Sepatutnya puasa kita berjimat cermat,
Tetapi kita belanja macam nak kiamat....😂😂
Sepatutnya puasa kita makin sihat,
Tetapi kita makan semua pantang lihat....😅😅
Sepatutnya puasa kita kerja lebih cergas,
Tetapi kerja nak balik bergegas-gegas....😳😳
Sepatutnya puasa kita makan sedikit,
Tetapi kita lantak nasi macam bukit....🤣🤣
Sepatutnya puasa kita makan ala kadar,
Tetapi bila berbuka kita makan sampai tersandar....🤣🤣
Sepatutnya puasa kita kuat kawal selera,
Tetapi kita balun apa sahaja tidak kira....😂😂
Sepatutnya puasa perbelanjaan kian kurang,
Tetapi semua kedai kita hendak serang....😅🤣
Sepatutnya puasa pinggang kian ramping,
Tetapi akhir bulan tak boleh pakai samping....😭😭
No comments:
Post a Comment