Apabila anak-anak balik dari peperiksaan Hari ini. Ibu Ayah...tolong jangan sesekali semak (kalau anak ada bawa balik kertas soalan atau tanya apa soalan yang ada) dan bincangkan dengan anak-anak.
Kerana kalau ianya salah (dan kita mula soal kenapa jawab salah/macam mana boleh salah, mungkin ada yang akan marah) ini akan menjejaskan emosi dan memberi tekanan yang amat besar kepada mereka sedangkan peperiksaan masih berlangsung.
TOLONG!! BANTU ANAK DENGAN MEMBERI 200% SEMANGAT..
Walaupun dia 'down' sebab dia rasa tak 'perform' untuk Hari ini, ibu bapa perlu cakap yang positif sahaja. Sentiasa sebutkan apa yang anda mahu dan boleh buat, Bukan apa yang sudah salah dan berlalu...
Ingat apa yang anda dan anak anda FIKIR, RASA, SEBUT dan BUAT adalah doa...sentiasa sebut yang baik sahaja...insyaallah bantuan Allah sentiasa untuk hamba yang meminta pertoongan dariNya..
Kalau tulisan ini bermakna, tolong share/kongsikan keseberapa ramai yang boleh...harap jadi sebab untuk Allah Bantu kita dan anak-anak kita.
Kami mendoakan kejayaan cemerlang kepada semua
No comments:
Post a Comment