Saudara2ku....
Jgn risau pasal ⛽minyak naik ni. bersabarlah .. 😄sekejap aje tu. bila kereta tu dah jalan 🚗💨💨💨 nanti minyak tu akan turun ⤵sedikit demi sedikit la
😅😅😅
Semakin jauh perjalanan minyak akan turun sedikit demi sedikit(rujuk meter)
Jangan risau jangan gabra....tenang
😅 out
blog ini memaparkan koleksi dari email entah dari sapa-sapa yang masuk mailbox aku. nak masukkan karya korang?? email ke skd2416@gmail.com, enjoy!!!
Tuesday, January 31, 2017
Cara nak turunkan minyak
Ayam oh ayam
Kalau nak tahu, binatang yg paling miskin ada lah ayam. Kasihan, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. Hati sedih sampai tulis pun CAKAR-CAKAR AYAM. Tidur pun tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM, mengenangkan kemiskinan masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli kasut. BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH RIUH SEKAMPUNG. Punca nya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. Jual barang tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM. Termenung sedih jadi AYAM BERAK KAPUR. Kalau lelaki bawa perempuan dikata BAPA AYAM. Si ibu jaga perempuan dikatakan IBU AYAM.
Telur AYAM goreng dikatakan MATA LEMBU. Lembu dapat nama. Malang sungguh nasib mu sebagai seekor AYAM.
Nasib kau lah wahai ayam.😅😅😅
Tahun ayam.. Hehehe. Sbgai hiburan..
Friday, January 27, 2017
Cara nak halau jin
*Cerita ceriti*
kerana xtahan dgn sikap isteri nya yg kuat membebel dan suka marah2... Pak Ajis telah menolak isterinya ke dlm perigi buta.....baru aman hidup aku...kata Pak Ajis ..Tapi bila waktu mlm ,Pak Ajis rasa sunyi,maka dia pun pergi lah ke perigi buta dan mencampakkan seutas tali sambil berkata...naik lah isteriku aku amat merinduimu..
tetapi yg naik bukan lah isteri nya..terapi org tua berambut kusut ...maka Pak Ajis pun bertanya...''siapa kau..? mana isteriku..? maka org tua itu pun menjawab..." aku lah jin ...isteri mu ada di bwh...
Pak Ajis pun bertanya lagi...mengapa kau yg naik...mengapa bukan isteri ku...
maka jin itu pun menjawap."aku xtahan leteran isterimu kerana itu aku naik.....
#kalau isteri kuat berleter...biarkan..
nanti ...jin atau hantu takut nak duduk kat rumah kita.....hehehehe
Thursday, January 26, 2017
Dah mati
*HATI-HATI SEMOGA TIDAK TERJADI PADA KELUARGA KITA...!!!*
Pagi td kejadian yg dialami oleh saudara kita. Sebelum bangun tidur dia tidak punya firasat buruk sedikitpun & setelah bangun tidur dia menjalankan aktivitinya seperti biasanya :
Bangun pagi, mandi, sarapan nasi lemak kerang nya lalu bergegas siap untuk berangkat dengan motornya,..
Namun tiba-tiba selepas ia naik dan hendak menghidupkan motornya, semuanya menjadi ' Gelap gulita.., dia tidak dpt melihat apa2pun. Benar-benar gelap.. Dia hanya boleh mendengar...
Nafas terasa singkat, seperti kekurangan Oksigen & peluhnya mulai bercucuran......
Apakah Ajal sudah mendekat..???
Apakah sudah siap pergi dengan tiba2..???
Dia sempat berfikir & berdo'a sebolehnya didalam hati...
Ya Allah; Cobaan apa ini..!!!
Dosa apa yang telah di perbuat,
"Apakah ini sudah memasuki alam kematian..???
Sempat dia berfikir....
Apakah tekanan darah & kadar kolesterolnya tiba2 naik gara2 sarapan nasi lemak kerang...!!!
Apakah Kandungan sarapan paginya yang salah..!!!
Setelah lama merenung diri, tapi tidak menemukan jawapan atas Takdir ini......
Ia pun pasrah & hanya mampu berdoa...
Namun akhirnya Allah berkehendak lain & menyedarkan dia.......
Ternyata helmet yang dia pakai terbalik..😂😂
Boye darat
Cikgu: sape pandai buat bunyi buaya?
Murid:saya cikgu
Cikgu: Cuba buat bunyi
Murid: peewwit....
Cikgu: buaya APA tu?
Murid: buaya darat cikgu
Cikgu : oh..ye ke.. 😂😂😜😜
Wednesday, January 25, 2017
[Karamah & Istidraj]
1) Karamah
Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba dikehendakiNya selain dari pada nabi.
* kerana Nabi s.a.w mendapat mukjizat.
* contoh karamah yang masyhur ialah para wali dapat ditemui ditempat yang berbeza pada waktu yang sama, berjalan atas air, dapat merawat dengan sentuhan dan lain-lain.
* namun ingatan yang kuat seperti Imam Bukhari juga termasuk dalam karamah. Mazhab yang kekal wujud sehingga sekarang juga karamah seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Hanbali. Kitab yang dibacakan sehingga kini walaupun penulis telah lama meninggal dunia juga karamah seperti Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar.
* seseorang hamba yang bersabar kemudian diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka juga karamah.
2) Istidraj
Suatu keunggulan yang diberikan oleh Allah pada ahli maksiat termasuk orang kafir.
* Kelebihan semacam itu sengaja diberikan oleh Allah kepada mereka agar mereka bertambah jauh dari Allah dan tambah bermaksiat kepadaNya
* Sampai pada waktu yang ditentukan, selalu akan diakhiri dengan akibat buruk bagi orang itu.
* Contoh istidraj ialah orang kafir yang berniaga kemudian kaya raya melebihi orang Islam.
* Orang yang tidak mematuhi perintah Allah dan Rasul tetapi setiap yang dihajati ia perolehi juga istidraj.
* Orang yang kaya raya yang tidak solat, namun sering mendapat hasil lumayan juga istidraj.
* Mereka ini tertipu dengan kelebihan yang Allah beri sementara yang mana penghujungnya adalah musibah yang seksa.
Tuesday, January 24, 2017
Dulu muda, sekarang tua
*_Untuk santapan jiwa._*
DULU *MUDA,* SEKARANG DAH *TUA.* 😁
1. Menantu tok penghulu
jual manisan lebah
masa terus *berlalu*
kita banyak *berubah.*
2. Mak beli bedak
beli hari Selasa
dulu kita *budak*
kini sudah *dewasa.*
3. Bapa Siti Hajar
pergi tabur baja
dulu kita *belajar*
kini sudah *kerja.*
4. Suami Kak Rohana
kerja menjual arang
dulu *anak teruna*
sekarang *suami orang.*
5. Sepuluh ekor kera
hitam macam arang
dahulu *anak dara*
sekarang *isteri orang.*
6. Makan pulut tanak
makan dengan Gayah
dahulu *jadi anak*
sekarang *jadi ayah.*
7. Kakak perut senak
senak rumah Mak Cu
dahulu *dukung anak*
sekarang *dukung cucu.*
8. Pergi memburu kijang
terpijak anak katak
dahulu *rambut panjang*
sekarang *kepala botak.* 👊
9. Isteri orang Maran
suami orang Iban
dahulu *rambut karan*
kini *rambut beruban.* 👊🏻
10. Tanam pokok pisang
bawah pokok keranji
dahulu *abang sayang*
sekarang *abang haji.*😀
11. Pandu kereta Kancil
pandu dengan kasar
dahulu *pangkat kecil*
sekarang *pangkat besar.*
12. Isteri Datuk Minhat
suka ungkit-ungkit
dahulu badan *sihat*
sekarang *sakit-sakit.*😬
13. Dari Sungai Batu
pergi Dusun Tua
dulu jadi *menantu*
sekarang jadi *mertua.*
14. Seluruh badan basah
terjun kolam renang
dahulu sangat *susah*
sekarang sudah *senang.*
15. Rehat dalam bangsal
rehat dengan Busu
dahulu *gigi asal*
sekarang *gigi palsu.* 😷
16. Makan gulai kerang
Kenyang sampai sebu
Dulu *mata terang*
Sekarang dah *kelabu.* 👀
Selamat meniti usia tua..😁😁
Kasih syg suami isteri.....*
*
Sy selalu duk perhatikan seorang Cikgu pompuan sama sekolah dgn saya....Setiap Kali suami dia hantar...Setiap pagi...Suami dia akan buka kan pintu....Dlm Hati terdetik juga....Bagusnyer suami dia....Dah lama sy perhatikan...Tadi..Sy Tanya la...Cikgu pompuan tu....Dah berapa lama..Kawen...Dia ckp..Dah 15 tahun....Sy Tanya lagi...Memang suami mcm tu ke...Selalu bukakan pintu kereta....? Dia kata...Yap...memang suaminya yg akan bukakan pintu kereta sejak 4 tahun dulu....Sy Tanya lagi...Knp bkn Dari 15 tahun dulu? Dia jawab...Sejak pintu kete tu...Rosak....Tak boleh bukak Dari dlm.....😂😂😂😂
Monday, January 23, 2017
Tahukah Kamu Wahai Lelaki..
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Bagi Seorang Lelaki Adalah Perjalanan Ke Masjid.
Sebab Ramai Orang Kaya Tidak Sanggup Mengerjakannya.
Jangankan Sehari Lima Waktu. Bahkan Ramai Pula Yang Seminggu Sekalipun Terlupa.Tidak Kurang Pula Yang Seumur Hidup Tidak Pernah Singgah Ke Sana.
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.
Kerana Orang Cerdik Dan Pandai Pun, Sering Tidak Mampu Menemukannya.
Walaupun Mereka Mampu Mencari Ilmu Hingga Ke Universiti Di Eropah. Ataupun Amerika.
Mudah Melangkahkan Kaki Ke Jepun, Australia Dan Korea.Dengan Semangat Yang Membara.
Namun Ke Masjid Tetap Saja Perjalanan Yang Tidak Mampu Mereka Tempuh...Walau Telah Bergelar PHD.._
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.
Kerana Para Pemuda Kuat Dan Bertubuh Sihat Yang Mampu Menakluki Puncak Gunung Berapi.. Pun Sering Mengeluh Ketika Di Ajak Ke Masjid.. Alasan Mereka Pun Bermacam².. Ada Yang Berkata Sebentar Lagi.. Ada Yang Beralasan Tidak Selesa DiCop Alim..
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..
Hatta
Pemain bola sepak yg kuat
Bertarung 90 minit,hampir
Saban minggu belum pasti
Gagah kemasjid
Maka Berbahagialah Diri Mu Wahai Lelaki.. Bila Engkau Telah Terbiasa Melangkahkan Kaki Ke Masjid..
Kerana Sejauh Manapun Engkau Melangkahkan Kaki.. Tidak Ada Perjalanan Yang Paling mulia serta Membanggakan.. Selain Perjalanan Mu Ke Masjid..
Biar Aku Beritahu Rahsia Kepada Mu.. Hakikatnya Perjalanan Mu Ke Masjid Adalah Perjalanan Untuk Bertemu Rabb Mu..
Itulah Perjalanan Yang DiAjarkan Oleh Nabi Mu.. Serta Perjalanan Yang Akan Membezakan Mu Dengan Orang² Yang Lupa Akan Rabbnya..
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..
Maka Lakukanlah Walau...Engkau Terpaksa Merangkak Dalam Gelap Subuh Demi Mengenal Rabb Mu..Nescaya kamulah
Insan2 y *BERUNTUNG*...
*AKHIRAT* kelak...
Pesanan utk diri Sendiri, Ayah2, Suami2, Anak2 Lelaki, Adik & Abang Lelaki dan mereka2 bergelar Lelaki dan berkemampuan 😊
Sunday, January 22, 2017
Kalau haiwan ada fesbuk
KALAU HAIWAN ADA FACEBOOK, AGAK-AGAK APA STATUS MEREKA??????
NYAMUK : Baru habis ronda rumah Atan.. kenyang beb, Alhamdulillah..Murah rezeki aku malam ni...😋😋
CICAK : isteriku tersepit pintu...menduda lagi aku kali ke 24...😞😞
KUCING BETINA: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa sebab I sendiri lupa bapaknya siapa.”😜😜
AYAM : Boh, kalu esok kawe tak update status, maknonyo kawe keno goreng doh...I luv u all...Jangan lupo wat kenduri arwah untuk kawe deh...😐😐
NYAMUK AEDES : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS…uwaaaaaaa😫😫
KUCING JANTAN : Baru je tweet awek sebelah umah…keturunan PARSI beb!!!😘😘
BABI: Aku bengang betol la...dia gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye...wei bro!! lain kali siasat dulu la sape yang berak kat depan umah kau...agak-agak laa weyy😖😖
Saturday, January 21, 2017
Org pekan
Orang Pahang area Pekan cukup merendah diri ...semua barang adalah kawan yang punya, diorang takkan mengaku walaupun barang tu hak diorang.
Kalau kita tanya "Itu kereta sapa?" Dia akan jawab "Itu kereta kawan",walaupun kereta tu dia yang punya ...Kalau kita pergi rumah dia, kita tanya "Tu sape?" Dia akan jawab "Itu bini kawan"... walaupun itu bini dia.
Dalam loghat Pekan..."kawan "tu merujuk kata ganti diri seperti "saya" atau "aku" ...jangan salah faham pulak kalau datang ke Pekan, Pahang yek... punyala payah nak mengaku.
Dalam akaun tu duit sapa, duit 'kawan' derma.
😂😄😅🤔
Tuesday, January 17, 2017
Nasihat utk anak2
1. Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah S.W.T.
2. Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.
3. Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannnya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.
4. Perbaikilah tuturkatamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.
5. Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.
6. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis airnya, kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakan diri kamu.
7. Hai anakku, apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.
8. Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau menagih sanjungan dari orang lain, kerana penguasaan riya' itu akan menyebabkan diri kamu beroleh kecelakaan.
9. Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.
10. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu mendatangkan manfaat kepada orang lain.
wasallam.
Monday, January 16, 2017
Pernah tak, ada dalam situasi ni??
= Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar..
= Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri..
= Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu..
= Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja...
= Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan..
= Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja..
Tak payah cakap bab memberi..sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah...itu saya dulu..waktu seronok, waktu senang..insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita..rai kan bersama...tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah...
Mak ayah kita tak pernah berfikir 2kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda duit waktu tu...tak pernah sebut dan bagi alasan ..semuanya ditelan..kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong...sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit..panjang berjela pnerangan kita..untuk itu ini...
Persoalannya BILA???? Kita nak mampu beri balik..bukan soal wang..sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit...ingat, setiap kali alasan yang kita beri..umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "mampu"...dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah..ia bukan alasan untuk kita berenti memberi pada mereka..
»renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yang saya sayang...(masih banyak yang harus diperbetulkan..janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka)
Sharekan pade umat manusia lain jika bermanfaat.
Cp Group Sebelah
Pantun umat akhir zaman
Pantun terbaek abad ini...
Tak baca rugii...
PELIK TAPI BENAR SEKALI
Pergi Pinang Tunggal
tengok dikir barat
solat tidak tinggal
tapi dedah aurat
Goreng keropok lekor
tetamu datang ziarah
duit nombor ekor
pergi buat umrah
Ramai tepi jalan
orang minta sedekah
perut lapan bulan
baru akad nikah
Pergi kedai barang
beli serbuk kari
bos sangat garang
tapi takut isteri
Main bilang- bilang
bilang bunga seroja
dapat anugerah cemerlang
tapi tak buat kerja
Pungut buah delima
himpun dalam raga
punch card pukul lima
sampai rumah pukul tiga
Tengah malam gelemat
urut tangan berkedut
selepas doa selamat
pasang lagu dangdut
Sayang sampan karam
karam di Tanjung Jaga
sudah jelas hukum haram
ketegar nak buat juga
Guni sangat berat
berisi ubi keledek
isteri tutup aurat
suami seluar pendek
Sekian..
Saturday, January 14, 2017
Panduan hidup
-Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah
-Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki *kerana rezeki datang dari Allah
-Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan adalah ketentuan Allah
-Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja,
iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha
-kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu.
-Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu..
Friday, January 13, 2017
Teknik kejut anak dr tidur utk solat
Seorang wanita bertanya kepada mufti :
"Bagaimana caranya untuk mengejutkan anak-anak saya yang sedang tidur terlalu nyenyak untuk solat Subuh?
Mufti menjawab: "Apa yang akan kamu lakukan jika rumah kamu terbakar dan pada ketika itu anak-anak kamu sedang tidur?"
Wanita itu berkata: "Saya akan mengejutkan mereka dari tidur".
Mufti menjawab: "Bagaimana jika mereka sedang tidur terlalu nyenyak?"
Wanita itu kemudian menjawab: " Demi Allah! Saya akan mengejutkan mereka bangun, jika mereka tidak bangun saya akan mengheret mereka keluar dari rumah."
Mufti kemudian menjawab: "Jika itu apa yang kamu akan lakukan untuk selamatkan mereka daripada api di dunia, lakukanlah perkara yang sama untuk selamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak."
Semoga Allah membimbing kita semua!
😌😌😌
Monday, January 9, 2017
Ustazah yang jujur
*Bila Ustazah Bergurau*
*Masa nak masuk syurga nanti orang yang kawin satu paling akhir. Yang kawin 4 dipanggil dulu, di ikuti yang kawin 3 dan yang kawin 2. Ini adalah kerana yang kawin lebih dari satu inilah yg takutkan Allah. Manakala yang kawin satu adalah yang takutkan bini.*
*Fikir2kanlah*
*Bila Ustazah Bersuara*
Ustazah : *Saya tidak pernah menolak hukum poligami*
Jemaah : *Wah, hebat ustazah!*
Ustazah : *Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi*
Jemaah : *Wah, benar-benar kelas ustazah*
Ustazah : *Yang penting*........
Jemaah : *Yang penting... adil ye ustazah*?
Ustazah : *Bukan...yang penting, bukan suami saya*..
*Hampehhhhhh*😂😂😂
Thursday, January 5, 2017
Rahsia pendekar
Seorang lelaki sedang memandu keretanya tiba-tiba keretanya mengalami kerosakan dan berhenti berdekatan dengan sebuah glanggang persilatan. Oleh kerana hari pun sudah malam, dia pun pergi ke glanggang tersebut dan mengetuk pintu itu. Pintu dibuka dan seorg mahaguru tua menyambutnya.
Lelaki itu berkata: "minta maaf tuan, bolehkah saya bermalam disini kerana kereta saya rosak secara tiba²." Mahaguru itu lantas menerima permintaan lelaki itu dgn senyuman dan senang hati.
Dia menyediakn tempat tidur, persalinan dan makanan untuk llaki itu. Setelah kekenyangan lelaki itu pun cuba melelapkan matanya. Slang beberapa ketika dia terdengar sesuatu bunyi yang aneh... Dia teringin nak mengetahui bunyi apakah itu namun dibatalkan saja niatnya kerana terlalu letih.
Keesokan paginya dia pun bertanya kepada mahaguru itu tentang bunyi itu, tetapi dia menjawab: "bunyi ini hanya boleh didngar pd mlm td stiap tahun namun saya tak boleh bgtahu awak kerana awak bukan seorang pendekar..."
Lelaki itu kelihatan kecewa kerana tidak dapat mengetahui tentang bunyi yg pelik itu tetapi apapun dia berterima kasih di atas layanan yang diberikn, kemudian dia pun bergerak pulang ke tempatnya, stlah kretanya dibaiki.
Setahun selepas itu..
Llaki itu kmbali pd tarikh yg sama sekali lagi mahaguru itu menyediakan tempat tidur serta makanan kepada lelaki itu... Pada malamnya dia x tido & mndngar bunyi yang aneh yg pernah didengarinya pada tahun yang lepas.
Keesokan pg nya lelaki itu pun bertanya kepada mahaguru mengenai bunyi itu tetapi dia menjawab: "saya tak boleh bagitahu awak kerana awak bukan seorang pendekar". Lelaki itu cuba mendesak pendekar tua memberitahunya namun jawapannya tetap sama.. dia enggan bgtahu kerana lelaki itu bkn seorang pendekar.
Pada tahun berikutnya llaki itu kmbali lg... Pada keseokan paginya, seperti biasa lelaki itu cuba bertanya dan merayu untuk mengetahui bunyi aneh apakah yang didengarinya malam tadi namun pendekar tua tetap dengan jawapannya.
Akhirnya lelaki itu tidak dapat bersabar lagi lalu berkatan"Baiklah! baiklah! nampaknya sampai mati pun aku takkan dapat tahu bunyi aneh tu kerana aku bukan seorang pendekar".
Kalaulah satu-satunya cara untuk saya mengetahui bunyi aneh itu ialah dengan menjadi seorang pendekar. "Macam mana caranya saya untuk menjadi seorang pendekar?" Kata mahaguru: "Sekiranya benar kamu hendak menjadi seorang pendekar.. kamu mestilah mengembara ke seluruh dunia."
Kamu mesti menguasai kesemua ilmu persilatan dari 20 glanggang persilatan di seluruh dunia dan kamu mesti menewaskan kesemua 200 pendekar handalan baru aku akan iktiraf kau sebagai seorang pendekar.
Lelaki itu bersetuju lalu dengan semangat yang berkobar-kobar dia pun memulakan pengembaraannya untuk menjadi seorang pendekar.
20 tahun kemudian..
Llaki itu kembali semula ke glanggang tersebut dlm keadaan tubuh badan yang gagah perkasa dan berparut di sebelah mukanya & dia berkata kepada sang pendekar tua itu: "sy telah menguasai ilmu dari 20 sekolah persilatan dan aku telah menewaskan kesemua 200 orang pendekar handalan"
Sang pendekar tua itu menjawab: "Tahniah, sekarang kamu telah menjadi seorang pendekar. Untuk mengotakan janji daya akan menunjukkn kamu punca bunyi aneh itu"
Pendekar tua pun membawa lelaki itu ke sebuah pintu papan di belakang glanggang. Katanya: "bunyi aneh yang kamu nak tahu ada di belakang pintu itu"
Dengan hati yang berdebar-debar selepas penantian selama 23 tahun lelaki itu pun cuba membuka pintu itu. Tetapi pintu itu berkunci.. dia berasa sangat marah lalu brtanya "mana kuncinya?".
Mahaguru pun memberi kunci kepadanya dan dia pun membuka pintu papan itu & apa yang di dapatinya di sebalik pintu papan itu ialah pintu yang diperbuat dari besi yg brkunci. Lelaki itu pun meminta kunci & mahaguru itu pun memberinya..
Selepas meminta kunci dia pun membuka dan memasuki pintu yang diperbuat dari tembaga, strusnya perak... Disebalik pintu perak itu dia mendapati ada sebuah pintu yang diperbuat dari emas. Akhirnya pendekar tua berkata: Inilah kunci yang terakhir untuk pintu emas yang terakhir itu..
Selepas dibukanya pintu yang terakhir itu.. dia akhirnya menjumpai punca bunyi aneh yang di dengarnya itu. Lelaki itu berasa sungguh terkejut dan tersangat kagum melihat punca bunyi aneh itu..
Tetapi dia tak boleh bagitahu anda semua apakah itu, kerana anda bukan seorang pendekar..!!
Tuesday, January 3, 2017
Org sengau je boleh baca
Seorang lelaki sengau naik bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut...
“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu...
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”
Pemandu itu pun menjawab...
“Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…
So ada 3 org sengau d sini:
Penumpang 1
Pemandu bas,
Yang baca ni...
Yg membaca ni pun sengau jugak hahaha.....
Hahan hahah( jgn marah)😂😂😂