*Kebahagiaan Sebenar*
_Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap seekor katak._
_Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya bertanya kepada siput:_
_“Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga tuan begitu membenci saya?”_
_Siput menjawab:_
_“Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan dapat melompat ke sana ke mari ..._
_Tetapi kami mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih”._
_Katak menjawab:_
_“Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing-masing, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan kami, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami”._
_Dan seketika, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak disambar oleh helang tersebut._
_Siput terharu_...
_Akhirnya baru ia sedar_...
_Ternyata cengkerang yang dimilikinya bukan merupakan suatu beban_...
_Tetapi adalah kelebihannya._
*_Nikmatilah kehidupanmu._*
*_Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain._*
*_IRI HATI_* _kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan._
Rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak dan bukan pula kita memiliki rumah mewah dan bukan pula memiliki kereta mewah.
_Rezeki yang sebenarnya adalah_ *_jiwa dan hati yang tenang_* ...
_Kerana ketenangan dan kebahagiaan itu sebenarnya teramat dan tersangat mahal._
_Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita ber-SYUKUR_...
*_Tetapi dengan BER-SYUKUR ..._*
*_... itulah yang akan menjadikan ..._*
_*Hidup kita Bahagia.*_
No comments:
Post a Comment