Tuesday, April 5, 2016

Sedekah any time

🌺 Kreatif dalam bersedekah 🌺

1. Inisiatif - sedekah:
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar  rumah untuk kucing² yang datang..
....................................
..2.Inisiatif - sedekah:
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
....................................
..3.Inisiatif - sedekah:
Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
....................................
..4. Inisiatif- sedekah:
Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
..5. Inisiatif- sedekah:
Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang² yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak² dsb).
....................................
..6. Inisiatif- sedekah:
Jika kamu membeli barang dari peniaga² kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
..7. Inisiatif - sedekah:
Belilah mushaf (Al Quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
..................................
..8. Inisiatif - sedekah:
Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
....................................
..9. Inisiatif- sedekah:
Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
..10. Inisiatif - sedekah:
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat tidak baik kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
....................................
..
11. Inisiatif sedekah-
Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat² dan kenalan² kita yang telah meninggal..
....................................

🌺Selamat berkreativiti..🌺

No comments:

Post a Comment