Wednesday, April 6, 2016

Resepi Biskut Persahabatan

Bahan- bahannya :-

1 sudu besar senyuman
1/2 kg senda gurau
1 gelas sayang menyayangi
1 pinggan hormat-menghormati
1 cubit faham memahami
Banyakkan kejujuran dan keikhlasan

Cara-caranya:

★Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang. ada pada diri anda dan bentukkan suasana harmoni.

★Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain . Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain.

★Kemudian masukkan bersama-sama senyuman itu senda gurau dan kacau sehingga wujudnya kemesraan . Tambahkan pula kasih sayang menyayangi sehingga sebati dalam jiwa .

★ Untuk menambahkan perasa persahabatan itu sesedapnya , tambahkan dahulu faham memahami secukup rasa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan.

★Akhir sekali , hidangkan resepi ini untuk membuka selera persahabatan anda dan sekaligus persahabatan itu dapat restu dari-Nya .
#smoga kita jdi sahabat hingga ke jannah.. Amiin
😀😀😀👍👍🍋🍋🍋🍒

No comments:

Post a Comment