*Naik kereta tiada signal*
*Daun terup telah ditanda*
*Sesama kita saling mengenal*
*Dalam whatsapp bergurau senda*😊
*Naik kuda beli kuih keria*
*Buah rambutan buah melaka*
*Tua muda tak mengira usia*
*Persahabatan dijalinkan tanpa bersua muka*😉
*Ubi disagai di dalam paya*
*Biji saga dicampur baja*
*Pelbagai ragam pelbagai gaya*
*Ada juga jadi pemerhati saja*😒
*Benih pala di tapak semai*
*Duduk berlunjur mengilap suasa*
*Lumrah bila dikelompok ramai*
*Terlanjur kata perkara biasa*🤗
*Cermin dibawa oleh Pak Hassan*
*Nelayan balik dari Sulu*
*Admin pula jangan perasan*
*Hanya melayan yang sebulu*😔
*Lebai Dollah ke rumah Pak Latif*
*Sakit kepala diurut bahu*
*Biarlah grup sentiasa aktif*
*Jangan pula hidup segan mati tak mahu*😁
No comments:
Post a Comment