Friday, October 14, 2016

Biri biri dan anjing

Sedikit perkongsian cerita .........
Pada Zaman Cina Kuno, ada seorang petani mempunyai seorang jiran yg bekerja sebagai pemburu.
Si Pemburu mempunyai anjing² yg galak namun kurang terlatih.
Anjing²nya sering melompat pagar & mengejar biri2 kepunyaan petani..

Si Petani meminta jirannya untuk menjaga anjing²nya, tapi tidak dipedulikanya..

Suatu hari anjing² pemburu melompat pagar dan menyerang beberapa ekor biri2 petani, sehingga cedera parah.
Si Petani yang mula hilang kesabaranya, lalu pergi ke 2kota, untuk mendapat khidmat nasihat seorang Hakim..

Hakim yang tekun mendengar cerita
Si Petani kemudian berkata; "Saya boleh saja menghukum Si Pemburu itu, memerintahkan dia untuk merantai & mengurung anjing²nya..
"Tapi anda akan kehilangan seorang teman.. SEBALIKNYA mendapat seorang jiran dan musuh..

Mana yang kau inginkan, teman atau musuh yang menjadi jiranmu?”

Si Petani itu menjawab dia lebih suka mempunyai seorang teman.

“Baik, saya akan menawarkan anda satu solusi yang mana anda boleh terus menjaga biri2 anda, dengan aman dan ia juga akan membuat jiran anda menjadi teman yang baik”

Mendengar pandangan Hakim yang bijaksana,
Si Petani pun bersetuju.

Sampai sahaja di rumah, Si Petani  segera melaksanakan penyelesaian Hakim..

Dia mengambil tiga ekor biri2 terbaik
miliknya lalu menghadiahkannya kepada 3 anak jirannya itu..
Wah..!! mereka menerima dgn sukacita dan mulai menjaga dan bermain dgn biri2 tersebut

Untuk menjaga mainan baru anaknya, si pemburu terpaksa mengurung anjing2 pemburunya.

Sejak saat itu anjing²nya tidak pernah mengganggu biri2 Si Petani.

Sebagai rasa terima kasih atas kedermawanan petani kepada anak²nya, Si Pemburu itu sering memberi hasil buruan kepada jiranya.

Dan sebagai balasan pula, Si Petani selalu mengirimkan daging biri2 & keju buatannya.

Dalam tempoh singkat, kedua2 jiran tersebut menjadi teman yg sangat rapat...

"NEVER STOP GIVING..."

Sebuah ungkapan Cina Kuno mengatakan,
“CARA TERBAIK UNTUK MENGALAH  & MEMPENGARUHI ORANG ADALAH DENGAN MEMBUAT KEBAJIKAN...

”GIVE & GIVE..
NOT GIVE & TAKE“

No comments:

Post a Comment