*Mendamba Ganjaran Dari Ramadhan Al Mubarak*
(Khas untuk lelaki yang bergelar SUAMI)
Jika kita sedang beristighfar di atas sejadah.
Istighfar sekali untuk keampunan isteri dan ahli keluarga.
Jika kita sedang bersujud meminta hajat dari Allah,
Mohon sekali dimakbulkan hajat yang didamba si isteri dan seisi keluarga.
Jika kita menangis berjujuran mohon diampun dosa-dosa,
Mohon sekali buat isteri yang bertungkus lumus dan seluruh ahli keluarga.
Jika kita berteriak kecil memohon Allah masukkan ke syurga, Minta sama istana syurga untuk seisi keluarga.
*Mohonlah pada Allah*
"Ya Allah, apa saja amal yang kau terima daripadaku, ganjari jugalah pahalanya buat isteriku dan ahli keluargaku."
Berdoalah kita dengan bersungguh-sungguh kerana kita semua adalah hamba2NYA dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
*Semoga Ramadhan ini menjadikan kita orang yang bertaqwa*.. *Aamiin*
No comments:
Post a Comment