Friday, May 22, 2020

pesanan sebelum raya

Pesanan pagi sempena raya besok hari.😘😘

DG Noor Hisham tak mengalakkan amalan kunjung mengunjung pada hari raya kali ini. Ini pesanan dari orang yang setiap hari berdepan dengan wabak covid-19.

Jadi kita yang cetek ilmu dan bukan ahlinya, dengar lah nasihat mereka. Cukup sekadar duduk di rumah sendiri sahaja.

Betul, tetamu itu datangnya membawa rahmat dan rezeki. Tapi ini bukan masanya.

Bila keadaan dah reda, sudah kembali seperti sedia kala, kalian lawat dan berkunjunglah ke mana sahaja yang kalian suka. 

Dalam keadaan begini, kita dengar akan nasihat dari mereka yang pakar. Bukan keras kepala dengan pendapat sendiri yang memang sah-sah tak boleh pakai.

Ya, ini kerana belum kena batang hidung sendiri. Sekali dah berjangkit pada anak kita, menangis air mata darah pun dah tak berguna.

Ambil lah langkah mencegah dan berjaga-jaga. 

Orang kampung saya kata, prevention is better than cure.

Tak, saya bukan paranoid (tp I paranoid kot😔) Tapi saya lebih kepada berhati-hati.

Risau saya yang menjadi penyebarnya. Kasihan anak-anak kita yang masih kecil bayanya. Kasihan keluarga kita.

Moga keadaan cepat pulih seperti sedia kala agar kita boleh meraikan tetamu seperti biasa.

Moga-moga.

C&P

No comments:

Post a Comment