Monday, February 27, 2017

Perlukan pendapat anda

Nama sy Hj Jamil. Umur 58 tahun. Sejak pencen 3 tahun yg lalu, sy bnyk menghabiskan masa dgn masjid sahaja. Solat 5 waktu dan hadiri majlis2 ilmu. Itulah rutin harian sy sejak pencen, mencari bekalan akhirat serta cuba cover mana dosa2 yg terdahulu.

5 anak2 sy semua sudah berkahwin dan sy mempunyai 15 cucu. Hidup rasa cukup lengkap dgn tiada apa lg tanggungjawab lain dan masa dpt diisi dgn aktiviti sendirian serta amal ibadat. Isteri juga sudah rehat sepenuhnya.

Di kejiranan sy, 2 rumah sebelah rumah sy tinggal seorang wanita yang telah kematian suami akibat kemalangan. Biarlah sy panggil dia sbg Ani, yg berumur 39 tahun. Pagi2 beliau keluar bekerja dan menghantar anak2 ke sekolah. Petangnya pula kedua-dua anak ppuan beliau umur 11 dan 12 rahun mengaji dgn isteri sy. Selalunya isteri sy akan menyediakan makanan sehingga kedua kanak2 ini kenyang sementara menunggu ibu mereka balik bekerja. Biasanya Ani sampai rumah selepas maghrib. Trafik jem barangkali.

Sy sendiri juga jarang berbual dgn Ani, sehinggalah pada satu pagi sabtu selepas kuliah di masjid yg mana Ani juga hadir. Tanpa saya duga Ani telah menyatakan hasrat untuk berkahwin dgn sy;

"Sy tahu abg Jamil terkejut, tp Ani dah fikir masak2, anak2 Ani pun kenal dan baik dgn Abg Jamil serta isteri abg.  Ani ikhlas!"

"Isteri abg pasti pengsan dengar ni."

"Kita kawin senyap2 je bang..." sambung Ani meyakinkan.

Sejak pagi itu sy jadi tidak keruan. Apa patut sy buat? Ani memang janda menawan, ada kerjaya, kereta dan rumah sendiri. Tuah ayam nampak di taji, tuah org siapa yg tahu... dilemma...

Bantulah saya...

Ini soalan peperiksaan UPSR Bahasa Malaysia 2 utk thn depan!!
Bincangkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang drp mana2 keputusan kes tersebut.
(markah 50%)

No comments:

Post a Comment