Thursday, October 20, 2016

Kalau bukan aku jadi pm

Berita baik untuk seluruh rakyat malaysia. Antara intipati Belanjawan 2017 yang akan diumumkan kerajaan penghujung tahun ini:

1. Pemberian BR1M dinaikkan kepada RM1,000 (Bujang) dan RM2,500 (Keluarga)
2. Harga petrol RON95 dan Diesel diturunkan sebanyak 60sen, manakala RON97 sebanyak 40sen
3. Wang royalti minyak sebanyak 55% daripada keuntungan bersih tahunan syarikat carigali bertanggungjawab akan diberikan kepada kerajaan negeri yang terlibat.
4. Bantuan Kereta 1 Malaysia (BAK1M) bakal diperkenalkan dengan bantuan bayaran deposit sebanyak RM8,000 untuk warganegara berumur 21 tahun ke atas yang tidak pernah memiliki kenderaan (Model Proton sahaja)
5. Kadar faedah bank akan dikurangkan sebanyak 0.8% bagi kakitangan kerajaan dan 0.5% bagi kakitangan swasta swasta
6. PTPTN akan dilupuskan secara berperingkat bermula dengan peminjam yang tamat pengajian dengan pencapaian PNGK 2.7 dan ke atas
7. Graduan yang tamat pengajian dan telah menganggur melebihi 1 tahun akan diserap masuk ke sektor awam dibawah Skim Latihan Graduan 1 Malaysia (SLAG1M) dengan gaji permulaan sebanyak RM1,600
8. Ibu tunggal dan warga emas akan mendapat diskaun sebanyak 70% untuk setiap pembelian di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)
9. Diskaun sebanyak 50% diberikan kepada remaja berumur 18-25 tahun untuk pembelian motosikal berjenama Malaysia.
10. Kerajaan akan memberikan RM 10,000 kepada lelaki yang ingin berkahwin bagi kali ke dua dan ketiga serta ke empat. Ianya utk mengurangkan masaalah gejala sosial yang semakin berleluasa.
11. Gaji kakitangan awam akan dinaikkan sebanyak 15% hingga 30% mulai 1 januari 2018.
12. Kerajaan akan mewujudkan 1000 buah bas sekolah dan akan diagihkan kepada setiap sekolah 1 bas dan boleh membawa murid-murid secara percuma.
Berikut adalah antara intipati penting Belanjawan 2017 yang telah diberitahu oleh seorang pesakit mental Hospital Bahagia Tanjung Rambutan awal pagi tadi jika dia dipilih menjadi Perdana Menteri pada PRU akan datang.

Dah dah la tu baca ..pi buat keja memasing 😆😬😬😬😬

No comments:

Post a Comment