Tuesday, February 28, 2017

Wanita solehah

🌃 RENUNGAN 🌃

*NASIHAT TERBAIK UTK ISTERI & ANAK2 (perempuan)*

© *Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT*

© *Perempuan jika ada boyfriend yg tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dgn lelaki soleh yg membimbing ke jannah, bukan ke jahannam.*

© *Isteri yg terbaik adalah isteri yg meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.*

© *Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.*

© *Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.*

© *Wanita yg menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha utk menjadi ahli syurga.*

© *Wanita yg menutup aurat dgn sempurna ibarat pelangi yg cantik, indah mata memandang tetapi tidak boleh disentuh.*

© *Isteri solehah sentiasa berhias cantik utk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.*

© *Perempuan yg bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.*

© *Perempuan yg bersalaman dgn suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.*

© *Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah*

© *Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorg syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.*

© *Wanita yg cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yg baik akan membuka hati lelaki.*

© *Perempuan yg garang sebelum kahwin adalah perempuan yg paling manja selepas kahwin.*

© *Wanita yg solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yg soleh sebab wanita yg solehah sukar ditemui.*

© *Perempuan yg menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yg munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.*

© *Gunakanlah kecantikan hanya utk suami.*

*Subhanallah...*
*Walhamdulillah...*
*Allahu Akbar...*

Nasihat itu Jariah...
Ganjaran tidak putus sebagai Ilmu Baik yg dimanfaatkan...

Monday, February 27, 2017

Nilai seseorang yg sebenarnya

*Sekadar renungan..*

Nilai seseorang bukan terletak pada wajah yg *cantik* atau *tampan..*
Tapi Nilai sebenarnya
terletak di Negeri Sembilan..

Perlukan pendapat anda

Nama sy Hj Jamil. Umur 58 tahun. Sejak pencen 3 tahun yg lalu, sy bnyk menghabiskan masa dgn masjid sahaja. Solat 5 waktu dan hadiri majlis2 ilmu. Itulah rutin harian sy sejak pencen, mencari bekalan akhirat serta cuba cover mana dosa2 yg terdahulu.

5 anak2 sy semua sudah berkahwin dan sy mempunyai 15 cucu. Hidup rasa cukup lengkap dgn tiada apa lg tanggungjawab lain dan masa dpt diisi dgn aktiviti sendirian serta amal ibadat. Isteri juga sudah rehat sepenuhnya.

Di kejiranan sy, 2 rumah sebelah rumah sy tinggal seorang wanita yang telah kematian suami akibat kemalangan. Biarlah sy panggil dia sbg Ani, yg berumur 39 tahun. Pagi2 beliau keluar bekerja dan menghantar anak2 ke sekolah. Petangnya pula kedua-dua anak ppuan beliau umur 11 dan 12 rahun mengaji dgn isteri sy. Selalunya isteri sy akan menyediakan makanan sehingga kedua kanak2 ini kenyang sementara menunggu ibu mereka balik bekerja. Biasanya Ani sampai rumah selepas maghrib. Trafik jem barangkali.

Sy sendiri juga jarang berbual dgn Ani, sehinggalah pada satu pagi sabtu selepas kuliah di masjid yg mana Ani juga hadir. Tanpa saya duga Ani telah menyatakan hasrat untuk berkahwin dgn sy;

"Sy tahu abg Jamil terkejut, tp Ani dah fikir masak2, anak2 Ani pun kenal dan baik dgn Abg Jamil serta isteri abg.  Ani ikhlas!"

"Isteri abg pasti pengsan dengar ni."

"Kita kawin senyap2 je bang..." sambung Ani meyakinkan.

Sejak pagi itu sy jadi tidak keruan. Apa patut sy buat? Ani memang janda menawan, ada kerjaya, kereta dan rumah sendiri. Tuah ayam nampak di taji, tuah org siapa yg tahu... dilemma...

Bantulah saya...

Ini soalan peperiksaan UPSR Bahasa Malaysia 2 utk thn depan!!
Bincangkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang drp mana2 keputusan kes tersebut.
(markah 50%)

Saturday, February 25, 2017

Tenang fikiran & hati & jiwa

*KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG*

1. *TIDAK MEMBENCI*
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. *TIDAK MERUNGUT*
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. *BERSEDERHANA*
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. *BERSANGKA BAIK*
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. *SELALU  SENYUM*
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. *SELALU  MEMBERI*
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. *DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA*
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. *TIDAK BERDENGKI & IRI HATI*
Jangan berdengki dengan kejayaan teman2 anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerna Allah tak terima Amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki....
..

Sahabat

*RENUNGAN*

Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan di tetapkan 2 hati..

Dalam 2 hati di berikan 3 rasa..
Iaitu.. Sayang.. Kasih.. Kasihan..

Dalam 3 rasa itu di selitkan 4 tujuan..
Iaitu... Berkenalan.. Berteman.. Berkawan.. Bersama..

Dalam 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan..
Iaitu.. Teman Baik Selalu Ada di Sisi...

Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 Impian.. Iaitu Sayang.. Kekal.. Setia.. Mengerti.. Menghargai dan Mengingati..

Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat..
Iaitu.. *S. A. H. A. B. A. T*

*S. A. H. A. B. A. T*
Perlu di kasihi bukan untuk di sakiti..

*S. A. H. A. B. A. T*
Perlu di sayangi bukan di benci..

*S. A. H. A. B. A. T*
Perlu di hormati bukan di kasari..

*S. A. H. A. B. A. T*
Perlu di pegang jangan di buang..

*S. A. H. A. B. A. T*
Perlu di hargai jangan di musuhi...

*S. A. H. A. B. A. T*
Tempatnya di hati bukan di kaki...

Selemah-lemahnya manusia ialah orang yang tak mau mencari sahabat ...
Dan orang yang lebih lemah dari itu...
Ialah orang yang mensia2kan sahabat yang telah di cari...

*PERSAHABATAN BAGAIKAN SEKOTAK CRAYON.. BERBEZA PENUH WARNA..*
*T E T A P I... JIKA MEREKA BERSAMA...*
*MEREKA DAPAT MEMBUAT PELANGI YANG INDAH....*

itulah

*_S A H A B A T_*

Khas buat anda semua sahabatku yang tersayang..

Friday, February 24, 2017

ASMARA ORANG PENCEN

👩‍❤️‍👩👩‍❤️‍👩👩‍❤️‍👩

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,
"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,
"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"

😆😆😆jangan ketawa kuat na!

Renung renungkan

Kongsi bersama
: Sahabat - sahabatku :

          *Jangan* tertipu
        dengan usia *MUDA*
        kerana syarat *Mati*
         *TIDAK* harus *TUA*.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang *SIHAT*
       kerana syarat *Mati*
       *TIDAK* mesti *SAKIT*

   Jangan terperdaya dengan
        *Harta Kekayaaan*
          Sebab
    Si kaya pun tidak pernah
     menyiapkan Kain Kafan
          buat dirinya
      meski cuma Selembar.

      Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
   Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan tidak suka dgn Nasihatmu

      Jadilah bagai Jantung
        yang tidak terlihat,
     Tetapi terus berdenyut
     setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
     dan menyebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
          oleh NYA

          Sahabat - sahabatku :

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga .
      matahari terbenam,
  'Amalku tidak bertambah
          sedikitpun,
  padahal aku tahu saat ini 
       umurku berkurang".

Renung-renungkanlah ..

Bila kita marah

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

Kongsi bersama

Thursday, February 23, 2017

Cara nak tekel suami

CARI 'soft spot' SUAMI

Soft spot: Qurratu Ain: Penyejuk mata: Pelega hati.

Semalam saya ada terdengar suatu tazkirah menarik di radio IKIM. Ustaz tu menyampaikan satu point yang sangat menarik yang sebelum ni saya belum pernah dengar.

Ustaz tu cakap, orang lelaki ni kalau kita dapat jaga beberapa kehendak utama dia, maka segala masalah yang berlaku adalah masalah kecil bagi dia. DAN beberapa perkara ni mesti dicari oleh para isteri. Sebab tak sama mana-mana lelaki. Herher.

Ustaz tu kata tak banyak pun. Ada 3-4 benda je.

Contohnya,

1. Ada suami nak isteri teman sebelah setiap kali dia makan. Kalau isteri sibuk nak buat kerja basuh pinggan lah sapu rumah lah, maka suami tak selera makan, lepas tu benda-benda kecik lain pun jadi masalah. Sebab qurratu ain dia tak dijaga.

2. Ada juga suami yang qurratu ain dia adalah kopi. Setiap kali balik, dia cukup bahagia kalau di hulur secawan kopi panas sebelum sempat suami minta. Dia senyum, dia lega, tambah sayang.

Kadang-kadang ada isteri tak nampak, sampaikan suami ke dapur sendiri buat air.

3. Boleh jadi juga qurratu ain suami adalah bila isteri suka teman atau melayan hobi suami. Teman berkebun ke, teman suami bersihkan akuarium ke. Tak semestinya jadikan hobi suami tu hobi kita juga, cukup sekadar teman, bagi idea. Melayan.

Ini contoh jeee, bergantung pada suami. Apa yang dia suka. 3-4 perkara paling penting. ☺️☺️

SITUASI.

Ustaz cerita, pernah dia nampak seorang isteri marah-marah (membebel) suaminya depan org ramai, tetap suaminya tersenyum macam tak ada apa yang berlaku. Tak melenting, tak mengamuk. Rileks.

Semestinya itu bukan perkara baik dari seorang isteri. Tetapi melihat tindakan suaminya yang tidak memberi respon negatif, ustaz percaya si isteri ini berjaya menjaga qurratu ain suaminya, beberapa kehendak utama suaminya terjaga. Maka masalah-masalah lain dirasakan kecil dan boleh diselesaikan.

Alangkah indah kalau isteri dapat jaga Qurratu Ain suaminya, insyaAllah selesai beberapa perkara besar dalam rumahtangga.

Masalahnya, kadang-kadang orang lelaki ni pun tak tahu apa yang dia mahu. So, kita lah yang kene study dan perhati, apa yang mampu buat suami rasa terjaga, senang hati, mood jadi baik. Kadang-kadang benda kecik-kecik ni kesannya besar.

Apa pun, ini sahaja belum cukup untuk menjamin kebahagiaan pasangan. Perlu ada kasih sayang, hormat menghormati, percaya, amanah dan lain-lain.

Peace! Nak share takyah minta izin. 😚😚

Ruqayyah Farhani,
#MaryamAnakSyurga

Wednesday, February 22, 2017

Berani betul ngan bini dia

Dua orang lelaki yg Takut Bini (TB) bersembang.

TB (1): Semalam bini aku suruh aku basuh kain. Aku tengking dia balik.

TB (2):  Wahh hebat !! Apa yang ko kata?

TB (1): Aku jerit kuat2, " SABUN MANA !!!!???".

padanmuka bini aku ...ingat kita takut ke 🤢😴

Bilo Jomput tak datang

Rembau, Negeri Sembilan
20 February 2017.

Dilema usahawan mudo

Dulu sey bolo ayam 4,000 ekor, jomput ketuo kampung rasmikan..tak datang..

Lopeh tu sey tanam plak sayur 2,000 bateh..jomput DO rasmikan..pun tak dapek datang

Kesudahan sey tanam ganja 5 pokok, kotum 6 pokok

DO datang..ketuo kampung ado..ketuo polis lagi copek sampai..org surat khabar..orang TV pun ado. padohal sey tak ajak pun..ampeh tul

Tuesday, February 21, 2017

Kisah menyentuh hati

*Kisah yg menyentuh hati. Kisah yg viral sekarang ni di media sosial.*

Seorang ayah telah bawa pulang sekilo daging dan setengah kilo hati lembu ke rumah. Bila sampai sahaja di rumah, si ayah terus berikan daging dan hati kpd isterinya. Kebetulan ketika itu ada anak darjah satu melihat apa yg bapanya beri kpd ibu. Si isteri terus potong2 daging utk dimasak gulai, sedangkan hati disimpan dlm peti ais.

Anaknya melihat hati disimpan, terus dia membuka peti dan menyentuhnya. Kemudian anak keluar bermain dan datang kembali buka peti dan menyentuh hati. Perbuatan anak yg dilakukan secara berulang kali telah menimbulkan kemarahan ibunya. Selepas dimarahi si ibu, akhirnya anak itu tidak lagi menyentuh hati lembu tersebut...

*Demikianlah kisah yg menyentuh hati...*

Cagho bawuduk

Fwd:

Soghang budak umo onam taun telopong topi kolah sughau nengok siak amik air smayang.
`Apo tengok acik camtu lak` tanyo siak
`Acik amik air smayang tak boto` tey budak kocik tu

Bedoba siak di buek ey.Dio comeh mandang kighi kanan takut oghang lain nampak budak kocik nogur dio bowudhu` tak boto.

`Apo ey yang tak boto?` tanyo siak balik
`Tak samo macam atuk adik buek` jawap budak tu

`Cemano atuk kau amik air smayang ?`
`Sebolum kumo-kumo dio lotak gigi ateh kolah dulu` jawap ey series lalu naik ke sughau poie kek atuk ey

*KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG*

1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. SELALU  SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. SELALU  MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan

10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

SILA SHARE DAN SEBARKAN😉

Oh melayu

Pedihnya sajak *A. Samad Said* ni..

Terkedu bila dihayati.. "Betulkan yg Biasa, Biasakan yg Betul."
........

_*HAI MELAYU..*_

_Hai *Melayu*!_
_Rumahmu semua dibina kontrak *Indonesia*,_
_Ekonomi pula dikuasai *Cina*,_
_Golongan profesional semuanya *India*,_
_Warung makan pun,_
_*Mamak* dan *Siam* yg berkuasa,_
_*Bangla* control cuci kereta,_
_Org *Nepal* yg menjadi jaga,_
_Org *Pakistan* usung karpet jaja merata,_

_*Lalu melayu ada apa?*_
_Harapkan Ustaz.._
_Saling menyesat,_
_Harapkan hiburan.._
_Lagi best filem barat,_
_Harapkan bahasa.._
_Byk telah bertukar kesat,_
_Harapkan tulisan.._
_Jawi pun mereka hambat,_
_Harapkan tanah.._
_Byk digadai kpd *Korporat!!*_

_Hai *Melayu*!_
_Masih mendabik menjadi tuan?_
_Sibuk mahu menjadi *tuan*,_
_Rupanya kerja kelas bawahan,_
_Ditipu mentah org atasan,_
_Konon perjuangan ini utk kalian!_
_Kerja sikit.. Sembang kencang,_
_Byk rungut.. Sikit rancang,_
_Siapa tegur.. Dituduh lancang,_
_Duduk warung.. Gigit kacang!_

_Hai *Melayu*!_
_Konon kau pantang dicabar,_
_Konon kau tangkas menyambar,_
_Tapi cuma indah khabar,_
_Rentakmu makin lama makin hambar,_
_Kau *Melayu* aku pun *Melayu*,_
_Aku menulis bkn cemburu,_
_Aku mahu engkau tahu,_
_Knp *Melayu* tak mcm dulu.._

_Hai *Melayu*!_
_Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,_
_Bila berdepan ekonomi semasa kau tdk berdaya,_
_Cuma yg kau tahu melaram bergaya._

_Hai *Melayu*!_
_Kau melaung-laung di jalan raya,_
_Bagi tahu kpd dunia.. ini bumi aku yg punya,_
_Pd hakikat ia digadai kpd sepet yg kaya!_

_Hai *Melayu*!_
_Krn hendak bergaya kau gadai pusaka,_
_Bila dah kaya kau jadi puaka,_
_Ini tandanya kau sudah derhaka!_

_Hai *Melayu*!_
_Sedarlah bangsa ku,_
_Buka lah minda mu,_
_Bersatulah bangsa ku,_
_Krn *Malaya* bukan lagi milik mu!_
_Aku pun *Melayu*,_
_Engkau pun *Melayu*,_
_Bodoh Sombong harus di tepis,_
_Riak, Bongkak dan Hasad Dengki_
_Sesama bangsa harus guris,_
_Bersatulah *Melayu* krn *agama* dan *bangsa*,_
_Moyang-moyang yg tlh berjasa,_
_Krn ini mungkin peluang akhir_
_Bangsaku utk negara,_
_Berjasa dan Berkuasa.._
_Pedih menyengat.._
_Utk muhasabah diri kita._

_*Jika Tak Nak Berubah*,_
_BETULKAN YG BIASA,_
_BIASA KAN YG BETUL._
_*Teruslah Jadi Melayu*_
_*Yg Layu Di Tanah Sendiri*_
😰😰😰😰😰

Monday, February 20, 2017

Pengharapan

💔PENGHARAPAN 💔

🌹Benar...

🌹Sakitnya sebuah pengharapan. Terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada seseorang & akhirnya jawapan yang kita terima adalah penolakan.

🌹Benar...

🌹Sakitnya sebuah perpisahan. Berharap hubungan yang dijalin melangkah ke fasa seterusnya tetapi sayang apa yang dirancang adalah sebaliknya.

🌹Benar...

🌹Sakitnya sebuah penantian. Kita banyak membuang masa menunggu seseorang yang belum pasti menjadi milik kita dan akhirnya semuanya berakhir dengan sia sia.

🌹Redhakan hati di setiap perpisahan & kekecewaan. Kita merancang. Allah juga merancang.

🌹Tetapi Allah lebih tahu apa yng terbaik buat hambanya.

🌹Terkadang apa yang kita inginkan Allah tidak makbulkan bukan kerana Allah kejam dengan hambanya.

🌹Cuma Allah lebih tahu bila saat yang tepat untuk memperkenankan doamu.

#Kuat_Demi_Ilahi
#SemogaTabah 💕

Friday, February 17, 2017

I miss my kids

EGONYA KITA DENGAN ANAK!

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

Sdikit prkongsian sblum mndngar khutbah jumaat pulak

Thursday, February 16, 2017

Kisah ayah..sedehhh

Baca cerita sedih ayah bagi wasiat...sedia tisu

wasiat Ayah. . .*

Ayah : nak. . . ingat wasiat ayah sblm ayah pergi. . .

Anak : (perasaan sebak)padia ayah?

Ayah : tu tanah sebelah rmh kita tu jgn juai bila ayah xdak nanti. . .

Anak : (masih sebak) pasaipa pulak ayah?

Ayah : pasai tanah tu, tanah oghang. . .

Saturday, February 11, 2017

Rezeki dari Allah

*TENTANG REZEKI*

Tuhan nak ambil atau nak tarik rezeki kita dgn macam2 cara. Tayar motor pancit lah, kereta rosak, duit kena curi, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kdg2 kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita.
Kita rasa resah melihat orang lain.

Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

*Kekadang kita lupa..*
🔹Dapat bos ditempat kerja yg baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yg baik pun rezeki..
🔹Dapat kwn2 tempat kerja yg baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Bekerja tapi byk masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

*Jom fikir luasnya rezeki.*

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta
🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak2
🔸Ada orang direzekikan anak2, tapi tak direzekikan kasih sayang
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebhgiaan
🔸Ada orang direzekikan makanan yg hebat, tapi tak direzekikan selera

Demikian ALLAH membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana2. Bukan terletak pada manusia, tapi ALLAH.

Bersyukurlah seadaanya..
Semoga murah rezeki kita hari ini dan seterusnya.. 😘

Dakwah yg kita lupa

Cerita kat bawah ni boleh buat kita semua sentap 😭 Moga kisah ni mampu menyedarkan kita 😄
-------------------
Assalamualaikum sahabat semua..jom amik sikit masa baca kisah dan teladan ini..

Allahu Rabbi!! Kisah Tauladan Untuk Kesedaran Kita Umat Islam (Mesti Baca) | Kisah tauladan ini adalah perkongsian dari laman melayukini.net. Sesmoga ianya memberi pengajaran dan kesedaran buat kita yang beragama Islam. Renung-renungkan..

———————————

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

“He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago… Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan…

Assalamu’alaikum… Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah… Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham… diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal… sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
Ini mesej Cantik
Yang membuat saya malu pada diri saya.
Adakah anda tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika kita membawa al-Quran  seperti cara kita membawa telefon bimbit ...?
Bagaimana jika kita boleh membawanya di mana sahaja kita pergi;
Di Dalam beg kita.... atau Poket kita?
Bagaimana jika kita melihat halaman beberapa kali sehari   ?
Bagaimana jika kita kembali untuk memuat jika dilupakan ?
Bagaimana jika kita dianggap seolah-olah kita tidak boleh hidup tanpa ia ..?
- Dan benar-benar, kita tidak boleh hidup tanpanya ...!
bagaimana jika kita memberikannya kepada anak-anak kita sebagai hadiah 🎁??
Bagaimana jika kita membacanya semasa dalam perjalanan ✈??
Bagaimana jika kita menjadikan ia satu keutamaan setiap hari??
Mari kita menjadikan
"Al-Quran adalah kawan kita yg terbaik   ."
Hanya 7% akan menghantar semula
mesej ini.
Jadilah kalangan mereka & hantar ke bilangan terbesar yang se banyak mungkin   .
Jangan daripada 93% yang tidak akan berkongsi mesej ....
Fikirkan... Walaupun sekali ... sampaiHari kiamat ... kita akan sedar  di setiap hari membuka mesej daripada rakan-rakan ...
Kami berkongsi / dikemukakan jenaka & gosip ...
Tetapi berapa kali kita membuka Al-Quran dan membaca mesej  dihantar daripada Allah subhaana wa Ta'ala sendiri ☝ ❓
Jika anda .. rakan-rakan anda .... dan keluarga    .. , Berkongsi peringatan ini dengan mereka ...!!
✨ saintifik terbukti:
   Mendengar Quran  mengurangkan kelaziman sel-sel kanser dalam tubuh manusia dan juga memusnahkan mereka.
   Dengan  pemanjangan sujud menguatkan memori , dan mencegah strok .
Sujud    membuang caj positif di dalam badan
- Dalam dunia    mana SEGALANYA menggunakan elektrik ⚡ dan memberi kesan negatif kepada kita jadi belajarlah dgn kepentingan ini.
✴ Syaitan    berkata:
"Saya tertanya-tanya bagaimana manusia dgn tuntutan Cinta Allah ☝ dan menderhaka kepadaNya, dan tuntutan mereka benci saya . tetapi mereka taat kepada saya!"
Akan mengambil 60 saat untuk memberi manfaat kepada orang-orang yang tersayang, menyebarkannya sebagai peringatan.
Amaran 🅾 - ⚠ ❗
Jangan hantar kemudian.
Hantar sekarang.i
Semoga Allah swt memberi manfaat, geran kejayaan kepada semua orang yang membaca dan menghantar.

Mana mak??

Serius! Mengalir air mata aku.

MANA MAK???

Renung2kan....

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.
Sharekan pada yg lain andai anda sayang ibu anda..
Bagi anak anak baca...😭 😭 😭 👍

Friday, February 10, 2017

Betulke Setia pada bini

Bahagialah yg punya suami berasal dari Batu Pahat, karena mereka adalah suami yg paling setia.

Hasil kajian baru-baru ini, sungguh mengejutkan.

*"100% suami orang Batu Pahat hanya mau punya isteri 1 saja, mereka tidak mau poligami"*

Kajian ini menggunakan metode survey: Diskripsi Berkelanjutan (Continuity Discriptive Reseach). Dilakukan berturut-turut selama 10 tahun terakhir, tahun 2006-2016. Melibatkan 1.000 responden.

Responden dipilih secara random dari berbagai kawasan Batu Pahat dan sekitarnya.

*Kajian dilakukan dengan TEMUBUAL secara LANGSUNG*.
_Selama temubual, responden didampingi  ISTRI MASING-MASING._

Thursday, February 9, 2017

Doa utk org ada henpon

🌿🌼🌻🌿🌼🌻🌿🌼🌻🌿🌼🌻🌿🌼🌻🌿🌼🌻🌿🌼🌻

*DOA BUAT KITA YANG ADA HANDPHONE...*

*Ya ALLAH Ya Tuhanku* ampunilah dosa-dosa kami yg mempunyai handphone, kerana...

🌻 Kami lebih banyak *mengisi kredit* daripada *bersedekah*...

🌻 Kami lebih banyak pegang *Handphone* daripada pegang *tasbih.*

🌻 Kami lebih banyak lihat handphone dari lihat *wajah ibu bapa, suami isteri dan anak2*...

🌻 Kami lebih banyak baca *whatsapp* daripada baca *Al-Quran*...

🌻 Kami lebih sering *menelefon* daripada Silaturrahim.

🌻 Kami lebih sering buka *bluetooth* daripada berlutut untuk *sujud*...

*Ya ALLAH Ya Tuhanku* ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini...
Dan semoga Handphone yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai *IBADAH* untuk lebih *taqarrub* kepada Mu Ya ALLAH. *Aamin....*

*Kata guru :*
Jika handphone mu itu menyebabkan kamu *LALAI* hingga orang azan pun kamu masih dengannya dan langsung *TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...*

🌻 Hingga ia menjadikan kamu seorang yg *biadab* bila kamu asyik dengan *games* di saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...

🌻 Hingga kamu tergamak *melewatkan* solatmu kerananya...

🌻 Hingga *zikir*mu berkurang dengan adanya ia...

🌻 Hingga Al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu *asyik* dengannya...

Jika kamu tidak ada *keperluan* padanya pada waktu itu, maka jauhilah ia...

🌻 Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk *MENJAUHKAN* kamu dari Tuhan mu...

🌻 Kerana ia boleh menjadi alat yang digunakan syaitan untuk *MENYESATKAN* mu jauh dr Allah...

Maka apa lagi *kejahatan* yang kamu ingin lihat selain seseorang itu *lalai* jauh dari Tuhan nya??.. *Subhanallah...*

Bukan salah handphone pun, tapi *salah kamu* kerana tidak tahu bila waktu untuk menjauhkan handphone yg membolehkan ia menjadi alat kepada syaitan & iblis untuk lebih *menyesatkanmu...*

*Realitinya begitulah...*
Selepas selesai memberi salam...
TANGAN terus raba cari handphone, padahal xde benda pun...sehinggakan *Doa & Zikir* yg perlu dibaca pun...diabaikan terus...
*Astaghfirullah...*

*Ya Allah,* biarlah dgn handphone  ku ini...dapat menambahkan ilmu ketaatanku kpd Mu & bukan sebaliknya dengan menjadi aku semakin leka...

*Subhanallah...*
Ya Allah Ya Tuhanku...ampunilah dosa2 ku...

*Renung2kan dan selamat beramal...*
*Peringatan utk diri sendiri juga*
🌿🌼🌻🌿🌼🌻🌿🌼🌻🌿🌼🌻🌿🌼🌻🌿🌼🌻🌿🌼👇

Tuesday, February 7, 2017

Sahabat

Assalaamua'laikum wbt.
Bismilla Hirrahma Nirrahim.

Ada sahabat, dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak ke apa ke semua jadi huru hara oi. Tak sedap. Tawar. ➡ sahabat macam ni wajib ada dalam circle harian.

Ada sahabat, dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Haha. Tapi tetap tak boleh kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Bagi ➡ ni biasa sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi. 😂

Ada sahabat, dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. ➡ biasanya dia pegang banyak jawatan. Dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu. 😜

Ada sahabat, dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. Tercraving-craving terleleh-leleh air liur  gitu. ➡ muncul sesekali tapi impact bermakna 😍

Ada sahabat, dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita.  ➡ yang ni biasanya yang ala-ala ustazah gitu ☺

Walau kategori mana pun anda berada. Semuanya saling melengkapi hidup ni. Semuanya pentinggggg. Kalau salah satu takde, tak happening harian hidup ini tau.

Wallahua'lam.
Jazaakumullahu khairon kathiro.
Wassalam.

Monday, February 6, 2017

Kisah benar

'SIFAT-SIFAT HANTU YANG BOLEH DI CONTOHI ;

Toyol ;   Masih kecil sudah
berdikari, boleh
cari wang sendiri. Tak
menyusahkan mak
bapak.

Pontianak ;   Susah senang sentiasa tertawa,
ini menunjukkan kepribadian pontianak ini
optimis dan sentiasa berfikiran positif.

Pocong ;   Dari dulu bajunya x pernah ganti,
ertinya dia tidak tertarik pada fesyen, sangat
bersahaja. Sifat berjimat ini baik diamalkan
pd zaman barangan serba mahal ini.

Hantu air ;   Walau selalu menetap di lautan,
tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia
tak pakai baju renang yg
menggiurkan,
ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan diri.

Jerangkung ;   Datang tak
diundang, pulang tak
dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkan
orang lain. Kalau masuk rumah hanya menetap dlm almari sahaja, tidak duduk di sofa lembut, satu sifat
kesederhanaan yg
tulus ikhlas.

Jebon ;   Ini adalah makhluk halus yang paling
istimewa, walau mukanya tak hensom,   dan
menakutkan tapi
sifatnya sangat penyabar.
Buktinya dia baca
tulisan ini sampai habis
😝  😝  😝  😝  😝  😝  😝    😂  😂  😂  😂  😂  😂  😂   ..........................
forward lah. . .jangan kena sorang-sorang

Friday, February 3, 2017

Keluarga bahagia

Assalamualaikum..
Pada satu Seminar Membina Keluarga Sakinah, ustaz penceramah berkata,  ada 4 kategori keluarga ternama iaitu:
1) keluarga Nab:i Noh & Nabi Luth - suami soleh isteri tidak,
2) keluarga Firaun - isteri soleh,  suami tidak,
3) keluarga Nabi Ibrahim - suami isteri soleh dan solehah,
4) keluarga Abu Lahab - suami isteri derhaka kepada Allah.

Kemudian ustaz bertanya, "ibu-ibu mahu seperti yang mana?"
Ibu-ibu menjawab, "keluarga Nabi Ibrahim..!!!"
Kemudian ustaz berkata, "keluarga Nabi Ibrahim itu isterinya dua, iaitu Sarah & Siti Hajar!"

*Dan para ibu pun terdiam...* 😂😂