Wednesday, January 25, 2017

[Karamah & Istidraj]

1) Karamah
Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba dikehendakiNya selain dari pada nabi.
* kerana Nabi s.a.w mendapat mukjizat.
* contoh karamah yang masyhur ialah para wali dapat ditemui ditempat yang berbeza pada waktu yang sama, berjalan atas air, dapat merawat dengan sentuhan dan lain-lain.
* namun ingatan yang kuat seperti Imam Bukhari juga termasuk dalam karamah. Mazhab yang kekal wujud sehingga sekarang juga karamah seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Hanbali. Kitab yang dibacakan sehingga kini walaupun penulis telah lama meninggal dunia juga karamah seperti Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar.
* seseorang hamba yang bersabar kemudian diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka juga karamah.

2) Istidraj
Suatu keunggulan yang diberikan oleh Allah pada ahli maksiat termasuk orang kafir.
* Kelebihan semacam itu sengaja diberikan oleh Allah kepada mereka agar mereka bertambah jauh dari Allah dan tambah bermaksiat kepadaNya
* Sampai pada waktu yang ditentukan, selalu akan diakhiri dengan akibat buruk bagi orang itu.
* Contoh istidraj ialah orang kafir yang berniaga kemudian kaya raya melebihi orang Islam.
* Orang yang tidak mematuhi perintah Allah dan Rasul tetapi setiap yang dihajati ia perolehi juga istidraj.
* Orang yang kaya raya yang tidak solat, namun sering mendapat hasil lumayan juga istidraj.
* Mereka ini tertipu dengan kelebihan yang Allah beri sementara yang mana penghujungnya adalah musibah yang seksa.

No comments:

Post a Comment