Friday, October 18, 2019

bacalah wahai perokok

#TabungKeluarga

"Bang, boleh padam asap rokok".

Ada yang cepat cepat turunkan rokok ke bawah meja, padamkan. 

Tetapi ada yang pandang dengan pandangan dendam saya kira.

Rokok disedut dalam dalam sambil pandang saya. Saya jadi kaku berdiri disitu.

Dulu saya kagum dengan usaha kerajaan baru mengharamkan rokok ditempat makan.

Kami keluar makan rasa selesa sekali, tetapi ia tidak lagi kini.

Menegur orang yang merokok di premis makanan yang terang terang ada signboard larangan merokok seperti istihar perang dengan mereka.

Mereka bukan tak nampak papan tanda sebesar dunia. Tetapi mereka tunggu siapa yang berani tegur mereka.

"Kalau berani tegur la". Itu motto mereka saya rasa.

Jujurnya saya tak selesa.

Tetapi bila kita bawa anak isteri untuk keluar makan bersama, mereka juga jadi tidak selesa.

Kawan kawan,

Ayah saya antara perokok tegar, doktor sahkan punca dia dia jemput temui Pencipta nya kerana merokok.

Waktu zaman sekolah, saya pernah curi curi mekokok tetapi ia tidak serasi dengan bibir saya.

Maka saya tidak merokok.

Saya sedar berhenti merokok itu sukar, tetapi setidaknya hormatilah orang lain yang ada sekitar kita.

 Ketika saya melangkah pergi dari meja yang saya tegur tadi. Ada seorang lelaki yang masih kekal hisap rokok sambil tiup asap keatas langit dengan megahnya. 

Kipas angin yang berpusing sesekali hembus asap dari semburan tadi sampai juga kekami dan orang lain. 

Ada makcik duduk satu keluarga didepan kami tiba tiba bersuara, 

"Orang kalau tiap tiap hari makan benda haram nie, hatinya jadi hitam, buat buat tak faham". 

Padu sangat tu saya rasa. Tak sempat saya toleh semua yang duduk isap rokok tadi dah bangun 'blah' begitu saja. 

Moga tercekik rokoklah doa saya bagi yang tak padam rokok tadi.

 Amennnnnnnnnnnnn

Abah Qilah
Bibir Tanpa Rokok.

#MakbulDoaWaktuHujanNie

No comments:

Post a Comment