Saturday, February 11, 2017

Rezeki dari Allah

*TENTANG REZEKI*

Tuhan nak ambil atau nak tarik rezeki kita dgn macam2 cara. Tayar motor pancit lah, kereta rosak, duit kena curi, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kdg2 kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita.
Kita rasa resah melihat orang lain.

Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

*Kekadang kita lupa..*
🔹Dapat bos ditempat kerja yg baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yg baik pun rezeki..
🔹Dapat kwn2 tempat kerja yg baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Bekerja tapi byk masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

*Jom fikir luasnya rezeki.*

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta
🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak2
🔸Ada orang direzekikan anak2, tapi tak direzekikan kasih sayang
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebhgiaan
🔸Ada orang direzekikan makanan yg hebat, tapi tak direzekikan selera

Demikian ALLAH membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana2. Bukan terletak pada manusia, tapi ALLAH.

Bersyukurlah seadaanya..
Semoga murah rezeki kita hari ini dan seterusnya.. 😘

No comments:

Post a Comment