Friday, July 15, 2016

Tal reti pasal Kewangan, baca ni

#DIY360FinancialFreedom:
Macam mana yer nak cerita dengan bahasa marhaen pasal OPR ni...

Saya cuba cerita la dengan bahasa pasar sikit, supaya boleh faham untuk orang kurang background kewangan.

So mungkin ada tak berapa tepat sikit dengan contoh ni but here we go..

OPR ni adalah Overnight Policy Rate atau bahasa Melayunya Kadar Polisi Semalaman.

Apa gunanya OPR ni? OPR ni adalah kadar faedah untuk bank bank pinjam sesama derang. Tiap tiap hari bank akan guna duit. Orang masuk duit, orang keluar duit. Bank bagi hutang, orang bayar hutang. So hari hari bank ada surplus dan defisit. Bila dia ada surplus, dia boleh pinjamkan dekat bank yang defisit. So dia untung la dekat kadar OPR tu. Kalau dia defisit, dia pinjam dekat bank yang surplus, so dia kena bayar la kadar OPR tu.

So ini berlaku hari hari lepas tutup kedai. Tu yg panggil semalaman tu.

Jadi kadar ini adalah kadar asas dalam kos kewangan bank. Ada banyak kos kos lain. Kos bayar pekerja, kos sewa, kos sistem dan banyak la kos lain. So semua kos ini berbeza untuk setiap bank. Bank rimau mungkin bayar gaji mahal dari bank singa. Contoh jer ni.

Jadi kos setiap bank ni dinamakan BR iaitu Base Rate ie Kadar Asas untuk setiap bank. Dulu dipanggil Base Lending Rate, BLR atau yang islamiknya ialah Base Financing Rate, BFR. Dulu BLR/BFR ni confusing sikit, tak tunjuk betul2 kos bank sebenarnya berapa. Kemudian bila nak bagi loan, dia tolak tolak pulak macam BLR - 2%.

Bukan ker mudah beritahu BR + 2% so kita tahu kadar asas dia BR tu. Lebih strettt fowed. Takyah pusing tolak tolak bagai.

Jadi kalau OPR rendah, kos bank sepatutnya rendah sama. So expect BR akan diturunkan. Sekarang OPR dekat 3%, sebelum ni 3.25%, ada penurunan 0.25%.

Jadi kalau kos kos lain fixed, BR mungkin turun banyak tu jugalah.

Tapi kena faham, menda ni tak wajib. Ikut bank bank tu la dia nak tetapkan berapa BR dia, sebab dia yang tahu kos dia sebenar berapa.

Cumanya kalau dia tak turun, bank lain turun, dia mungkin hilang pelanggan, pelanggan lari ke bank lain. Bisnes beb.

Ok sesiapa yang ada pinjaman or financing yang float flexi ikut BR++ or BLR--, akan ada effeklah kalau BR ni turun. Lagi murahlah kadar faedah korang bayar. So ini pun akan efek installment korang.

Yang tengah amek loan or dapat LO tu, kalau amek yg ada BR tu sama jer efeknya.

Lagi satu kena faham kenapa BNM rendahkan OPR. Baca dalam press release. Kesimpulan senang macam ni la, perkembangan ekonomi dah moderate, menguncup dah beberapa penggal. Jadi dengan rendahkan OPR ni, kos pinjaman rendah siket so orang teringin la nak berhutang. Bukan korang pelabur rumah or ASB jer nak berhutang, bisnes bisnes tu banyak berhutang. Bila depa dapat modal daripada duit hutang ni, kira dapat suntikan modal, so bolehlah dia buat bisnes dan aktiviti perekonomian dengan lebih masyuknya, yerlah modal banyak.

So ini akan merangsang ekonomi. Bila ekonomi baik semua orang heppiii...hehehehe..

Kalau dah ekonomi baik dan mengembang nanti, dia naikkan balik OPR tuuu..

So inilah peranan BNM, kawal kewangan dan ekonomi negara..

Ada fahammmm kerr....cer komen siket betul dak abam cerita or gebang jer....

No comments:

Post a Comment