BERAK.
15. DARE BOX = MONTEL.
16. TO BAG = KELUAR.
17. TEA NO = PEREMPUAN.
18. PEA TEACH = DUIT.
19. COOL BARE = BERSEPAH.
20. BELL LACK = CARI DENGAN GOPOH.
21. RAW YARD = BAGITAHU.
22. KEY CHAT = CAKAP.
23. TALK ROCK = TIDAK BERDAYA.
24. TOWEL HELL BEAR = SANGAT TAWAR.
25. YARD BOX TEA = MELATAH.
26. ARE GAS = EGO..
27. GO RED = PENGASAH PENSEL.
28. TALK SAY = TAK MAHU.
#Selamat Belajar Bahasa Kelantan
#This is Pantai Timur..
#sapo anak kĕlatè sila copy..
post kat sahabat anda bagi negeri lain belajar bahasa kelantan
Post terakhir ku
Sahabat-sahabat yang saya sayangi semua. 01 Jan 2017 ini adalah hari terakhir saya berada di Malaysia kerana saya akan ke Dubai untuk selama 5 tahun saja. Saya telah ditawarkan kerja dengan gaji yang agak sukar saya tolak.
Terima kasih atas layanan baik anda semua kepada saya sepanjang kita mengenali antara satu sama lain. Sedih rasanya. Maafkan saya jika ada salah silap saya selama ini. Saya pasti akan rindukan anda semua. Apa apa pun kiter masih boleh terus ber Whatsap n berFB untuk melepaskan rindu nanti.. Calling calling lah saya selalu ya...
Jadi tolong copy dan paste dan hantarkan kepada sesiapa yang mengenali saya.
Terima kasih.
* Entah siapa punya mesej tah ni. Aku cuma copy paste je....
Saturday, November 5, 2016
Tikus vs kelawar
◆ 🐀🐀🐀🐀🐀
Seekor ibu tikus dengan anaknya sedang bercerita di pematang di tengah sawah.
Tiba-tiba ada kelawar terbang di atas mereka.
Anak tikus ketakutan, lalu bertanya : "ibu , apa itu yang sedang terbang di atas kita ??'
Ibu tikus : " ooo itu, kelawar namanya.."
Anak tikus : "tapi mukanya mirip dengan kita??"
Ibu tikus : " sebenarnya dia sebangsa dengan kita nak..
cuma dia ambil jurusan penerbangan.......
sedangkan kita pertanian..!
😂😂😂😂😂😂😂
Thursday, November 3, 2016
Bagi yg kecik utk dpt yg beso
Ada satu kolam pancing Ikan kutip 20 ringgit masuk pancing.
Sapa tak dapat Ikan, dikasi seekor ayam.
.
Dalam seminggu, pemancing jadi ramai dan semua happy bawa balik seekor ayam.
Satu hari org tanya owner tu.
u tak rugi ke buat mcm tu.
Dia jawab untung gila.
Sebenarnya dia ada ladang ayam tapi ayam tak laku.
kolam tu memang tk ada ikan pun ..
Macam Bagi Brim amik GST.😀
*HOW TO RECRUIT THE RIGHT PERSON FOR THE JOB?*
Put about 100 bricks in some Particular order in a closed Room with an Open window.
Then send 2 or 3 candidates in
The room and close the door.
Leave them alone and come back
After 6 hours and then analyze
The situation.
If they are counting the
Bricks.
Put them in the
*Accounts*
*Department*
If they are recounting them..
Put them in
*Auditing*.
If they have messed up the
Whole place with the bricks.
Put them in
*Engineering*.
If they are arranging the
Bricks in some strange order.
Put them in
*Planning*.
If they are throwing the
Bricks at each other.
Put them in
*Operations.*
If they are sleeping.
Put them in *Security*.
If they have broken the bricks
Into pieces.
Put them in *Information*
*Technology*
If they are sitting idle.
Put them in *Human *Resources*.
If they say they have tried
Different combinations, yet
Not a brick has
Been moved. Put them in *Sales.*
If they have already left for
The day.
Put them in *Marketing*.
If they are staring out of the
Window.
Put them on *Strategic*
*Planning.*
And then last but not least.
If they are talking to each
Other and not a single brick
Has been
Moved.
Congratulate them and put them in
*Top management*
😛😀😋😮😂
Wednesday, November 2, 2016
SELAMAT MENITI HARI TUA 😁
Seorang suami yg berumur 60 ingin menguji tahap pendengaran isterinya yg berumur 55.
Dari jarak 10mtr suami memulakan :-
Suami : awk masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.
Dari jarak 7mtr pula.
Suami : awk masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.
Dari jarak 5mtr pula.
Suami : awk masak apa hari ni..?
Dia masih dapati isterinya senyap.
Dari jarak 3mtr pula.
Suami : awk masak apa hari ni..?
Isterinya senyap jugak.
Dari jarak 1mtr...dgn suara yg lebih kuat.
Suami : awk masak apa hari ni..?
Kali ni isteri terus menjawab.
Isteri : awak ni dah pekak ker...dah 5 kali saya jwb...awak tanya gak lagi....
Sang suami pun terus diam dan terus keluar rumah utk sidai kain.
😅