Jadi kita pergi ke agenda seterusnya..
A : Berapa hantarannya pakcik?
B : Mmmmmm kami ni sebenornya tak suka membebankan pihak lelaki. Kita buat ala kadar aje..
A : Berapa ribu Pak Cik?
B : Yang pentingnya ikhlas, kami tak kisah..
A : RM 3,000 ok tak Pak Cik?
B : Oh.. kalau RM3,000 tu nilai hantaran yang diletakkan oleh isteri Pak Cik masa Pak Cik berkahwin dengan dia 50 tahun dulu..
A : Kalau camtu, berapa Pak Cik?
B : Agak-agaklah.. tak terlampau tinggi dan tak terlampau rendah..
A : Baiklah.. apakata RM5,000?
B : Kakak dia cuma lepasan SPM aje berkahwin 2 tahun lepas, sebelum GST. Hantarannya pun dah RM6,500..
A : OK, baiklah. Kalau camtu, apa kata RM7,000?
B : Ok tu memang OK. Tapi anak Pak Cik yang kau minat ni lepasan Unibersiti.. kau pun tahu kan..
A : Mmm.. RM 8,000?
B : Sekarang dia dah bekerja..
A : RM 9,000?
B : Gajinya sebulan pun dah dekat RM 3,000..
A : RM 10,000?
B : MyVi yang kau nampak parking depan rumah ni baru je dia beli 2 bulan lepas.. cantik lagi. Plastiknya pun tak tanggal lagi tuh..
A : RM 11,000?
B : Kenduri nanti Pak Cik bercadang nak panggil adik beradik dan orang kampung ni aje, tak ramai pun lebih kurang 1,000 orang aje.
A : RM 12,000?
B : Untung kalau kau dapat berkahwin dengan anak pakcik ni.. pandai memasak..
A : RM 13,000 ?
B : Pandai mengemas rumah..
A : RM 14,000 ?
B : Pandai mengaji Quran..
A : Last Pak Cik, RM 15,000 ??? Dah cukup tinggi dah tu Pak Cik.. kasihanilah saya.
B : Kau giler ke apa?.. Suka sangat mencelah. Biarlah aku habis cakap dulu. Aku cuma nak RM5,000 aje. Yang kau pergi UP sampai RM15,000 tu sapa suruh? Mampu ke..?
A : Hehehe
Kesimpulannya: Jadilah seperti Pak Cik..!
#cp
No comments:
Post a Comment