Friday, September 9, 2016

MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM

Mesej berantai dijatuhkan hukum SYIRIK kerana kerap manusia menentukan qada dan qadar yang telah ditetapkan Allah SWT .

Contoh mesej :
"Siapa tak hantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .

"Siapa yang hantar mesej ini, dalam masa dua jam orang yang tersayang akan datang ke rumah anda".

"Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang".

"Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah".

"Hantar mesej ini minima 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam".

Senang cerita, ia berkait dengan perjanjian ganjaran atau musibah yang ditetapkan sendiri.

Manusia tak layak menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab tertentu ...

Teguran untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini adalah HARAM !! .

Viralkan biar semua orang tahu. ...

والله اعلم

https://www.facebook.com/DakwahJAKIM/posts/10154452421957398

No comments:

Post a Comment