Tuesday, December 11, 2018

jemaah ku

Menarik sajak ni...

*Jemaahku...*
Kerana sekeping roti canai sedap di mana sekali pun... sanggup kau mencari,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana kenduri kendara jauh dimana sekali pun... bersungguh kau hadiri,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana bolasepak yang kau minati... Stadium Bukit Jalil sanggup kau jejaki,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana ingin melihat keindahan alam semulajadi... bukit dan gunung habis kau terokai,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana minat sungguh hobi berkonvoi motor & kereta... seluruh pelusuk negara telah kau susuri,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana minat sungguh hobi memancing... segenap lautan dan sungai sanggup kau redahi,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana pasar malam dan tani nampak sungguh meriah sekali... siang dan malam terus kau lewati,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana Gegar Vaganza dan Kilauan Emas Otai dah bermula.. terpacak kau di depan tv,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Tak salah apa yang kau lakukan semua ini,
Cuma ingatlah di hadapan kita ada sesuatu yang sedang menanti,

*Jemaahku...*
Sesungguhnya ketahuilah... umur ini hanya menunggu *mati*,
Inginku bertanya... Kemana jenazah kau akan dibawa nanti?

*Jemaahku...*
Seluruh pelusuk dunia telah pun kau terokai,
Bila tiba saat matinya jasad ini nanti... di masjid/surau jugalah  kau akan dibawa solat dan mandi,

*Jemaahku...*
Sebelum kau terus menerus lupakan diri,
Biar diriku disini hadir menasihati,
Kerana sesungguhnya kau amat ku sayangi,
Mudah-mudahan bersama kita menuju ke Syurga Illahi. 😔

_*Dari ku untuk para jemaah masjid, Surau, Sahabat dan penduduk yang ku kasihi. Kami menanti kehadiranmu ke Rumah Tuhanmu*

No comments:

Post a Comment