Sunday, July 29, 2018

pesanan untuk org pencen

[7/28, 4:43 PM] ‪+60 13-881 8850‬: Tan Sri Zamruni:
Dri grp sebelah....untuk renungan/tindakan jika wajar..

*DERITA ORANG PENCEN*
Kerap berlaku orang pencen hidup derita sebab tidak merancang!

Kalau derita sekadar didunia ini tidaklah mengapa tetapi yang semua kita takuti adalah derita dunia dan akhirat.

Justeru, dengan pengalaman kawan2 senior dan juga nasihat dari para Tuk-tuk Guru, dipanjangkan ini untuk kita semua,...

1. Diusia pencen ini _tak usah lah sibuk nak bela kucing, atau cari Pokemon dan ralit main  facebook_ atau apa saja yang tak faedah.

2. Badan dah tak berapa larat tu _elok lah buat plan ibadah_ agar mati dalam iman/ibadah yang betul.

Kalau di KL dan Selangor ni banyak majlis ilmu. Oleh itu _mengajilah_. Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak sekolah dulu.

Beberapa cadangan yg bermanafaat;

1. *Mantapkan ilmu aqidah/ Tauhid*. Ini untuk memastikan aqidah kita benar dan betul sebab kalau aqidah kita salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah lah kunci syurga.

Selain itu mantapkan *ilmu feqah dan tasauf*.

Jangan asyik nak belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah *kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar*.

Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak der siapa nak dengar suara tua kita yang merdu tu. Yang penting *banyak tadabbur quran* dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.

2. *Banyakkan taubat*. Taubat tak kira tempat. Dimana pun boleh taubat. Bukan diMekah saja. Kita ni banyak dosa. Oleh jangan abaikan taubat walau sehari.

3. *Qodho segala solat* yang pernah kita tertinggal dan abaikan dulu. *Perbaiki ilmu solat* agar betul. Jangan pulak masa terluang yang banyak tu kita asyik nak tengok drama bersiri dan drama cinta, Sayangku kapten mukhris atau hindustan dan yang lain lain pulak. Ingat, awak tu dah kerepot. Tak ada siapa nak main cinta dah!

4. Dapat duit pencen tu, jangan sibuk nak shopping bergaya macam orang kaya kaya. Itulah penyambung nyawa kita 10 ke 15 tahun lagi. Dan jangan pulak asyik belikan cucu cucu baju pulak. Sesekali tak apalah! Yang penting, guna duit tu untuk settle  fidyah puasa dan qodha puasa kita. Itu semua *hutang kita pada Allah*. Dan jangan lupa pulak *hutang pada manusia* yang belum kita bayar. Jangan nak kira burn pulak.

5. Kalau belum keMekah dan ada duit gratuiti tu, *pergilah keMekah* dan jangan sibuk nak renovate rumah. Duduk lah rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak repair pun repair bumbung saja sebab takut kita kena hujan.

6. *Banyakkan sedekah jariah dan juga wakaf*. Bukan sedekah pada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah tu maksudnya sedekah pada orang nak buat masjid ke, pondok ngaji ke dan sebagainya. Sedekah jariah itu nanti akan mengalir pahalanya bila kita dah dikambus tanah nanti.

7. Pagi dan petang jangan lupa buat *senaman* dan juga jangan lupa *check up hospital* selalu. Supaya kita tak sakit dan menyusahkan anak anak nak jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan mereka sendiri. Kesian dekat anak anak. Dan kalau sihat mudah lah nak buat ibadat.

8. *Jangan banyak tidur* sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama.

9. *Jangan jadi kuli anak* waktu tua. Waktu inilah anak anak yg tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mereka pada kita untuk kesenangan mereka melaram pergi kenduri kahwin dan shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dan sebagainya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. *Jangan sesekali terlibat dengan bisnes dah!* Cukup lah pencen dan simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni, sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner atau pak guard lah kita sampai mati.

11. *Berhati hati bagi anak pinjam duit* kita untuk perkara yang tidak penting bagi mereka. Kalau penting sangat tu boleh lah beri tapi pastikan mereka bayar balik. Itu duit hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak anak. Sayang anak biar bertempat. Jangan sekali kita diperbodohkan.

Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan keewangan seperti mana kita dulu yang sanggup ikat perut nak besorkan mereka. Terkadang anak da

n menantu kita ni mereka hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa pikir masa depan anak anak mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal mahal. Kalau boleh sambil perahatikan mereka berilah nasihat.

12. *Berziarahlah kawan kawan dan sedara mara* kita, sebab usia kita pun tak panjang. Apa lagi mungkin kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayor. Waktu ini lah masanya kita *tebus segala dosa* kita agar kita clear semua *dengan manusia* bila dah takda nanti.

13. Akhirnya, *bersabarlah* hidup dihari tua. Ujian macam kelkatu. *Banyak ingat Allah dan baca quran*. Agar kita selalu tenang hingga lah bertemu Allah.

Tulisan aku ini bukan tiru pakar motivasi tapi inilah yang aku plan untuk hari akhirat aku dan hari pencen aku.

Kalau dirasakan bermanfaat, ikutlah,  Tapi kalau rasa nak enjoy lagi. terpulanglah. Siapa pun tak boleh larang tapi sesuatu perlu diingat, dah tua ni jangan sesekali menyusahkan orang lain atau anak anak asbab kelemahan kita tak plan hidup dan berlagak sampai ke tua.
Ingat kan jugak anak2 kita tu ..jangan amik keaempatan rezeki ari tua kita..sebenarnya ini la.masa anak2 tu nak buat nak balas budi pada kita.sementara nyawa kita ada.bila balik rumah kita jangan kata rindu masakan emak..padahal ini la masanya anak masak untuk orang tuanya..bukan nak tau order jer..dulu kita dah susah payah jaga dia besarkan dia.
Biar sisa sisa umur yang kita ada ni dihargai oleh anak.anak..

Dr grup sebelah.. Moga muhasabah diri sendiri 😢.
[7/28, 4:46 PM] ‪+60 13-881 8850‬: Cuma 1 minit untuk membacanya

       *MENAFKAHI*
        *ORANG TUA*
      (sudut renungan)

Orang tua tidak takut miskin memberi nafkah pada anaknya saat membesarkan mereka._
_Tapi banyak anak sering takut kekurangan saat menanggung orang tuanya dimasa tuanya._

_Lihat diri kita saat ini,_
_Sehebat apapun,_
Setinggi langit pun kejayaan kita
_tapi tanpa doa restu orang tua yang membesarkan kita_
_maka tidak akan ada ketenangan, keberkahan & kebahagiaan dalam hidup._

_Wang boleh dicari,_
_ilmu boleh digali_
_tapi kesempatan untuk mengasihi orang tua takkan terulang kembali._

_Satu ibu,_
_boleh merawat tujuh anaknya_
_tapi tujuh orang anak belum tentu dapat membahagiakan_
_seorang  ibu._

_Satu ayah,_
_dapat menghidupkan 7 anaknya_
_tetapi tujuh orang anak belum tentu dapat menjaga_
_seorang ayah._

_Sesekali tengoklah orang tuamu,_
_tatap wajahnya ketika ia terlelap tidur_
_lihat kerutan di wajahnya,_
_lihat rambutnya yang kini mulai memutih,_
_lihat badannya,_
_yang dulu tegap kini mulai membongkok,_
_semua telah berubah termakan waktu tapi tidak dengan kasih sayangnya...

_Sudahkah kita membuatnya bahagia hari ini?_
_Sudahkah kita membuatnya bangga hari ini?_
_Sudahkah kita membuatnya tersenyum hari ini?_

_Tidak akan ada jasa yang mampu kita balas,_
_Tidak akan ada kebaikan yang mampu kita balas,_
_semua begitu banyak, begitu tulus._

_Hadiahkanlah Kebahagiaan untuk kedua orangtua kami atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah mereka berikan.

_Perlakukanlah orang tuamu dengan penuh hormat maka rezekimu akan semakin diberkati.._

Mohon Dengan Hati Yang Ikhlas Luangkan Waktu Untuk SHARE Status Ini, Agar Lebih Banyak Orang Yang Membacanya.

No comments:

Post a Comment